Followers

Sunday, December 11, 2011

Cerpen : Sesuci Syahadah Part 2

Haziq,
Terima kasih atas mesej awak hari tu, saya rasa segan kerana menangis di hadapan awak. Terima kasih kerana menganggap saya sebagai rakan awak.  Haziq saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya boleh percayai awak, yakin dengan awak, untuk saya menceritakan segala yang terpendam dalam hati ini
                Ayah saya dan ibu saya adalah berbangsa chinese, mereka berkahwin setelah terlanjur dalam perhubungan , dan lebih malang ibu saya telah mengandung pada ketika itu. Ayah saya adalah seorang kaki perempuan dan juga seorang penganggur yang suka menghabiskan masanya berjudi dan minum arak sehingga mabuk. Manakala ibu pula seorang gadis liar pada ketika itu. Ayah saya memaksa ibu saya untuk menggugurkan kandungan kerana mereka bukanlah saling mencintai  dan mengandungkan saya tanpa niat. Tapi bila atuk saya mengetahui tentang perkara ini dia melarang ibu saya dari melakukan proses penguguran tersebut. Atas desakan atuk, ibu dan ayah melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang meriah kerana menyayangi ibu sebagai anak tunggalnya. Atuk berharap sikap ibu dan ayah akan berubah setelah berumahtangga. Setelah ibu melahirkan, dia membiarkan anak tersebut dalam jagaan nenek dan atuk.
Setelah anak itu berusia 13 tahun atuk dan nenek pergi selamanya dalam suatu kemalangan dan anak itu tinggal bersama ibunya. Ibu yang mewarisi perniagaan atuk sering pulang lewat ke rumah. Ayah pula akan pulang apabila kehabisan wang dan dia sering pulang dalam keadaan mabuk dan kadang- kala dibawanya  perempuan lain ke rumah. Lebih malang lagi sesekali ayah akan membawa perempuan melayu untuk melakukan perbuatan keji dan jijik itu. Apabila melayu sudah tentulah islam !!! Lantas sejak itulah anak itu mebenci islam dan semua agama di atas muka bumi ini. Disebabkan itu apabila setiap kali di sekolah anak itu akan membantah dan mencaci setiapkali isu agama diperbincangkan dalam sesi pembelajaran. Disebabkan itu anak itu tidak mempunyai rakan.
Di rumah seringkali anak itu menjadi masa penderaan si ayah.  Pernah suatu hari  anak itu cuba diperkosa namun berjaya menyelamatkan diri. Sejak itu anak tersebut membenci ayah itu sebenci-bencinya. Ibu pula tidak pernah mengambil berat, mungkin kerana anak itu adalah hasil dari keterlanjurannya dikandungkan tanpa cinta.  Ibu tidak pernah mengambil berat terhadap anak itu. Yang diberi cumalah wang saku bulanan ke dalam akau simpanan. Anak itu hidup dengan kemewahan tetapi tidak pernah merasai kasih sayang dari ibu dan bapa.
Ya awak, sayalah anak itu, sayalah anak yang dikatakan HARAM  disisi manusia , anak yang membenci kepada ibu bapa, tiada percaya kepada lelaki, tiada percaya kepada rakan-rakan, anak yang merasakan tiada keadilan di dunia ini, yang merasakan dunia ini adalah kejam dan keji, merasakan agama tidak perlu wujud di dunia ini.
Tapi saya amat berterima kasih dengan Nabiha kerana sentiasa bersabar dengan karenah saya selama saya menjadi teman sebilik dengannya.  Walaupun pada mulanya saya langsung tidak mengendahkannya namun dia tak pernah membenci saya. Dan kebencian saya padanya hilang apabila suatu hari sayajatuh sakit dan hanya dia yang sudi menjaga saya di hospital. Waktu itu saya mula merasai kasih sayang seorang rakan.
Awak pula Haziq, saya tak tahu kenapa dengan saya sejak akhir-akhir ini, saya berasa senang untuk bertanya dengan awak, senang melihat cara awak dalam berurusan. Membuatkan hati saya tersentuh dengan perlakuan yang sederhana. Awak tidak seperti beberapa orang Islam yang sebelum ini cuba mengajak saya ke dalam Islam. Ada antara mereka juga yang sering memarahi saya ketika saya mencaci islam. Tapi awak tidak, awak tidak pernah memarahi saya. Bahkan saya yang sering memarahi awak. Jujur pada mulanya saya saya benci akan awak sebagaimana saya telah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Tapi awak telah hilangkan kebencian itu dengan kesederhanaan awak. Daripada saya yang menolak sebarang kepercayaan, awak telah mengubah saya tentang perlunya tuhan. jujurnya saya telah jatuh hati pada awak. Jika awak tidak keberatan saya sudi untuk menjadi isteri awak dan mempelajari apa itu Islam. Maafkan saya andai saya mengganggu awak. Selamat malam………
               

Hati Haziq sebak dengan apa yang menimpa gadis itu, ada sinar air mata yang terbit dari pupuk mata. Namun ayat-ayat yang terakhir membuatkan hati Haziq berdebar-debar. Lantas tangannya menari rancak di atas papan kekunci

Airin
Terima kasih memberikan kepercayaan awak kepada saya, jujur mendengar cerita awak membuatkan saya sedih sehinggakan air mata saya turut mengalir. Benar, saya tidak mengajak awak kepada Islam, tetapi saya mengajar awak dengan Islam. Saya yakin andai kefahaman terpahat dalam hati awak nescaya awak sendiri akan tertarik akan Islam.
Terima kasih juga kerana meluahkan perasaan kepada saya, saya yakin cinta awak suci, namun hati ini sudah dimiliki, saya meminta maaf kerana tidak dapat menerima kesudian awak terhadap saya dalam situasi begini. Saya meminta agar kita terus bersahabat dan jika awak ingin mempelajari Islam saya berjanji saya akan membantu awak setakat selayaknya saya.
Selamat malam sahabat…….
Airin yang baru sahaja membaca mesej tersebut tidak tertahankan air mata dari mengalir sambil hatinya berbicara “Dia seorang lelaki yang baik dan aku bukanlah layak baginya”


Di pengakhiran semester sudah menjadi lumrah jemaah pelajar yang akan mengisi ruang solat Masjid Sultan Ismail akan berkurangan. Masjid tiga tingkat yang terletak di tengah-tengah Universiti Teknologi Malaysia menjadi lambang nadi pendidikan. Di bawah lampu chandeliar yang juga ruang tengan masjid itu terdapat seorang hamba Ilahi yang tenggelam dalam keasyikannya berdoa sesudah melakukan ibadat sunat ba’diah selepas solat isya’ yang dilakukan secara berjemaah sebentar tadi.
“Assalamualaikum, akhi Haziq. Kaifahaluka?” beberapa pemuda datang menghampiri menghulurkan salam lantas duduk berhampiran dengan Haziq membentuk bulatan kecil.
“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, anabilkhair, antum?”  sedikit tersenyum Haziq menjabat salam yang diberi.
“Kami semua insyaAllah sihat je akhi Haziq, enta bila pulang ke rumah?”  Kamil Alif memulakan bicara.
Ish, tak perlu ber akhi – akhi ni, ana manalah layak dibandingkan dengan antum, insyaAllah esok malam.” Haziq merendahkan diri. Haziq merupakan bekas Exco Kerohanian di Fakulti Sains dan sering melibatkan diri dalam beberapa program Islamik yang dianjurkan dalam universiti.  Sikap yang sederhana. sentiasa membuatkan dia disenangi ramai orang.
“Mana boleh, kami ni kalau nak dibandingkan masih lagi cetek pengalaman berbanding enta.” Arif zafuan merendah diri.
“Dengar cerita enta kemungkinan besar akan begraduan dengan first class degree, jadi apa kata enta berikan kami ini, budak-budak hingusan sedikit tips yangdapat kami praktikkan dan kami amalkan bersama  dalam gerak kerja kami kelak” pintas Hafiz Hakimi disambut ketawa kecil oleh yang lain
Haziq merupakan pelajar yang disegani kerana dia dapat mengimbangkan prestasi akademik dan juga aktiviti berpersatuan dan sentiasa mendapat keputusan peperiksaan dengan pointer kelas pertama sepanjang tahun pengajiannya.
“Entah abang, mana tahu ini kali terakhir kami dapat bersama dengan abang, lepas ni mana tahu abang jadi ‘orang besar’ sampai tak teringatkan kami di sini,” Amran juga tidak melepaskan peluang untuk berkata-kata.
Kamil, Arif, Hafiz dan Amran merupakan pimpinan majlis tertinggi dalam salah sebuah persatuan islamik dalam universiti itu. Kebanyakan mereka pernah bergerak kerja dengan Haziq dalam program-program kerohanian. Disebabkan itu mereka amat rapaat walaupun berbeza umur dan kursus pembelajaran.
“Ana rasa antum semua lagi arif dalam sudut dalil naqli berdasarkan hadis dan Al-Quran, ana tidak perlu katakan lagi, tapi dari sudut aqli, ana membenci dua sikap mahasiswa dalam menuntut ilmu, dan ianya sikap yang berlaku dekat dengan diri kita.” Kata-kata Haziq berjaya menarik lagi perhatian empat bersahabat itu.
“Pertama, ana cukup tidak suka apabila ada orang mengatakan berjemaah di surau, membaca Al-Quran dan beraktiviti ini membuang masa, cukuplah solat di bilik, cukuplah Quran di khatam sekali, dan alasan itu ana yakin antum semua turut rasa sakit hati bila mendengarnya..”
“Kedua, ana lagi cukup tidak suka apabila antara kita yang terlampau sibuk melakukan aktiviti, dikatakan faqih dengan islam, namun apabila mereka tidak berjaya dalam peperiksaan, mereka akan mengatakan semua ini adalah dunia, tidak penting, sekadar lulus tidak mengapa” kesemua mendengar menganggukkan kepala
“Amran cuba buka surah al qasas kalau tak silap ana ayat 77 dan bacakan makna ayat. Amran tanpa berlengah membuka cermat dan melopori muka ayat yang ingin dicari.
“Carilah apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu daripada kenikmatan dunia.” Amran membaca ayat tersebut satu persatu.
“Allah sendiri menyuruh kita seimbang dunia akhirat, ana bukanlah sentiasa berjaya, ana pernah gagal satu ketika dulu, ana juga pernah berada dalam kejahilan, tapi musuh utama adalah diri sendiri, ana sentiasa berpegang, andai ana gagal, ana tidak mahu gagal dalam penyesalan, biarlah ana gagal setelah ana berusaha sehabis mungkin, wallahualam.” Haziq menghabiskan ucapannya
“Benar, sedangkan wahyu pertama yang turun juga adalah surah Al-Iqra yang menyuruh baginda membaca.”  Kamil menyokong.
“Ana teringat satu hadis di mana amalan anak adam yang tidak akan putus hingga akhirat ada tiga perkara, doa anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang diamalkan.” Hafiz menambah.
“Mana aci antum semua, ana juga ada pendapat, sedangkan baginda SAW menyatakan ‘sampaikanlah padaku walau satu ayat’ betul tak?” semua berada di situ ketawa kecil sambil mengangguk akan pendapat yang Arif berikan. Malam itu ukhwah antara mereka semakin terikat erat.


Malam itu Haziq pulang dari masjid ke kolej penginapan dengan berjalan kaki kerana motosikalnya sudah dipos ke rumah pada pagi tadi. Walaupun tadi dia dipelawa untuk ditumpangkan oleh sahabat berempat yang berhalaqah di masjid, namun dia menolaknya dengan alasan ingin menghirup angin buat saat-saat akhir bergelar mahasiswa di universiti itu.
                Entah mengapa malam itu langit bumi UTM penuh dengan bintang, jalan-jalan fakulti yang disusuri dirasakan sunyi sekali, lampu yang terpasang sangat sedikit sekali tidak seperti hari-hari kuliah menandakan kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah. Lampu jalan utama pula kebanyakan tidak terpasang tanpa mengetahui  apa sebabnya.
Sewaktu menuruni jalan yang berbukit menghampiri jalan utama Haziq melihat sebuah kenderaan yang tidak berlampu mungkin kerana rosak sedang dipandu laju keluar dari selekoh Arked Meranti. Dalam kesamaran itu juga dilihat seseorang berpakaian gelap sedang melintas menyusuri jalan utama. Haziq merasakan yang pemandu kenderaan tersebut tidak akan sempat mengelak kerana keadaan jalan yang gelap. Haziq berlari pantas sambil menjerit ke arah insan tersebut.
Bummm!!!!!!
Haziq tercampak ke belakang kenderaan. Darah mengalir dari telinga dan hidung. Gadis yang melintas berjaya ditolak ke tepi. Tetapi Haziq tidak sempat melonjakkan diri mengelak dari dilanggar. Gadis itu seakan dikenali, ya, gadis itu adalah Airin.
“Haziq!!!!” dengan spontan Airin berlari mendapatkan Haziq. Dia keliru, dia takut, tidak tahu berbuat apa-apa, cuma air mata yang mengalir, pemandu kenderaan yang melanggar tadi telah memecut pergi mungkin kerana takut. Tiada kenderaan lain yang lalu lalang. Airin berlutut di sisi Haziq sambil menjerit meminta pertolongan. Tangannya yang terkulai itu bergerak-gerak seakan menunjuk ke arah beg bimbit kecil yang selalu di bawanya. Beg itu tercampak tidak jauh sisi Haziq.
ašhadu ʾan lā ʾilāha ʾilla (A)llāh, wa ʾašhadu ʾanna Muḥammada(n) rasūlu (A)llāh”
Perlahan kalimah itu diulangi payah beberapa kali oleh Haziq seakan-akan syahadah itu bukanlah untuknya tetapi adalah milik Airin. Beberapa kali darah tersembur keluar dari mulut Haziq. Dengus demi dengus semakin kasar kedengaran, tidak ubah seperti haiwan yang mendengus selepas baru sahaja di sembelih. Namun di saat itu kalimah ‘lailahaillallah’ masih meniti di bibir tanpa henti.
Sebuah kereta sewa berhenti untuk memberikan pertolongan, namun belum sempat diangkat masuk Haziq telah menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir. Gadis itu bingung Cuma air mata yang mengalir deras membasahi pipi.


 “Ya Allah, aku memohon kepadamu tempatkanlah dia di kalangan orang yang mendapat keredhaanMu, kurniakannlah dia bidadari syurga yang layak baginya, dan kurniakanlah diri ini keampunan dan hidayahMu,” pohonnya dalam khusuknya tenggelam dalam doa.
Amirah Haziqah binti Abdullah, nama yang menggantikan nama dulunya Airin, nama yang diambil sewaktu gadis itu mengucapkan syahadah menjadi kenangan buat Amir Haziq yang membantunya mencari sinar di sebalik kegelapan hidup dirinya. Gadis itu masih berteleku di atas sejadah menyelak helaian Al-Quran tafsir merah kecil kepunyaan Haziq. Sesudah selesai dia membuka sebuah diari lusuh yang menjadi temannya mengumpul kekuatan.
Selamat malam diari kesayanganku, malam ini engkau sekali lagi berjasa untuk aku meluahkan perasaanku, gadis itu Airin telah menceritakan kisah hidupnya kepadaku, aku tidak dapat menahan air mataku dari tumpah apabila mendengar ceritanya. Aku amat simpati terhadapnya. Apa yang mampu aku lakukan? Aku juga insan biasa.
Tidak!!!
Dia tidak jijik. Bahkan dia seperti bayi yang suci andai hidayah Allah miliknya.
Diariku
Hati ini telah dilamar oleh dia, aku cukup takut andai aku mendekatinya bukan kerana ikhlas mengajarkan Islam
 tetapi aku takut aku dekat padanya kerana hawa nafsu
Airin
Benar hati ini sudah dimiliki
Hati ini telah dimiliki oleh Allah dan Rasul
Dan hati ini sentiasa inginkan agar hati engkau juga dimilikiNya
Aku benar berharap kalimah suci ‘lailahaillallah’ meniti di bibirmu
Berkongsi syahadah yang suci bersamamu
Andai sesuci syahdah itu menjadi milikmu
Aku akan melamarmu menjadi teman hidupku
Ya Allah sesungguhnya kepadaMu lah hambaMu ini berserah
Ampunilah dosa ibuku mengandung dan ayah yang membesarkan
Kurniakanlahku keluarga yang bahagia
Isteri yang solehah
Keturunan yang mencintaMu
Dan kurniakanlah kami kebahagiaan dunia akhirat
Kekalkanlah syahadah suciMu ini di hati kami

Diari lusuh itu ditutup rapat kembali, air mata yang bergenang diseka lembut. Itulah tulisan terakhir Amir Haziq yang ditulis di dalam diarinya. Diari dan sebuah Al-Quran tafsir merah kecil diberikan keluarga Haziq kepadanya kerana merasakan bahawa dialah yang layak menyimpannya.
Dalam hatinya berkata kecil 
“Haziq terima kasih kerana engkau membantuku merasai nikmat yang kau ingin kongsi bersamaku, terima kasih kerana engkau membenarkan hatiku dimiliki pemilik hatimu, akan kubawa syahadah  yang suci ini sentiasa bersamaku.” 
Amirah merenung ke luar jendela. Di luar jendela hujan yang renyai telah berhenti. Mentari mula terbit di ufuk timur, pelangi yang indah merentasi langit. Di dalam hatinya bertasbih memuji kehebatan ilahi. Dia kini yakin bahawa setiap ujian yang datang ada hikmahnya.

 Cerpen ini adalah cerpen pertama saya, mohamad afiq bin mohamed huri, pelajar kimia industri UTM, segala yang tertulis tiada berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada ianya cuma kebetulan. Sila kongsikan kepada rakan2 lain jika dirasakan bermanfaat.
DIHARAPKAN ANDA SEMUA SUDI MEMBACA DAN MEMBERIKAN KOMEN
sila layari laman web saya ;
atau
facebook: afiq huri
atau
                                                       YM: afiqhuri91@yahoo.com.my

Cerpen : Sesuci Syahadah Part 1

SESUCI SYAHADAH: by Afiq Huri





Subuh yang dingin ditemani gerimis yang masih renyai, namun angin melepasi jendela meyapa pipi gadis itu seakan  menunjukkan tanda-tanda ia belum mahu berhenti. Golongan insan yang pertama akan menganggap gerimis ini adalah musibah yang menjadikan gerak hidup untuk mencari rezeki adalah sukar, hatta sukar juga bagi mereka melakukan aktiviti harian yang kadang kala menjadikan mereka lupa kepada maha pencipta. Namun golongan insan yang kedua pula menganggap ianya satu rahmat, rahmat yang menyejukkan rekah-rekah bumi, rahmat yang mengisi kegembiraan bagi tiap tumbuhan dan binatang yang sudah lama mendambakan gerimis bagi memenuhi kitaran hidup mereka.
Bagaimanakah dengan diriku? Hati kecil ini dahulunya pernah menjadi golongan yang pertama, hati yang menolak segala keindahan ciptaan tuhan, hati yang sentiasa menyalahkan tiap kejadian pencipta…..


“Arrrggggggghhhhhh…….. Habis lencun baju aku, musim hujan tak menentu, selalunya hujan lepas asar, tak sangka pulak lepas zohor dah berdentum guruh di langit,” keluh Azhar.
“ Hahahaha……. Siapa yang ajak berlari tadi? Engkau jugakkan, padan mukalah dengan kita yang tak pernah nak berpayung,” kata Haziq membidas.
“Habis tu, paper last ni engkau nak burn? Lagipun mana macho jantan perkasa bawak payung! “Bidas Azhar sambil kedua sahabat karib ini tertawa serentak. 
Azhar dan Amir Haziq merupakan sahabat karib sejak bermula tahun satu mereka mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Kimia Industri di Universiti Teknologi Malaysia. Kebetulan pula mereka juga tinggal sekolej di Kolej Rahman Putra. Persahabatan mereka amat akrab sehingga mereka digelar sebagai kembar tidak seiras. Azhar seorang daripada keluarga yang berada berbanding Amir Haziq.
“Eh, apa sudah jadi dengan engkau orang berdua ni? Dah tua-tua macam ayah orang ni pun nak main hujan lagi ke,” celah Airin, seorang siswi cantik yang beriraskan Chinese.
Amir Haziq yang duduk di sebelah Azhar dengan pantas mengambil beg kuliah yang selalu dibawanya lantas memeluknya bagi mengelakkan susuk tubuhnya yang lencun berkemeja T cerah daripada dilihat. Azhar pula tidak gusar kerana baju kain kasa yang dipakainya berwarna gelap. Airin yang sedar dengan perilaku Amir Haziq melarikan pandangannya ke sudut hujung pintu dewan peperiksaan.
“Engkau orang tidak sejuk ke nanti waktu dalam dewan yang ber air-cond tu? “ Pintas Nabiha selaku rakan sekelas yang juga merupakan ahli jawatankuasa Kolej Tun Fatimah.
Azhar dan Amir Haziq cuma tersenyum memandang sesama mereka sambil sudah terlihat jelas mereka berdua menggigil kesejukan. Dalam masa yang sama pintu dewan pun sudah terbuka, dan para siswa dan sisiwi berpusu-pusu masuk ke dalam bagi mendapatkan tempat duduk yang paling selesa. Keempat-empat sahabat tersebut lantas bangun untuk turut sama memasuki dewan tersebut.
Beberapa tapak sebelum kaki melangkah masuk ke dalam dewan, Amir Haziq terdengar satu suara.
Good luck Haziq.” Tanpa menoleh dia amat yakin suara itu adalah suara siswi yang bernama Airin!!


Sebagai siswa dan siswi tahun akhir, banyak tugasan yang perlu disiapkan termasuklah Projek Sarjana Muda, PSM. Berbanding dengan pelajar tahun pertama apabila, mereka selalunya diperkenalkan oleh barisan kepimpinan fakulti dengan istilah First Year Experience, FYE . Berlainan pula dengan pelajar semester akhir, mereka amat takut sekali dengan istilah FYE yang juga dikenali sebagai Final Year Extension. Disebabkan itu mereka ini berusaha sehabis mungkin bergraduan dengan segulung ijazah lantas bergelar mahasiswa.
“Mahasiswa adalah pinjaman kepada universiti untuk memenuhkan ilmu di dada lantas apabila mereka menggenggam segulung ijazah mereka akan berdiri membela nasib masyarakat,” monolog Haziq sendirian sambil tersenyum simpul melayari Blog Pelayarilmu.blogspot.com.
“Oit hang ni Haziq, orang lain dok sibuk tengah siapkan report akhir PSM hang pulak sempat baca blog, eh? Mana Airin dan buah hatiku Biha?” Azhar yang entah muncul dari mana tiba-tiba menjengah dalam keasyikan Haziq. Lantas Haziq memberikan sedikit ruang untuk sahabat karibnya itu untuk duduk di sebelahnya.
“Hahaha, apalah engkau ni, jangan bertepuk sebelah tangan sudahlah, lagipun engkau dah bersedia ke tanggung dosa sebagai pemimpin keluarga?” tawa Haziq dengan sedikit nada bersahaja namun mempunyai maksud mendalam.
“Dosa? Dosa apa pulak ni? Hang jangan berbunga-bunga boleh?”  Tanya Azhar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Semalam, aku ada bukak you-tube cari lagu kumpulan Edcoustic, mana tau terserempak pulak dengan video Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Haa… kan sama dengan nama kau tu, Cuma kau takde jambang macam dia je.”
“Engkau ni nak mengata aku ke apa? Ish… geram betul, cerita je lah, toksah pusing-pusing roundabout.” celah Azhar, dalam masa yang sama Airin dan Nabiha turut hadir dan duduk di hadapan siswa berdua itu.
“Maafla kami lewat, makan di Arked Meranti tadi,” Nabiha memulakan bicara. Arked Meranti memang terkenal dengan tempat untuk pelajar mendapatkan makanan dengan harga yang amat berpatutan.
“Alamak, nantilah kita sembang, segan aku dengan diorang ni, lagipun nanti PA kita menjengah nanti tak ke naya pulak aku,” Haziq bertingkah mencari helah untuk tidak memanjangkan topik.
”Haziq, awak sendiri kata sama kami dulu, kalau ada ilmu jangan kedekut, cakap tak serupa bikin,” sambil memulangkan paku buah keras Airin memuncungkan mulut sebagai tanda protes.
“Bak kata upin dan ipin, betul! Betul! Betul!” Nabiha turut menunjukkan minat lantas membuatkan Haziq rasa serba salah.
“Baiklah sahabat bertigaku sekalian, lain kali sebelum menyampuk bagi salam dulu, sebelum tu Airin kalau awak tak faham awak dipersilakan utntuk bertanya,” seperti biasa Haziq melepaskan pandangannya jauh tidak memandang Airin dan Nabiha. 
“Begini, saya ada dengar satu video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, seorang wanita apabila dikahwini oleh seorang suami, suami tersebut bertanggungjawab menanggung dosa yang dilakukan isteri tersebut selagi mana lelaki itu tidak cuba menegur isterinya daripada melakukan kesalahan.”
“Owh, macam tu eh, susah jugak jadi suami ni, banyak benda kena fikir, aduhai,” keluh Azhar.
“Itulah siapa suruh lelaki suka menagih janji bukan-bukan, waktu couple, bulan bintang dikatakan boleh digapai, tapi lupa yang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin terlampau besar,” sedikit tinggi nada yang Nabiha tekankan. Azhar pula kini tunduk menahan rasa rendah hati.
“Itulah malangnya bila semua itu bertunjangkan nafsu semata, “ Haziq menambah.
“Nafsu? Normal la kan?” tingkah Airin mohon penjelasan
“Airin, nafsu ada buruk baiknya, yang buruknya jika nafsu ini hanya berlandaskan akal tanpa menimbang baik buruknya, bagi yang baik dia sentiasa melakukan sesuatu dengan waras, sebagai contoh yang kurang patut, si boyfriend  sanggup pakai kemas lagi handsome  sampai minyak wangi berbotol-botol, topupkan awek tiap hari bila mengadap kekasih, tapi bila menghadap tuhan, kain pelikat tanpa baju cukup bagi jejaka ini sebagai syarat sembahyang, nak sedekah pun macam haji bakhil, ops maafkan saya Airin kalau awak kurang mengerti,” Haziq terlupa yang Airin bukanlah seorang yang beragama Islam.
Its ok Haziq, I understand what you are talking about, keep going ,” Airin menongkat dagu menunjukkan minat.
“Disebabkan itu kebanyakan selepas berkahwin banyak pasangan yang tidak sehaluan, manis couple  telah habis, yang tinggal caci maki, yang malangnya kalau ada kes cerai berai, kejarkan sangat harta dunia tanpa mempedulikan agama, dan anak-anaklah yang menjadi mangsa, bertambah malang lagi zaman sekarang ini adalah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.”
“Eh, kenapa mata kau merah Airin?” sampuk Azhar. Haziq menghentikan hujah apabila melihat mata  Airin mula merah bergenang air mata. Dalam hati Haziq terasa ingin tahu, apa yang berlaku sebenarnya.
“Tidak ada apa-apa, masuk habuk je,” balas Airin sambil mengesat mata dengan tisu yang dibawa.
Tak..! tak..! tak..! 
Bunyi kasut tumit tinggi yang menghampiri membantutkan perbincangan empat sahabat itu menandakan kedatangan Pn Rohaida penasihat akademik, PA,  yang juga merupakan penasihat projek sarjana muda bagi empat sahabat ini. Beliau adalah seorang pensyarah yang amat penyayang dan memahami.  
Suasana petang itu membawa seribu tanda tanya dalam hati Amir Haziq. Apa disembunyikan oleh Airin. Airin merupakan seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang mewah. Sikap gadis itu sukar diduga. Kadang kala kesopanannya mengalahkan perempuan melayu yang dikenalinya. Tetapi setiap kali dibawa topik mengenai ibu bapa dia akan cuba melarikan diri dan kadang kala marah. Namun petang itu membawa suasana yang berbeza apabila air mata yang mengalir. Dia dapat merasakan duka yang terpendam di sebalik mata cantik gadis itu. 
Dalam tidak semena-mena hati Haziq berdebar? Hatinya membentak keras dan bermonolog.
“ Aku jatuh cinta? Itula kau ni Haziq tak menjaga pandangan. Panahan mata berbahaya! Mampu menggugah iman! Tapi apa salahnya andai aku ikhlas…. Lagipun tidak lama lagi aku akan bergraduan, dan tidak salah andai aku mula mencari pelengkap hidupku… Argghhhh!!! Mustahil  Haziq, mustahil !!! Dia bukan Islam!!!!, dia Ateis!!!, dia sendiri mengatakan itu dihadapan kelas ketika kelas Hubungan Etnik dua tahun yang lalu sehinggakan pada waktu itu dia mencerca semua agama, dan disebabkan itu dia dihadapkan ke hadapan pensyarah-pensyarah kanan fakulti,”  Haziq beristighfar panjang jauh di sudut hatinya.


Petang itu beberapa orang pelajar sibuk membersihkan peralatan ujikaji di makmal eksperimen untuk dipulangkan semula. Ini adalah bagi memudahkan urusan bagi pelajar akan datang yang akan menggunakan peralatan-peralatan tersebut bagi menyiapkan PSM mereka.
“Awak pun datang  kemas barang eh? Mana yang Biha dan Azhar?” Airin memulakan bicara.
“Tak adalah, saya tengah cuci baju dalam makmal ni, hahaha, apalah, dah nampak tanya lagi. Mereka dah datang pagi tadi rasanya.” Haziq yang berada berhadapan dengan meja Airin sedikit berjenaka sambil menyusun peralatan dengan cermat.
“Nak tanya awak boleh?” Pertanyaan itu diikuti dengan anggukan kecil sang jejaka itu. “Bila awak bersembang dengan saya bahkan hampir dengan semua perempuan susah nak tengok awak pandang muka, kenapa?” sambungnya.
“Owh, macam ni,  Islam, mengajar kami lelaki, untuk menjaga pandangan mereka terhadap yang bukan mahram, maksudnya macam saya dengan awak, dan perempuan yang lain yang tiada pertalian darah dengan saya, tapi tak adalah sampai terlanggar tiang atau terhantuk dinding, cuma sekadar mengelakkan berlakunya perkara yang tidak elok,” Haziq mempermudahkan penerangan untuk difahami.
“Hmm , tapi kenapa zaman sekarang ni yang dikatakan educated, tapi banyak pulak kes-kes macam yang awak kata waktu perjumpaan PA hari tu. Sedangkan kita semua di ajar dengan pendidikan agama sejak sekolah, dan hampir semua dikatakan mempunyai agama masing-masing, bukankah agama itu mengajar kepada kebaikan??!” sedikit tinggi nada gadis itu.
“Kalau macam ni nampaknya awak salahkan prosedur eksperimen yang menggagalkan produk awak berbanding pelaku eksperimen” sindir Haziq
“Saya tak faham, maksudnya?” Airin kembali tenang
“Airin… dalam membuat eksperimen, kita telah diberikan segala prosedur dan senarai barangan yang patut kita gunakan, Cuma kadang-kadang kita nak cepat siap sampai abaikan beberapa langkah atau tidak berhati-hati, cuai dan leka. Apabila gagal kita akan meyalahkan prosedur yang leceh dengan mengatakan, tak faham, pelik dan sebagainya sedangkan semua itu silap kita sebagai pelaku,” Haziq petah menggunakan analogi yang amat yakin Airin akan fahami.
“Menarik… saya faham analogi awak, tapi apa kaitan dengan apa yang kita bincang tadi? ” Airin meminta  kepastian.
“Macam dalam situasi sekarang, unsur-unsur barat yang sekular memisahkan agama dari aspek keduniaan telah  menguasai dunia, memang kemajuan secara fizikal yang kita nampak, tapi akhirnya dunia barat sendiri mengakui, makin kelamaan masalah sosial telah meningkat, mereka mula pening memikirkan bagaimana untuk menghidupkan generasi sekarang yang telah lemas terkapai-kapai, dan negara kita, masyarakat kita, bahkan diri kita sendiri telah terkena kesannya,” Haziq berhenti mengambil nafas
 “dan awak telah melihat dan telah menyalahkan agama kerana pelaku yang tidak bertanggungjawab, sedangkan agama telah menyediakan aturcara hidup yang lengkap, Islam sendiri mengajak penganutnya mengejar keduniaan tanpa meninggalkan kebajikan untuk dunia selepas mati, maafkan saya andai kata-kata saya sedikit melukakan hati awak,” sambung Haziq.
“Maafkan saya, betul kata awak, dulu tamadun semua bangkit kerana agama  tetapi sekarang tamadun pada masa kini dibina kerana mengejar keduniaan semata-mata menyebabkan agama  dipinggirkan, tapi awak tak faham apa yang berlaku dalam hidup saya!!” Sekali lagi air mata gadis itu mengalir.
Kali ini gadis itu terus berlalu pergi meninggalkan Haziq dengan seribu persoalan. Amir Haziq menyusuri  pemergian itu dengan mesej yang dihantarnya ,melalui sms.
‘ saya adalah sahabat anda, saya sudi mendengar apa yang terpendam dalam hati anda, jangan takut akan masalah yang datang tapi hadapilah demi membina jalan yang terbaik untuk masa hadapan, sama-sama kita membina jalan itu’


Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah malam, secawan kopi sederhana pekat menjadi teman penyegar mata yang meminta-minta untuk dilelapkan, di hadapan komputer bimbit jari-jemari sang pemuda lincah menekan papan kekkunci, sesekali beberapa uapan kecil yang dilindunginya dengan tangan disusuli dengan ucapan istirghfar. Di atas meja itu, beberapa ruang dipenuhi oleh bahan bacaan berbentuk ilmiah seperti, buku motivasi, novel, al-mathurat, dan sebuah Al-Quran merah kecil tersusun di sudut hujung meja. 
Amir Haziq masih lagi tekun menyusun , menghapus dan mengemas kini folder-folder mengikut keselesaan. Skrin komputer bimbitnya yang dahulunya berserabut kini mula tersusun kemas.
Kling!!!!!!
Bunyi tersebut menandakan satu mesej telah masuk ke dalam peti simpanan. Mata Amir Haziq kembali segar dengan beberapa persoalan menjengah ruang minda. Siapa yang mesej aku malam-malam buta ni? Lagipun semester pun dah tamat. Tetikus digerakkan ke butang peti simpanan lantas terpapar nama penghantar ‘Princess_airin’
bersambung...

Cerpen : Selendang Untukmu II

Cerpen : Selendang Untukmu 2
 
Berita Gembira!

Assalamualaikum,mom, I will come back next week!kedengaran nada ceria Diana dari perbualan telefon dengan emaknya
Alhamdulillah,nanti kami akan tunggu di air port.jawab ringkas maknya.
 
“Saiful,kakak kamu akan pulang minggu hadapan!”...
“Iye ka mak,wah seronoknya,mesti ada hadiah dari Queensland untuk kita nanti!”balas Saiful sambil tersenyum mendengar berita gembira itu.
Semua merasa gembira.Sudah hampir 5 bulan Diana tidak pulang ke tanah air selepas melanjutkan pengajian di Australia.Kini,cuti musim sejuk ini akan dimanfaatkan Diana di tanah airnya sendiri.


Diana,kau nak ikut tak aku pergi dinner malam ni? Tanya Farah,rakan sebilik Diana.
Tak dapat nak ikut sekali la,aku ada usrah dengan Kak Umi malam ni di Dataran Oval,balas Diana.
Owh,yea ka,It’s ok!if you want anything to eat,just tell me ok.
“Orait,Thank you Farah!”...balas Diana dengan senyuman manis.
Perlahan-lahan Diana membelek nota catatan usrahnya dari laci mejanya.Direnung sehelai demi sehelai..



“Hari ini aku diajak oleh Farhana ke ‘usrah’ sebaik aku menyambung pelajaran di Queensland.Ketika itu,aku seorang saja yang tidak bertudung dalam group usrah itu.Kami seramai 4 orang termasuk seorang senior yang menggelarkan dirinya Naqibah,Kak Umi!Aku berasa…..”








“Assalamualaikum Princess  Diana ke 2,cepatla princess,dah lewat dah ni!nanti kena bagi tazkirah sebab datang lewat pulak!”gurau Farhana,rakan seusrah Diana.

Eh, Farhana, bila kau datang!tak sedar pun aku!balas Diana.

“Itu la kau,termenung panjang,tadi aku datang ke rumah kau nak menjemput kau dan Farah kata kau ada dalam bilik,jadi aku terus la ke bilik Princess!Apa yang dibaca tu?Diari cinta yea!”sindir Farhana yang suka menggelar Diana sebagai Princess.

Eh..mana ada…saja aku mengimbau kenangan dulu-dulu dah…balas Diana tersenyum simpul malu.

_________________________________________________________________________________

Usrah Itu!

Alhamdulillah,sahabat-sahabat sekalian,sehingga hari ini,kita sudah berjaya mengadakan usrah sebanyak 6 kali sepanjang 4 bulan sahabat berada di sini.Minggu hadapan pula,ada antara kita yang akan pulang bercuti panjang di kampung masing-masing.Kak Umi sangat bangga dengan sahabat semua.Semuanya sangat komited dengan usrah ini.Malam ini kita akan buat sharing moment sikit.Akak nak setiap orang meluahkan apa-apa saja kenangan pahit ataupun manis kamu sepanjang berusrah.
But remember,just take short time and compact,if not tomorrow we will finish!We start from my right first because it is sunnah,kata Kak Umi,pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di University of Queensland sewaktu memulakan bicara usrah malam itu.


Pengembaraan bermula!  

Semua yang hadir memberi tumpuan penuh.Mesti menarik perkongsian dari semua orang.Farhana pun meluahkan isi hatinya…..Alhamdulillah,ana bersyukur kerana masih dapat mengikuti usrah sebaik saja belajar di bumi asing ini.Walaupun sebelum ini, ana sudahpun mengenali dunia usrah sewaktu di INTEC Shah Alam,ketika persediaan ke luar negara  tetapi usrah di sini sangat berbeza.Sangat berlainan dari persekitarannya dan kenyataannya.

Sewaktu usrah di INTEC,ana dipersiapkan dengan fokus membina kekuatan diri yakni dalaman.Ana ditekankan dengan pembentukan menjadi peribadi muslim yang unggul.Berbicara bagaimana mahu menjadi muslimat yang power dan yang penting anak solehah.Tapi semua itu hanyalah ilmu dan teori.

Memang benar ada praktikalnya sedikit sewaktu di tanah air tetapi apabila sampai di sini barulah saya mengerti dan menghayati lebih mendalam betapa pentingnya usrah.Manakan tidak,lihatlah kejutan budaya di sini!Dengan aktiviti sosialnya yang meluas yakni kebebasan saya takut kalau saya terjerumus dalam lembah kemaksiatan.Di sinilah,betapa pentingnya kita sentiasa berada dekat dalam kelompok orang-orang soleh agar kita akan diperingatkan dalam membuat makruf dan mencegah kemungkaran…luahan Syarifah menghangatkan topik usrah mereka.
“Hurm,satu permulaan yang menarik dari sahabat kita,Farhana,”ulas Kak Umi.

Suasana malam berdekatan dengan  sungai Brisbane memang menarik.Semua yang ada dapat menyaksikan  kota Brisbane yang dihiasi dengan cahaya merah muda seperti saat  fajar tiba dan mengalami suasana kota Brisbane  pada  malam hari yang indah.Sungai di bandar-bandar besar Australia bukannya seperti sungai di Malaysia yang selalunya menjadi tempat pembuangan sampah!Di sini,mereka amat mencintai sungai sehingga  tahap mengindahkannya.Sungai di sini menjadi  tumpuan orang untuk mencari kedamaian dan   aktiviti pelancongan.Kerusi dan meja rehat diletakkan di sisi di samping kedai-kedai makan menghidupkan lagi pemandangan di kawasan sekitarnya.Lampu-lampu jalan yang berwarna-warni di pasang di sepanjang sungai di samping kebersihan sungai yang amat mengagumkan.Refleksi lampu pada air sungai memang indah.Dari jauh sangat menyeronokkan buat photographer khususnya.Sesekali-kala angin yang datang dari arah utara Queensland menyapa semua orang yang berada di situ.

“Nampaknya sahabat kita,Ruqaiyah dah tak sabar nak berkongsi sesuatu dengan kita.Dipersilakan ‘Cik’ Ruqaiyah”…sekali-kala Kak Umi cuba menghidupkan suasana usrah dengan kata-kata yang mencuit hati.


Pertamanya,seperti mana yang sedia maklum,ana juga merupakan rakan seusrah Farhana sewaktu di INTEC.Kalau dulu mungkin ana didoktrinkan bahawa apabila belajar di negara asing,kita kena kuatkan iman lah sebab macam-macam ada.Maksud ana aktiviti seksnya yang berkembang luas,aktiviti kelab malamnya yang hebat dan seumpamanya.
 Waktu itu,ana hanya mengambil ringan berita-berita sebegitu dan kurang mempercayainya sebab bagi ana maksiat ada di mana-mana sahaja.Tetapi,realitinya kini di hadapan mata ana.
Ana sangat terkejut apabila ada antara rakan ana sendiri yang baginya meminum arak seperti minum air suam.Seperti ada yang tak kena jikalau sehari tidak meneguk minuman syaitan itu.

Yang melakukan itu adalah orang islam sendiri.Maklumlah,di sini tiada kawalan ibu bapa atau sedara,mereka sanggup mencemar agama mereka sendiri.Betapa teruknya akhlak mereka.Nauzubillah,kalaulah ana datang sini dengan akhlak yang teruk,ada kemungkinan ana juga akan satu hari terpengaruh dengan rakan-rakan begitu.
Ana berharap semua ini bukannya menjadikan ana lemah dengan membiarkan rakan-rakan lain yang terlibat dengan aktiviti zina dan araknya begitu sahaja mencemarkan agama tetapi perkara ini dijadikan cabaran oleh ana sendiri agar melakukan apa yang termampu dalam usaha membantu rakan sebegitu itu ke jalan yang benar.
Siapa lagi kalau bukan kita yang insyaAllah masih dalam akal yang waras menjaga agama Allah ini membantu menyedarkan mereka.

Penutup kata dari Ruqaiyah tadi benar-benar membuatkan Kak Umi menangis hati mengenangkan nasib saudara seagamanya.

“Astaghfirullahalazim,mungkin cerita dari Ruqaiyah tadi hanyalah secebis kemungkaran yang antara kita pernah melihatnya tetapi bagaimana pula di belakang kita.Nauzubillah…”ulas Kak Umi sambil mengesat air mata.

Kebanyakan orang yang datang ke situ  untuk makan dan ada juga yang mengambil angin malam kota Brisbane.Tidak kurang juga couple-couple yang asyik berpacaran.Memang sengaja Kak Umi memilih tempat-tempat sebegini kerana baginya tempat usrah tak semestinya di surau ataupun bilik sahaja tetapi luas pemilihannya yakni bergantung pada kekreatifan seseorang naqib itu sendiri sebenarnya dan tidak mahu anak usrah merasa bosan apabila tempat yang sama selalu digunakan.

Kini tiba giliran Diana pula untuk mengungkap sesuatu...

Perkongsian ana ini berbeza dengan Farhana dan Ruqaiyah.Kalian berdua beruntung kerana sudah berjinak dengan dunia usrah lebih awal tetapi tidak bagi ana.Di bumi asing inilah ana mula kenal apa itu usrah?
Alhamdulillah,ana kini sedang melalui semua itu.Serba sedikit hidayah yang Allah berikan dapat membantu ana lebih memahami apa tujuan hidup saya di muka bumi ini sebenarnya sebagaimana firman Allah SWT:

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
( Adz Dzariyaat:56)

Dahulunya,ana pernah digelar seorang yang jahiliyah oleh adik ana sendiri dek kerana kebutaan hati ana memahami agama  islam yang sebenar di mana ana tidak memakai tudung dengan sempurna.Ana ketepikan soal aurat dan batasan dengan lelaki ajnabi.Apabila ditegur oleh adik sendiri,ana merasa sangat marah kerana bagi ana dia mahu menunjuk pandai dalam bidang agama dan seolah-olah dia sahaja yang betul.Prinsip ana sewaktu itu mudah saja,kecantikan diutamakan,aurat diketepikan.Sekarang ana benar-benar rasa kesal dengan dosa yang ana lakukan dulu.

Memang benar ana gagal menjadi muslimah yang sejati.Seolah-olah tiada beza diri ini dengan non-muslim khusus tentang soal auratnya.Alhamdulillah,pada awalnya apabila belajar di sini,Farhana mengajak ana menyertai usrah,katanya usrah ini seperti keluarga ke-2 ana apabila berada di sini.Hati ana waktu itu memang keras.Walaupun berkali-kali ana cuba mengelak untuk menyertai usrah,tetapi ketabahan dan kesabaran Farhana yang tak pernah putus asa mencuba macam-macam untuk membuat hati ana tertarik datang ke usrah akhirnya berjaya juga.Memang benar sekuat mana besi itu satu hari ia akan lebur juga.Hinggalah satu hari,ana berazam untuk ikut juga ajakan Farhana ke usrahnya dan sebenarnya ana ada agenda ana sendiri!
Malam ini ana akan bongkar agenda itu! 

Farhana dan Ruqaiyah yang dari awalnya mendengar cerita Diana menjadi semakin excited.Kak Umi pun sama.Cepatlah,tak sabar pula nak tahu agenda itu,bisikan hati Kak Umi.

“Ana ikut ajakan Farhana ke usrah itu bukannya dengan hati yang ikhlas dan bukannya terpaksa!Tetapi kerana ingin nak berlawan hujah dengan ketua usrah waktu itu,Kak Umi.Pada awal usrah,memang sengaja ana mendiamkan diri dahulu untuk mencari point-point untuk berhujah dengan Kak Umi tetapi hati ini rasa semakin seronok pula mendengar pengenalan usrah waktu itu.Sehinggalah Kak Umi membacakan sebuah hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda  yang bermaskud:

“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku melihat kedua-duanya:iaitu seorang yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dia memukul manusia, dan satu lagi perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggok-lenggok.kepalanya bagaikan bonggol unta yang bergoyang.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya,sedangkan baunya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian”
(Riwayat Muslim)

Mendengar hadis itu membuatkan ana rasa cemas,yang tidak pernah ana alami sebelum ini.Mujurlah Kak Umi menjelaskan salah faham kebanyakan wanita Islam mengenai konsep aurat dan konsep berpakaian dalam Islam.

Ternyata gaya pembawakan Kak Umi ketika itu yang lembut dan bersahaja memang menjentik hati ini.”.Diana menunjukkan tangannya ke dada.

Diringkaskan,sehingga ke akhir usrah,ana tak jadi nak berhujah untuk menolak kepentingan usrah,terkelu lidah ini,malah ana berazam untuk menyertai usrah ini lagi!

Alhamdulillah selepas itu,perlahan-lahan ana mula berhijrah.Sedikit-dikit awan hitam mula beransur.Bukannya ana mahu menyalahkan ibu bapa ana kerana kurang tekankan menjaga soal aurat,malah mereka selalu menasihati ana,tetapi memang benar kata pepatah Inggeris.. You Can Lead a Horse to Water but You Can't Make Him Drink.
Semua orang menangis,mereka tersentuh mendengar kisah itu.Ruqaiyah dan Farhanah memeluk erat Diana sebaik dia menghabiskan kisahnya.Melihat suasana yang semakin sayu itu,Kak Umi cuba untuk menenangkan mereka.

“Alhamdulillah,semua sudah selesai berkongsi pengalamannya.Semuanya cukup menarik!Malam ini juga ada pembongkaran rahsia-rahsia peribadi kita…cuit Kak Umi yang merujuk kepada agenda Diana dulu.Cuma ada beberapa perkara yang Kak nak buat kesimpulan usrah malam ini.Ingat,usrah bukanlah segalanya bagi kita!Tetapi ianya merupakan antara wasilah yang ada di depan mata kita untuk kita memperbaiki diri membentuk peribadi mukmin yang unggul.

Di samping itu,kita kena meningkatkan ilmu dengan banyakkan mendekatkan diri dengan golongan soleh dan ilmu.Lebih-lebih lagi apabila kita berada jauh dari mata ibu bapa kita!Harapnya dalam usrah yang seperti keluarga ini kita berkongsi ukhuwah dan ilmu.Berdoalah kepada Allah agar kita dikuatkan iman dan satu tips untuk kalian semua yakni kita disarankan membanyakkan membaca doa ini agar hati teguh:


(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran-8)

Jadikan cabaran untuk kita perbaiki semakin baik dari hari ke hari dan Kak tahu ada antara  kita di mana rakan sebiliknya kurang mengamalkan ajaran islam dengan lengkap seperti solat lima waktunya.Nah,rebutlah peluang terbaik ini.Jadikan orang yang terdekat anda dulu sebagai mad’u.”..Kak Umi menutup bicara malam itu.

Ternyata usrah malam itu memang menarik!Pengisiannya yang menjadikan ianya menarik.Kak Umi pandai mengambil hati anak-anak usrahnya.Malam itu,semua anak usrahnya dibelanja makanan halal di situ.

____________________________________________________________________

Penampilan Baru!

Kepulangan Diana ke tanah air disambut dengan meriah.Dari terminal lagi Diana disambut bagaikan Princess Diana.Di rumah pula,masakan istimewa disediakan oleh emaknya.Diana dapat rasakan kepulangannya di rumah kali ini sangat istimewa untuk adiknya.Penampilan tudung labuh!Labuh tudungnya melebihi dada dan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna!Sangat berbeza dengan dulunya di mana dia memakai tudung,tetapi singkat,pakai tudung,tapi nampak baju-T nya menampakkan aurat lengan,pakai tudung tetapi pakai baju dan seluar ketat-ketat.Nampak habis yang tersirat!



“Alhamdulillah,cantiknya tudung Kak Diana!Baju ni pun cantik!matching dengan tudung!” Puji Saiful kepada kakaknya ketika berjalan-jalan di laman rumah mereka. 

Australia mari,hehe.Kalau dulu Kak bertudung kerana ikut orang dan terpaksa,tetapi kali ini Kak nak pakai tudung kena ikut perintah Allah! .Kak bertudung dengan sempurna ni pun hasil berkat  doa Saiful juga yang tak putus-putus mendoakan untuk akak tau,balas Diana yang cuba mengambil hati adiknya.

“Baiklah Ustazah Nur Diana…hehe….Kak Diana,ceritalah pengalaman belajar di sana,bagilah Saiful semangat sikit”..pinta Saiful yang teruja dengan perubahan kakaknya itu.

Rilex,memang akak nak cerita sangat,tetapi sikit-sikit lah kan..ada banyak masa lagi…tetapi memang best sangat belajar di sana!
Kak dah ada keluarga baru kat sana!sambung Diana dengan nada ceria.

“Ha,apa,Kak Diana dah kahwin ke?”bingung Saiful.

Haha,apa la Saiful ni..ingatkan terrer sangat istilah-istilah ini,maksud akak ialah akak dah ada usrah di Australia..ni ha,cuba tengok album gambar ni… Diana menghulurkan kenangan gambar di Australia.

“Owhh..lega rasanya…still virgin…hehe..”spontan Saiful sambil membelek-belek album gambar itu.
Usrah Kak sangat unik.Not expected!Ada satu ketika akak berusrah dengan Kangaroo.Usrah itu pengisiannya melawat tempat tinggal kangaroo saja dan tugasannya kena cerita apa yang kita dapat hasil dari melawat kangaroo dengan kehidupan seharian.
Ha,lagi satu selalu sangat naqibah akak belanja makan percuma tau..dan paling geli hati ialah akak kat sana kak dah pandai menggunakan istilah ‘ana’ dan ‘anta’ dalam berusrah…hehe…pecah rekod tu.!

Ternyata cerita Kak Diana membuatkan Saiful seronok.Geli hati juga Saiful apabila kakaknya dah pandai menggunakan istilah-istilah arab ni!Memang pengalaman yang indah.

_______________________________________________________________________

Warna Kehidupan 

Petang itu Diana dan rakannya menghadiri reunion sekolah lamanya.Nadia  berpakat dengan rakan lamanya,Fizah dan Hanum menaiki kereta menuju ke reunion SMK Mentari di rumah cikgu mereka.
Fizah memandu kereta Perodua Viva milik ayahnya.Dalam perjalanan itu,Sambil Diana rancak berbual dengan rakannya….

Inhhhh…inghhhhhh..inghhhhhhh…Inghhhhhhhhhhh

PON…Pon……Pon……….

ALLah……Allah……………Allah…….

POmmmmmmmmmmm

,Astaghfirullah…kalimah-kalimaah itu keluar dari mulut mereka.

Tolong!Tolong!Tolong!....jerit Hanum...

Kereta yang dinaiki mereka terbabas  ke tepi jalan.Sewaktu memandu,Fizah terlanggar lubang besar di tepi jalan dan lost control steering menyebabkan kereta itu berjalan seolah-olah seperti zig zag dan merempuh bahu jalan sebelum terbalik kerana rempuhan itu sangat kuat menghempap dinding kawasan tanah.Ketiga-tiga mereka berada dalam posisi terbalik!Kepala di bawah dan kaki di atas!

Bayangkan,sudah la kereta itu terbalik dan malangnya mereka bertiga tak mampu membuka pintu kereta untuk keluar menyelamatkan diri kerana pintu sudah ditutup rapi oleh dinding tanah dan permukaan luas longkang. 

“Istighfar banyak-banyak Fizah.Istighfar Fizah…” Diana cuba mententeramkan keadaan.sambil cuba meraba-raba mencari telefon bimbitnya.Keadaan sangat cemas.Kaca-kaca bertaburan dalam dan luar kereta.Mereka tak mampu melepaskan diri dari tempat duduk kerana kaki mereka tersepit!

Mujurlah,ada orang awam yang nampak kejadian itu lalu meminta pertolongan yang lain.
Alhamdulillah,semua dapat dikeluarkan dan diselamatkan.Alhamdulillah,ketiga-tiga mereka cuma mengalami luka kecil di kaki dan mereka juga mengalami sedikit trauma dengan kejadian.Perkara itu berlalu dengan pantas.

“Mungkin inilah ujian yang Allah berikan kepada kami dan mungkin musibah ini juga sebagai balasan mengkafarahkan dosa aku sebelum ini yang mengendahkan ajaran agama islam yang sebenar…” bisik hati kecil Diana.


Cerpen ini sebenarnya adalah kesinambungan dari cerpen terawal  saya, Selendang Untukmu… segala yang tertulis tiada berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada ianya cuma kebetulan. Sila kongsikan kepada rakan2 lain jika dirasakan bermanfaat.
DIHARAPKAN ANDA SEMUA SUDI MEMBACA DAN MEMBERIKAN KOMEN
sila layari laman web saya ;
Muhammad Zufar Bin Marwah
5.2.2011
Gelugor

Cerpen:Mimpi Semalam


Tajuk: Mimpi semalam


“kau nak pergi solat, pergilah! Jangan kacau aku boleh?”. Bentak Hindun. Hatinya membengkak lantaran tidurnya sering diganggu Asmah. Hari ini hari ahad. Untuk subuh hari ini sahaja, sudah lebih 10 kali rakan sebiliknya itu mengejutnya untuk solat. bermula jam 5.45 pagi hinggalah waktu terakhir dia mengejut iaitu 7.00 pagi. Kepala Hindun masih berat dek kerana mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. ditambah pula dengan kesan minuman berkafein yang diambil setiap kali Hindun mahu berjaga malam. Hindun memang seorang mahasiswa pintar dan rajin yang meletakkan pelajaran sebagai priority utama dalam hidupnya. Tidak hairanlah jika semua keputusan peperiksaannya mendapat gred tertinggi iaitu 4 flat.

“Dengan keputusan yang bagus inilah, masa depan kita cerah. Keluar university nanti pun, bakal majikan nak tengok pointer kita berapa. Kalau tinggi, baru dia nak ambil kita sebagai pekerja dia.” Hindun cuba mencipta ideology setiap kali perbualan mengenai kerjaya dibincangkan bersama-sama rakan sekelasnya. Dia begitu yakin tentang itu.

“lelaki sekarang ni pun, mestilah nak cari calon isteri yang pandai dan berkerjaya. Kalau diberi pilihan antara pengetua sekolah dengan guru biasa, mestilah dia pilih pengetua. Antara engineer dengan pekerja kilang, mestilah dia pilih engineer.” Ini pandangan Hindun jika rakan-rakannya membuka topik jodoh . Begitu sifir mudah yang Hindun hadam dalam pemikirannya.
Asmah masak benar dengan prinsip hidup teman sebiliknya yang seorang ini. Dia juga sudah lali dengan perbuatan Hindun yang sering memperkecilkan dirinya yang hanya memperoleh keputusan peperiksaan yang sederhana. 

“kau ni Asmah, selalu sangat sibuk dengan persatuan kau tu! Usrah lah, program lah. Dah la selalu hilang kat bilik. Sebab tu la kau tak boleh nak challenge result aku!” begitu tuduhan Hindun terhadap Asmah gadis bertudung labuh itu. Asmah hanya membalasnya dengan senyuman. Dia yakin dengan rutin hariannya sebagai seorang ahli persatuan Islam di kampus bukanlah penyebab keputusan peperiksaannya tidak begitu memberangsangkan. Asmah sudah membahagikan masa secukupnya. Dia tidak pernah ponteng kelas. Setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Malah, dia telah mewajibkan untuk belajar di luar bilik kuliah selama tiga jam sehari. Dia sudah berusaha sebaiknya. Selebihnya dia bertawakal kepada Allah. Dia yakin dengan maksud surah At-Talaq ayat tiga itu.

Jam menunjukkan 10 pagi. Hindun tidak menampakkan tanda-tanda yang dia ingin bangun. Asmah masih tekun menghadap laptop menyiapkan laporan program anjuran persatuannya tiga hari lepas. 

“Adui.. sakitnya kepala aku. Badan aku pun sakit-sakit.” Keluh Hindun.
“Eh, aku ni ada kat mana? Kenapa lain macam je..”. Hindun memerhati suasana di sekeliling.

“itu almari baju aku. Itu buku-buku aku. Ini semua barang-barang aku. Baki air Nescafe malam tadi pun ada lagi dekat atas meja tu. Oh! Ni kan bilik aku.. apalah aku ni, bilik sendiri pun dah lupa ke.. ni mesti pening sebab minum Nescafe pekat sangat malam tadi ni” hindun mencongak-congak sendirian. Namun, bimbang di hatinya belum hilang.

Tiba-tiba dia terkejut. Hatinya bagai mahu tercabut. Darahnya seolah-olah berhenti. Dia menjerit sekuat hati.
“aku kan dah bangun tidur.. tapi tu siapa yang terbaring atas katil aku tu? Baju dia sama dengan baju yang aku pakai sebelum aku tidur semalam. Rambut dia.. muka dia.. macam aku..!” Hindun membuat pemerhatian.

“ kalau dia aku, habis tu aku ni siapa? Aku ni roh ke? Aku mimpi ke? Atau aku dah ma… Tidak! Tidak! Aku tak boleh mati. Asmah, asmah!! Kejut aku cepat! Asmah! Kau tak dengar ke Asmah? Kau tak Nampak aku ke Asmah? Aku dekat tepi kau ni..” Hindun terus menjerit melolong kepada Asmah. Namun, apakan daya. Asmah tidak boleh melihatnya di saat ini.

“asmah, tolong lah Asmah.. kejutlah aku.. nanti orang ingat aku dah mati..Asmah.. Asmah.aku janij. Kau kejut aku lagi, nanti aku bangun solat subuh..” Hindun terus merayu seperti anak kecil yang mahu susu dari ibunya namun Asmah masih khusyuk membuat kerjanya.

“ya Allah.. apa dah jadi pada aku ni? Kenapa aku macam ni? Apa semua ni?”
Asmah membetulkan duduknya. Matanya yang sedikit berair kerana terlalu lama menghadap laptop digenyeh-genyeh. Dilihat jam di desktop, sudah menunjukkan jam 11 pagi.

“ya Allah aku tak solat dhuha lagi ni”. Bisiknya sendirian. Dia bingkas bangun meninggalkan kerusi, dan membuka pintu bilik untuk ke bilik air mengangkat wudhu’.

“Asmah, jangan tinggalkan aku Asmah! Kau nak pergi mana tu? Kau tak perasan ke aku ni.. kejutkan lah aku Asmah..! Asmah! Asmah!” Hindun tidak puas merayu.
Asmah masuk kembali ke biliknya. Telekung yang tersidai di birai katilnya segera dipakai kemas. Dia menjeling kearah Hindun. Hatinya serba salah untuk mengejut buat kali ke 11. Bimbang dia ditengking seperti pagi tadi. 

“alah, takpe, aku kejut sebab nak ajak makan kejap lagi” Asmah  sudah bersedia dengan alasan sekiranya dia dimarahi Hindun sekali lagi.
Tangannya yang masih basah kerana mengangkat wudhu’ dirasakan mampu membuat Hindun tersedar.

“Hindun, Hindun.. bangun. Lama sangat kau tidur ni. Dah nak tengah hari ni. Jom turun makan.” Tuturnya lembut sambil tangannya menggerakkan kaki Hindun.
“Hindun, Hindun! Hin…dun..”.

Tiba-tiba Asmah berasa seperti ada yang tidak kena. Dia memegang kemas kaki Hindun. Sejuk. Dia menelentangkan badan Hindun yang dalam posisi mengiring sebelumya. Pelik. Hindun tetap tidak sedar.  Hati Asmah bergetar. Dia terasa seram sejuk. sambil membaca bismillah, dia meletakkan dua jarinya ke tengkuk Hindun seterusnya di bawah hidungnya untuk merasa hembusan nafas. Dadanya juga tidak kelihatan pergerakan turun naik nafas. Innalillahiwa inna ilahirajiun..


Part 2

Tiiidaaaaaak! Aku tak mati lagi!”, Hindun tidak puas berteriak.
Hindun terduduk di suatu sudut. Dia menangis semahunya. Jiwanya serabut. Perasaan terkilan memenuhi relung jiwanya. Kepalanya digeleng-gelengkan kerana seboleh-bolehnya mahu menafikan apa yang dilihat sebentar tadi. Kakinya dihentak-hentak ke lantai.

Aku tak boleh mati! Masih banyak benda yang aku kena buat. Study aku tak habis lagi. Aku perlu ada kerjaya. Masa depan aku panjang lagi. Aku muda lagi!,” Hindun menjerit lagi. Dia masih tidak mahu menerima kenyataan. Duniawi terasa berat untuk dilepaskan.

Uhuk! Uhuk… aaa…”, Hindun menangis semahunya. Bahunya turut sama terhejut-henjut seiring dengan esakannya. Perpindahan ke alam barzakh itu nampaknya tidak dapat langsung diterima. Dia sudah tidak keruan. Rambutnya ditarik-tarik. Pipinya ditampar-tampar. Kadang-kala kepalanya turut dihantuk ke dinding.

Hiiindun!”

Satu suara keras memanggilnya. Sangat keras. Ibarat petir. Tidak mustahil ia mampu memekakkan telinga yang mendengarnya ketika itu.
Mata Hindun yang merah kerana menangis, terbeliak. Dia terkejut namanya dipanggil dengan kuat . Tangannya menutup kedua-dua telinganya. Kepalanya menoleh-noleh ke kanan dan kiri mencari siapakah yang memanggilnya sebentar tadi. Badannya menggigil dengan sendirinya dek kerana  cemas dan ketakutan.

Hoi! Hindun!”

Suara itu berteriak lagi.

kkkau… kau ..siapa ha?”, balas Hindun teragak-agak.
Aku siapa itu tak penting! Tapi kau siapa itu yang lebih penting sekarang!”,jawab suara itu.

Hindun melingas di setiap sudut. Masih mencari-cari arah daripada mana suara itu datang. Sunyi sepi sahaja ketika ini. Tiada bunyi lain selain daripada bunyi suara mereka berdua.

siapa kau? Dan apa tujuan kau dijadikan?”, suara itu menyoal Hindun.
Hindun bertambah bingung. Soalannya dijawab dengan soalan yang sama diajukan kepadanya. Ya soalan yang pertama mungkin mudah baginya. Sudah tentu dia adalah manusia yang diciptakan daripada tanah liat hitam dan busuk tapi, mengenai soalan kedua dia terlupa. Apa tujuan manusia dijadikan?  Dia ligat berfikir mencari jawapan. Otaknya kuat bekerja. Menyelak kembali fail-fail memori lama yang mungkin dia boleh perolehi jawapannya dalam memori sekolah agama tempat dia menimba ilmu dahulu. Soalan yang tidak memerlukan kira-kira seperti matematik dan uji kaji seperti sains ini mengambil masa yang sangat lama untuk dijawab. Akhirnya dia ingat jawapannya yang pernah dibaca dalam buku teks yang dia sempat khatamkan dari kulit ke kulit sebelum menduduki peperiksaan  ketika zaman dia bersekolah.

aaku..aku……aku manusia. Dan ttu..tujuan aku dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah”, Jawab Hindun gagap.

oh! Kau sedar diri kau manusia ya? Dan…Wah! kau yakin kau dihidupkan untuk beribadah,”suara itu menyindirnya.

Hindun tersentak. Kata-kata itu seperti menampar pipinya. Dia senyap. Suasana amat sepi. Tiada bunyi cengkerik. Deruan angin juga tiada. Gelap pekat zulumat.
Tiba-tiba, suasana sepi tadi didatangi dengan bacaan dua ayat Al-Quran yang berbunyi:

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.


Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Mungkin dalil ini adalah jawapan bagi soalan tadi.
adakah kau sudah benar-benar mengabdikan diri kau kepada Allah?,” suara itu kembali menyoalnya.
Hindun tidak menjawab

 “Hoi! Jawab!.”

Kali ini jeritan suara itu menyakitkan tubuhnya. Belakang badannya terasa seperti dilibas dengan jeritan suara itu. amat perit.
“aaaaaaaargh… ss.ssa..sakit…” Hindun mengerang kesakitan.
“jawab!”..

Hindun dipukul lagi dengan suara itu. Berkali-kali. Walaupun hakikatnya tiada sebarang objek pun yang menyentuh tubuhnya. Hanya suara itu. tapi Hindun berasa sakit. Jeritan itu membuatkan dia sakit.

Kau degil! Kau ego! Kau sebenarnya telah lupa hakikat kau dijadikan Allah di bumi ini. Kau tak bersyukur! Apa kau ingat dengan hanya cemerlang dalam pelajaran, mampu meluluskan kau untuk menjawab soalan munkar nakir di kubur nanti?”.

 Suara itu memukul Hindun habis-habisan. Kulit belakang badannya mulai terkoyak. Darah merah deras mengalir.    

Hindun mengerang kesakitan. Dia menangis. Kali ini lebih kuat. Dia menjerit.
“tt..Ta..Tapi, bukankah menuntut ilmu juga dikira ibadah?..”. Hindun cuba membela dirinya.

Ya benar apa yang kau katakan. Tapi, adakah kau ikhlas menuntut ilmu itu kerana Allah? Bukahkah kau mementingkan diri sendiri?! Bukankah kau langsung tidak menghiraukan rakan kau yang selalu ingin meminta bantuan daripada engkau untuk mengajarkannya? Kau hina mereka… Kau katakan mereka bodoh! Kononnya kau seorang yang pandai hingga kau lupa ada yang Maha Bijaksana di atas sana. Sekarang, semuanya sudah terlambat. Kau tidak layak untuk diangkat sebagai orang yang berilmu di sisi Allah. Bersedialah di barzakh sana! Rumah sempit penuh ular berbisa, gelap dan tiada siapa akan mendengar pertolongan kau!.. dua malaikat siap sedia menanti kau di sana. Bersedialah! ”

Suara itu menakutkan Hindun. Dia menangis sambil menahan kesakitan. Dia masih tertiarap sambil cuba mengangkat mukanya. Dia cuba bangun tapi tidak berdaya. Luka di belakangnya sangat pedih seperti ditambah dengan siraman asid.

Aa..aaduh.. Sakitnya Ya allah.. Ya aku sedar aku salah… Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah…. Selama ini aku hidup dengan penuh kebanggaan dan sikap sombongku Ya Allah… Aku terlalu mengejar dunia. ..Sedangkan negeri yang kekal sebenarnya adalah akhiratMu Ya Allah… Aku terlalu bangga dengan kejayaan ku dan selalu merendah-rendahkan orang lain. Sedangkan aku lupa itu semua adalah pemberian dariMu Ya Allah….”
Hindun mulai insaf. Dalam kesakitan yang teramat itu, dia cuba juga untuk berdoa.

Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku takut untuk menghadapi munkar dan nakir di dalam kubur nanti ya Allah... Aku yakin aku tidak mampu untuk menjawab soalan mereka ya Allah… Aku sakit ya Allah.. Argh.. Aku takut akan ular berbisa di dalam kubur itu ya Allah. Aku takut akan dibakar api neraka ya Allah. Tolong ya Allah! Hidupkanlah aku walau sesaat untuk aku bertaubat kepadaMu ya Allah yang Maha Pengampun dan penyayang….”

Hindun berdoa. Suara Hindun tersekat-sekat. Dia menyebut kembali segala dosa-dosanya. Dia teringat solat lima waktu yang selalu diabaikan. Auratnya yang tidak sempurna ditutup. Pakaian ketatnya. Malah mengejek Asmah yang memakai tudung labuh seperti hantu. Ya! Asmah. Dosanya pada Asmah terlalu banyak. Dia selalu menyakitkan hati teman sebiliknya itu. begitu juga dengan ibunya di kampong. Dia selalu menjadikan assignment sebagai alasan ketika ibunya meminta dia pulang ke rumah. Sedangkan ibunya selalu rindu padanya tambahan pula Hindun adalah anak tunggalnya.

ibu! Maafkan Hindun ibu. Hindun anak derhaka. Hindun selalu anggap ibu ni batu penghalang untuk Hindun berjaya. Hindun anak derhaka ibu.. Tolong Hindun, ibu.. Hindun dah mati. Kubur tu gelap ibu.. Hindun takut ibu.. hindun nak cium bau syurga ibu.. Hindun tak nak masuk neraka..”

“Ya Allah.. hidupkanlah aku walau sesaat untuk aku bertaubat dan meminta ampun kepada semua orang Ya Allah..”

Hindun sekali lagi meminta untuk dihidupkan semula.


Maksudnya:  (Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah Aku (ke dunia), Agar Aku berbuat amal yang saleh terhadap yang Telah Aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.

Sekali lagi bacaan surah itu bergema memenuhi ruang itu.

ttiiidak!!! Tolong!! Ya Allah!” Hindun menjerit sekuat hatinya. Anak tekaknya seperti hendak terkeluar.

 Hindun sepertinya tahu apa jawapan daripada doanya sebentar tadi. Dia sudah terlambat. Dia sudah mati. Tiada apa yang dia boleh lakukan melainkan bersedia menghadapi alam barzakh dan menunggu amalnya dihisab di mahsyar kelak.
Aaaaaargh..Tiiidaakkk! jangan…….”

Tiba-tiba suasana gelap bertukar terang benderang. Matanya silau. Tangannya menutup matanya.

Hindun! Hindun!.. bangun. Kenapa ni? ,” suara Asmah lembut. Dia yang sedang berzikir di tikar sejadah usai solat tahajud, terperanjat dengan jeritan Hindun.
Hindun yang melihat Asmah memakai telekung, menjerit ketakutan lalu menekup mukanya dengan tangannya. Dia meronta-ronta.

aaaaa.. jangan!,”
Hindun, kenapa ni? Ni aku lah Asmah. Kau mengigau ni.” Asmah kehairanan melihat Hindun begitu. Dia seperti baru sahaja melihat hantu.
Hindun segera bangun duduk bersila di atas tilamnya. Tubuhnya berpeluh.  Dia meraba belakang badannya. Tidak sakit dan tiada darah. Dia memeluk Asmah.
Asmah... Tolong aku Asmah. Aku sakit. Aku kena azab. sakit sangat. Badan aku koyak.”

“Astaghfirullah..Ish. Kau mimpi ni. Cuba istighfar.” Asmah memujuk tenang.
“tak Asmah. Dalam mimpi tu, Aku mati. Lepas tu, aku kena pukul. Ya Allah, sakitnya..”

“Asmah, jangan tinggalkan aku... Bimbing aku ke jalan yang benar..selama ini aku lupa pada kekuasaan Allah. Aku lupa pada rezeki yang Allah bagi. Aku lupa akan ilmu yang Allah bagi. Aku sombong..aku selalu hina kau. Maafkan aku Asmah. Tolong aku Asmah, jangan tinggalkan aku seorang di neraka.. bawa aku bersama kau  masuk syurga.” Hindun menghina dirinya. Tangannya menggenggam erat tangan Asmah. Kata-katanya penuh mengharap.    
Asmah tersenyum. Dia memeluk Hindun erat. 

sahabatku Hindun, Aku bukanlah insan yang dijamin syurga. Aku juga manusia biasa yang masih belajar mengenal erti hidup. Balasan syurga dan neraka bukan kita yang tentukan. Itu semua hak Allah. Kita sebagai hambaNya memang kena sentiasa mengharapkan kehidupan yang terbaik di akhirat sana. Caranya? Mentaati suruhannya, meninggalkan larangannya, dan amal makruf nahi mungkar. Sama-samalah kita berusaha menggapai kesejahteraan di akhirat dan merebut cintaNYA.. Insya Allah sahabatku..”

“insya Allah…”balas Hindun lemah. Pelukannya bertambah erat. Pipi Asmah dicium tanda kasih seorang sahabat. Air matanya bertambah deras. Dia bersyukur Allah masih menyayanginya. Segala apa yang dilaluinya sebentar tadi terasa seperti benar-benar terjadi. Siapakah yang menyoalnya dalam mimpinya tadi, tidak penting. Yang lebih utama, dia benar-benar ingin bertaubat.

Manakala Asmah tidak henti-henti memanjatkan syukur pada Allah. Selama ini, saban malam dia berdoa supaya dilembutkan hati sahabatnya itu. Alhamdulillah. Allah mengabulkan doanya. 
Kedua-dua sahabat itu masih berpelukan. Jauh di suatu sudut, ada makhluk yang sedang berduka. Misinya kali ini gagal.

argh! Damn!” dia menjerit. Hatinya penuh benci melihat Asmah dan Hindun berpelukan. Cita-citanya untuk menyesatkan Hindun dan mempengaruhi Asmah melakukan maksiat berkecai. Malah Hindun pula yang insaf dibimbing Asmah. Perancangan lebih kemas dan kreatif harus segera dilaksanakan bagi menyesatkan mangsa seterusnya. Hal Asmah dan Hindun serah saja pada ketua mereka yang lebih berpangkat. Mungkin si Jeneral itu lebih berpengalaman luas dalam menyesatkan manusia. 

Siapakah makhluk ini? Siapa lagi kalau bukan satu-satunya makhluk yang tidak mahu sujud pada manusia suatu ketika dahulu, iblis laknatullah!

-T.A.M.A.T-
  





 Karya:
Norazlinda bt Amin
2- SPM
Fakulti Pendidikan
013-3706467
KTF
linumi_sara@yahoo.com
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK