Followers

Friday, January 29, 2010

Hubungi Kami


Sebarang artikel, promosi program, komen mahupun cadangan penambahbaikan untuk blog LSKPMIUTM ataupun cadangan aktiviti-aktiviti LSK PMI UTM  boleh dihantar kepada lskpmiutm@yahoo.com
atau pun menghubungi terus Pengerusi LSK PMI,Saudara Fathurahman ataupun Timbalan Pengerusi LSK PMI,Saudari Aisyah




Terima kasih.

Saturday, January 23, 2010

Wanita dan Sukan Menurut Perspektif Islam




Sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai suatu ´keperluan asas´ bagi kedua-dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Islam sebagai agama yang syumul, senantiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu digunapakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Justeru, perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digarispanduankan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.

Dalam situasi ini, Islam telah menyediakan satu garis panduan sebagai suatu metode rujukan bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum wanita Muslim daripada perkara-perkara yang boleh melanggar batas-batas moral dan akidah Muslim.

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:

“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

“Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.”

Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:

“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.

2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.

3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.

Bersukan dan beriadah merupakan ´hiasan hidup´. Justeru, berlebih-lebih sehingga mengorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perkara tersebut merupakan keperluan asasi adalah berlawanan dengan fitrah Islam. Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan.

Aktiviti sukan dan riadah ini tidak seharusnya menjadi faktor penyebab bagi wanita khasnya dan lelaki khususnya lalai daripada memenuhi tuntutan agama dan kewajipan dunia. Individu dan masyarakat Muslim tidak kira lelaki mahupun wanita dituntut supaya mengimbangi di antara kehendak dirinya dan kewajipan yang dituntut agama.

Saturday, January 16, 2010

Pemain Mesir patuh agama

KAHERAH: Jurulatih Mesir, Hassan Shehata hanya mahukan pemain yang mematuhi ajaran Islam dan berkata pemilihan pasukannya adalah berdasarkan sikap alim dan skil seseorang pemain itu.

Kemasukan aspek agama dalam sukan adalah sebahagian daripada gerakan agama konservatif negara itu, sedikit demi sedikit dalam beberapa dekad kebelakangan ini dengan lebih ramai umat Islam bersembahyang di masjid, wanita berpurdah di tempat awam selain mengurangkan sikap tolak ansur dengan penganut agama Islam sekular atau golongan minoriti Kristian. Tidak ada pemain beragama Kristian dalam skuad itu yang mempertahankan kejuaraan Piala Negara Afrika di Angola.


Sudah bertahun-tahun atlit Mesir menunjukkan sifat warak mereka di depan peminat dan media dengan bersujud untuk berdoa sebagai tanda terima kasih selepas menjaringkan gol atau meraikan kemenangan atau berdoa sebelum perlawanan bermula bagi memohon kejayaan daripada Tuhan.


Namun komen Hassan mengenai aspek agama dalam sukan adalah satu senario yang baru.


Beliau yang dipetik dalam akhbar di Kaherah sebagai berkata,

skil saja tidak mencukupi untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan bimbingannya.


Beliau berkata ‘taat kepada agama’ adalah faktor utama dalam pemilihan pemain.


“Tanpa faktor itu, kami tidak akan memilih mana-mana pemain, tidak kira potensi yang dimiliki,” katanya.

“Saya selalu mahu memastikan pemain menyarung jersi Mesir adalah mereka yang mentaati perintah Tuhan.”
Sebuah akhbar bebas al-Shorouk memetik Hassan sebagai berkata, Ahmed ‘Mido,’ yang dipinjamkan dari kelab England Middlesborough ke kelab Mesir, Zamalek digugurkan tidak lama selepas dipilih kerana tidak memenuhi ciri-ciri pemain warak yang dimahukan pengurus pasukan itu.


Mido digugurkan empat hari selepas dipilih bulan lalu dan keputusan itu nyata mengejutkan selepas Mesir kehilangan Amr Zaki, bekas pemain kelab England, Wigan yang disisihkan akibat kecederaan serta pemain tengah menyerang, Mohammed Abu Trekka.


Mido, yang terkenal dengan aktiviti sosialnya berkata, dia berasa terhina dengan pengguguran itu.


Hassan, bekas pemain tengah kreatif Mesir, tidak berselindung mengenai peranan besar yang dimainkannya dalam menyeru pemain agar mentaati agama.


Beliau sering dilihat berdoa oleh berjuta-juta peminat yang menonton televisyen ketika perlawanan. Beliau juga selalu meminta penyokong supaya berdoa untuk pasukan kebangsaan.


Kelmarin, Hassan memberitahu bagaimana beliau memujuk penyerang Mesir, Mohamed Zidan yang bermain untuk kelab Jerman, Dortmund, agar bersembahyang.

“Saya tidak suka dengan caranya yang kerap bersendirian tanpa bergaul dengan pemain lain,” kata Hassan mengenai Zidan. “Saya meyakinkannya mengenai betapa sembahyang itu penting dan wajib. Sejak itu, dia sudah mula bersembahyang.” - AP

p/s:Mesir Mantap...kalaulah k.rajagopal(Ketua jurulatih Bola Sepak Malaysia) pilih player malaysia camni.....apa agaknya respon masyarakat?

Friday, January 15, 2010

FORUM ISU-ISU ISLAM MUTAKHIR

Monday, January 11, 2010

ISLAM DAN SUKAN



Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT `Dan tidak Kami utuskan kau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Inilah matlamat kedatangan Rasulullah s.a.w yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Allah sebut di dalam Al-Quran `Tidak Kami Abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab’(Surah Al-An’am, 38). Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Ini ialah kerana ia adalah wahyu Allah SWT Sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri. Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahanya dan bagaimana untuk menggerakkanya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT

`Kamulah sebaik-baik umat yangdilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.

Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya samada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan. Setiap individu di anugerahkan oleh Allah SWT dengan potensi dan bakat yang tersendiri. Kita haruslah mengembangkan potensi dan bakat yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah SWT dengan cara yang di benarkan oleh syariat Islam bukan melalui cara-cara yang bercanggah dengannya. Gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.

Sebab itu ada perpatah Arab yang berbunyi

`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’

Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Seseorang Muslim mempunyai banyak tanggungjawab yang harus di laksanakan termasuk tanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, ibubapanya, saudara seagamanya, jirannya, masyarakatnya dan negara. Ini sudah tentu memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya. Bagaimana boleh seorang Muslim melaksanakan ayat Quran yang berbunyi `Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan’ (Surah Al-Maidah)sekiranya dia sentiasa menghadapi masalah kesihatan.

Malah kita di tuntut untuk membuat persediaan untuk menghadapi kekuatan musuh `Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka(musuh) sekadar yang terdaya dari kekuatan’(Al-Anfal: 60)

Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud seseorang Muslim itu harus terlibat dalam sukan atau apa sahaja aktiviti jasmani sehingga lupa kepada tanggungjawab-tanggungjawab lain. Allah SWT tidak meredhai seorang Muslim yang begitu seronok bersukan sehingga dia melupai waktu solatnya. Atau seorang Muslim yang menyertai aktiviti sukan tanpa memikirkan pakaian yang sesuai dan menutup aurat sehingga auratnya terdedah kepada penglihatan orang lain dan ini adalah di haramkan oleh Islam. Islam mahu menutup `pintu-pintu kerosakan’ dan aktviti-aktiviti atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan teransangnya nafsu syahwat lelaki kepada wanita dan sebaliknya yang bukan suami isteri adalah mengundang kepada kerosakan dan kehinaan dalam masyarakat.

Oleh kerana itulah, kita dapat lihat gejala sosial dan penyakit yang berpunca daripada hubungan bebas lelaki dan wanita semakin berleluasa kerana manusia ingkar terhadap panduan dan peraturan yang di tetapkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan mereka tunduk kepada telunjuk hawa nafsu mereka. Allah berfirman `Tidakkah kamu melihat manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhanya? Manusia yang di ciptakan oleh Allah SWT agar tunduk dan patuh kepada Nya memilih jalan yang merosakkan dirinya dengan mematuhi kehendak nafsunya.

Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam.

Selain daripada itu kita mahu supaya aktiviti sukan yang kita libatkan diri akan di kira sebagai ibadah dan di terima oleh Allah SWT sebagai bekalan di hari akhirat kelak apabila kita bertemu dengan Allah SWT untuk di kira segala amalan kita dan di hisan oleh Nya samada kita di masukkan kedalam syurga atau nereka. Untuk itu kita harus pastikan agar aktiviti sukan atau apa sahaja program pembangunan jasmani yang kita hadiri memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Niat kita haruslah untuk menjaga kesihatan badan agar mendapat keredahaan Allah SWT
  2. Aktviti itu tidak lakukan dalam suasana yang bercanggah dengan syariat Islam.

Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus di cemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja. Aktiviti sukan yang membenarkan pencampuran lelaki dan wanita secara bebas boleh membawa kepada kemudaratan jiwa , akal dan emosi. Akhirnya ia boleh membawa kepada perbuatan sumbang dan merosakkan akhlak mereka yang terlibat.

Oleh itu adalah sesuai dengan syariat Islam sekiranya tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita di asingkan agar perkara ini dapat di elakkan. Kita harus menaman dalam diri kita rasa malu . Apabila rasa malu hilang daripada diri kita maka akan musnah benteng yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih dahsyat lagi sehingga kita bersedia untuk meruntuhkan kehormatan kita.

Rasulullah s.a.w selalu berdoa `Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku’ (Allahuma a`fini fi badani, Allahuma a`fini fi sam’I, Allahuma `afini fi basori)

Kita juga di tuntut untuk berdoakan diri kita seperti ini agar Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan kepada keseluruhan tubuh badan kita.

Almarhum Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya `Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam’ jilid satu menyebut:

`Sebab itu Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

Walaubagaimanapun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat itu adalah anugerah Allah SWT dan aktiviti sukan itu hanyalah usaha manusia untuk menjaga kesihatannya. Oleh itu kita harus bersyukur kepada Allah SWT apabila kita di anugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak merasa megah dan sombong sehingga kita lupa bahawa ini semua adalah anugerah Allah SWT kepada kita.

Dalam Al-Quran di sebut `Dan apabila aku sakit, Dia(Allah)lah yang menyembuhkan’ Oleh itu kita haruslah sentiasa memohon kepada Allah dan mengharapkan bantuan dan pertolonganNya kerana hanya Dia sahajalah yang dapat memenuhi permohonan kita. Islam menyuruh kita berusaha dengan pelbagai cara seperti berjumpa doktor, bersukan dan makanan yang baik dan halal untuk menjaga kesihatan tetapi yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Oleh itu kita harus bersyukur dan sentiasa berharap kepadaNya.

Gunakanlah waktu kita sihat dengan bijak dan tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak baik serta berusahalah untuk meningkatkan amal perbuatan yang di redhai oleh Allah sebagaimana yang di gariskan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila kita sakit kita akan sedar betapa pentingnya waktu sihat itu di manfaatkan dengan cara yang berkesan kerana apabila kita sakit kita tidak mampu atau lemah untuk berbuat apa-apa walaupun untuk beribadah. Masa kita dalam keadaan sakit dan lemah inilah biasanya manusia akan memohon kepada Allah SWT agar dia cepat semboh supaya dia dapat melakukan perkara-perkara yang biasa di lakukan setiap hari.

Jangan kita lupa menziarahi rakan yang sakit sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberi kita kesihatan dan kita harus mendoakan agar dia cepat sembuh. Ini juga merupakan tanggungjawab seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain dan merupakan strategi dakwah yang berkesan untuk menarik manusia supaya bersama-sama dalam barisan Islam. Rasulullah sendiri pernah di riwayatkan menziarahi seorang Yahudi yang sakit yang membenci baginda sehingga akhirnya orang Yahudi itu memeluk agama Islam.

Oleh itulah marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT. Di waktu yang sama kita jangan lupa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita dan setiap perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan akan di catit dan menerima balasan yang setimpal.

Wallahu a'lam

oleh Prof Madya Syed Omar Syed Agil

Monday, January 4, 2010

Sukan Dari Perspektif Islam


KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- "Sukan adalah antara jihad umat Islam di dunia ini". Agak pelik bunyi kenyataan ini, tetapi ia mempunyai pengertian tersendiri.

"Ini kerana pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan atlet demi untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sukan adalah satu bentuk jihad walaupun ia tidak sehebat jihad di medan perang," demikian kata Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara, Ustaz Mohammad Hasnol Bakar.

Beliau menambah definisi jihad jangan disalah anggap kerana ia mempunyai pengertian yang luas.
"Jihad dalam pengertian dunia moden sekarang ialah pengorbanan tenaga yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kemakmuran dan keunggulan yang mendatangkan manfaat kepada ummah.

"Dan sukan juga adalah salah satu bentuk jihad umat Islam di akhir zaman jika kena dengan niatnya dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam," jelasnya kepada Bernama.

Malah menurut Muhammad Hasnol, sejarah mencatit bahawa pemimpin agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah berdakwah mengunakan medium sukan.

"Ini berlaku apabila Nabi telah dicabar beberapa kali oleh ahli gusti dari kaum Quraish di Mekah yang bernama Rukanah Abu Yazid untuk bergusti dengannya dan sanggup memeluk Islam jika Nabi mampu mengalahkannya dalam tiga pusingan.
"Baginda menyahut cabaran itu dan kemudian menewaskan Rukanah. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa umat Islam pada zaman itu mempunyai kekuatan fizikal kerana mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan mereka," katanya.

Menurut Muhammad Hasnol lagi, Nabi pernah menyertai sahabat-sahabatnya untuk bermain panah malah pernah berlumba kuda dengan isteri baginda Siti Aisyah.

"Bagaimanapun, batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga mendatangkan kemudaratan pada jiwa, akal dan emosi perlulah diambil berat agar ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam,"
katanya.

Menutup aurat juga dituntut untuk atlet Islam dan ini tidak menghalang atlet yang menuntup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan, katanya.
Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung.
Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006.


Muhammad Hasnol berkata negara Islam perlu menggiatkan sukan di kalangan rakyatnya sendiri dan menjadikan sukan untuk memajukan meraka di peringkat antarabangsa.

"Walaupun negara Islam telah mewujudkan Sukan Perpaduan Negara Islam yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 di Arab Saudi, namun ia belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh seluruh umat Islam," katanya.

-- BERNAMA

Sukan Lambang Kejantanan!


Tajuk tulisan ini mungkin agak janggal bagi setengah kita .Biasanya ,bersukan dalam masyarakat kita adalah soal hidup ,soal hobi ,minat & kesihatan serta mengisi masa lapang . Bersukan juga boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayah dan dihormati oleh orang ramai. Namun di sebalik semua fenomena ini, kita sering terlupa ataupun leka dengan hakikat bersukan yang sepatutnya difahami oleh setiap muslim sukan berhubung kait dengan soal akhirat.. Ia adalah ibadah. Malangnya ,bidang sukan hari ini sudah jauh menyimpang drpd matlamat sebenar iaitu ibadah yang kita janjikan kpd Allah S.W.T. Ironinya sukan telah menjadi lapangan utk mengundang kemurkaan ALLAH yg maha dahsyat. Sebenarnya musuh2 islam sdh lama menyedari ruang ini yang boleh dieksploitasi sbg alat kpd umat islam utk mengndang kemurkaan Allah.Inu terbukti apabila sesetengah umat islam tidak lagi mengangap sukan sebagai satu ibadat, malah ia seolah2 tiada kaitan langsung dengan islam yang sungguh lengkap & sempurna.Jelas sekali serangan sekularisme telah berjaya menembusi benak fikiran dan sanubari umat islam hari ini.

Adakah kita sanggup melihat pada suatu ketika seorg hamba ALLAH itu tunduk merendah diri di sejadah, tiba2 ketika lain dengan bangganya dia berlari sambil mendedahkan auratnya di hamparan rumput hijau yang sentiasa bertasbih kpd ALLAH S.W.T.
Mungkinkah ibadatnya diterima? Bagaimana pula taubat & doanya? Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis pernah menceritakan seorang lelaki yang menadah tangan sambil menyeru, ‘ya Rabbu! Ya Rabbu!’ sedangkan makanan, minuman & pakaiannya adalah dari suber yang haram. Malah generasi kini lebih mengenali artis2 & atlit2 berbanding tokoh2 Islam yang tersohor. Perwira dan pejuang Islam yang tangkas membela kebenaran sudah tidak dirasakan sehebat artis dan atlit pujaan mereka. Sementara itu, penyokong sukan pula ada yang sanggup meninggalkan solat dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan semata2 untuk melihat sebiji bola yang direbut dipadang atau stadium. Lebih dasyat lagi, ramai atlit yang mengaku ‘muslim’ & ‘muslimah’ tetapi sanggup membuka aurat semata 2 utk melihat sebiji bola yang direbut dipadang atau stadium. Lebih dahsyat lagi, ramai atlet yg mengaku ‘muslim’ & ‘muslimah’ tetapi sanggup membuka aurat semata2 ingin lebih pantas dibalapan.Bahkan, tdk krg juga yg berpakaian menjolok mata dihadapan ribuan manusia termasuk ‘MATA’ dilangit yang tidak pernah lalai dan mengantuk.Sungguh sinis sindiran Rasulullah s.a.w apabila baginda bersabda “Apabila kamu sudah tidak tahu malu, buatlah apa yang kamu suka’. Realitinya sebahagian umat islam hari ini sudah berlebihan dalam bersukan.Ulama Saudi, as-Sheikh Dr Aidh al-Qarni berkata sebahagian umat islam hari ini sdh berlebihan dalam dlm mempraktikkan berbagai jenis sukan & terlalu mengikuti keriuhan berita2 liga sehingga menjadi satu kesibukan, mensia2kan waktu dan menjadi matlamat utama mereka.Malah sanggup membuang wang ringgit, tenaga dan masa berbanding membuat ibadat kpd ALLAH. Sukan sebenarnya ada hubungan dgn islam.Sukan dalam islam mempunyai yang amat suci bagi menjunjung kesucian islam.Orang beriman bersukan krn ingin dikasihi Allah.Sabda Nabi s.a.w lagi mukmin yang kuat lebih baik dan dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah Orang mukmin bersukan krn ingin sihat spy dpt beribadat dgn sempurna dan sepuas2nya kpd Allah.Sabda Nabi s.a.w lagi “jaga waktu sihatmu sblm sakitmu satu hakikat yang telah dilupakan oleh umat islam hari ini, sukan adalah satu persiapan utk berjihad pada jalan Allah. Firman Allah “Dan bersiap sedialah kamu dengan apa sahaja kekuatan.....”. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menggalakkan sukan yg blh menyihatkan badan, menguatkan otot dan mengasah kemahiran berjihad spt berenang , memanah dan menunggang kuda. Lebih dari itu sukan yg dianjurkan oleh Baginda ini menurut Al-Qarni juga merupakan sebuah kekuatan, kekebalan, penjagaan terhadap islam dan lambang ‘kejantanan’ seorang muslim. Perlu ditegaskan islam tidak pernah melarang umatnya bersukan.Tetapi umat islam perlu adil meletakkan sesuatu sesuai pd tempatnya.Lawan adil adalah zalim.Sekarang umat islam telah melakukan kezaliman terhadap bersukan.
Seandainya sukan itu adalah ‘makhluk yg blh berkata2’ sdh tentu ia akan melaknat manusia yg menyalahgunakannya utk mengundang kemurkaan Allah.
Justeru ,janganlah kita cuba memisahkan antara tuntutan bersukan dengan beribadah kepada Allah.Tentu janggal bunyinya jika ibadah kita bercampur aduk dengan maksiat.jangan sampai kita bersukan sehingga fizikal sahaja yang sihat,tetapi iman &hati kita menderita kesakitan. Sama2lah kita bermuhasabah diri masing2.

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK