Followers

Thursday, November 24, 2011

ANALISIS KEJAYAAN SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Tahniah atas kejayaan memenangi  'ibu segala pingat' dalam Temasya Sukan Sea 2011 di Indonesia baru-baru ini.kami yakin seluruh rakyat malaysia pastinya tahu mengenai berita kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan kita yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara sukan bola sepak.

banyak cerita yang boleh dikisahkan mengenai skuad bola sepak  pasukan kebangsaan kali ini.bermula dari kecederaan beberapa pemain utama  seperti wan zack haikal dan gary steven robbat sebelum temasya sukan sea ramai yang mula ragui kemampuan skuad kali ini untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu di laos.Dengan kemasukan pemain-pemain baru seperti nazmi faiz mansor,badrol bakhtiar,asrarudin putra omar dilihat sangat membantu pasukan kali ini.

rumusan kekuatan pasukan ini:

  • -bintang masa depan(nazmi faiz mansor,syahrul azwari)
  • -kehebatan penjaga gol(khairul fahmi)
  • -semangat juang yang tinggi
  • -berjaya menyerap tekanan dalam dan luar padang
  • -jentera tengah yang berfungsi baik(diterajui badrol bakhtiar)
  • -barisan pertahanan yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa(asrarudin,fadhli,muslim,mahalli)
  • -skuad bawah 23 tahun ini mendapat pendedahan yang luas(latihan di slovakia dan beraksi di liga super 2010/2011)
  • -kebersamaan dan keserasian pemain-pemain dibentuk lebih awal
  • -sokongan kuat pihak pengurusan persatuan bola sepak malaysia(fam)
  • -jurulatih yang bijak mencaturkan strategi(ONG KIM SWEE)
  • -corak permainan yang pelbagai dan skill individu yang menarik


banyak lagi yang boleh diperkatakan.ada lagi beberapa nilai tambah yang hebat diperlukan oleh sang juara untuk melengkapkan pakej juara.

nilai kesyukuran!!

ya,sifat bersyukur perlu ada pada semua pemain-pemain dan staf yang muslim.
berapa banyak kejayaan di peringkat asia tenggara yang diperolehi dan sejauh mana kita mensyukurinya?


                       (Banyak pendapat ulama mengenai sujud syukur di atas padang)
  
Mari kita renungkan sebuah firman allah swt dalam  al-quran:

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(surah Ibrahim,ayat 7)

persoalan ini untuk kita sama-sama ingatkan dan hayati bersama.bukan sahaja untuk pasukan bola sepak kita sahaja tapi pada semua muslim.syukur bukan hanya mengucapkan alhamdulillah tapi juga perlu di rasa di hati.ada sifat kehambaan dalam jiwa.



ya SEPATUTNYA semakin banyak kejayaan diterima semakin tunduk jiwa kita  kepada pencipta.

harapan

                             (Bunyamin Umar,antara pemain bola yang patut dijadikan contoh)



                                                      (Rashid Mahmud,pemain Pahang)


pastinya kita dunia umat islam sangat merindui pemain muslim sebuah pasukan bola sepak yang berjaya melaksanakan perintah menutup aurat di atas padang.

secara ringkasnya,walau apa pun sukan yang kita main,semuanya satu ibadah.biarlah kita mengikut perintah tuhan.jika kita berjaya ,kita akan menjadi orang yang hebat beraksi di atas padang dan luar.






Pembaca-pembaca sekalian boleh juga membaca artikel di sini mengenai pendapat-pendapat ulama mengenai sujud syukur di padang.


sekali lagi tahniah pada pasukan bola sepak kebangsaan!!
p/s:mungkin lepas ini pengurusan bola sepak kebangsaan boleh mengaturkan atau mencari penaja pemain-pemain muslim pergi umrah sebagaimana pengurusan skuad bola sepak kelantan lakukan dulu.

1 Response to “ANALISIS KEJAYAAN SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA”

  • Anonymous says:
    December 7, 2011 at 7:10 AM

    Ada satu faktor lain yang barangkali kebanyakan kita lupa dan tidak sedar sebenarnya. Faktor di mana keputusan FAM menamatkan khidmat pemain import. Sejak pada ketika itulah kemunculan anak-anak muda Malaysia menunjukkan bakat dan semangat tanpa dibanyangi kehebatan pemain import yang kebanyakannya didatangkan dari Afrika, Eropah yang diakui kelasakan dan fizikal, serta skil. Hanya bakat mereka yang diperkatakan tanpa dibandingkan atau dibayangi pemain inport dua benua besar ini dalam perlawanan liga tempatan dan ini memberi semangat dan motivasi untuk menonjolkan diri dengan high self-expression/motivated sebagai tonik diri yang sebenarnya baik pada diri seseorang. Bayangkan jentera tengah dibayangi dikuasai pemain import hebat yang mempunyai skil seperti pemain d liga utama eropah atau afrika. Keputusan dulu FAM sebelum ni memang tepat walaupun pada awalnya ada yang tidak setuju atau sukar terima.

    Cadangan:
    -FAM perlu hadkan pemain import bukannya 3 tapi
    1 (lagi baik) atau 2 orang saja(sederhana)..
    -kurangkan pemain import berada serentak di
    bahagian serangan/tengah/pertahanan.
    -kekalkan team Harimau Muda atau team yang
    dianggotai tanpa pemain import ini. mereka
    lebih diutamakan.

    mungkin ini nampak lucu tapi fikirkan kejayaan sekarang untuk masa depan bola sepak negara di peringkat luar,

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK