Followers

Sunday, December 4, 2011

Syabas Peserta Pertandingan Karya Islamik 2011







BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM..SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW, BESERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT BAGINDA....

Pertandingan yang terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTM telah menarik minat beberapa peserta untuk mempamerkan kehebatan masing-masing menghasilkan karya. Antara peserta yang menyertai adalah Muhammad Zufar bin Marwah yang telah menghantar sajaknya yang bertajuk 'Atas Nama Ukhuwah'. Selain itu beliau turut menghantar satu cerpen yang merupakan karya terbarunya iaitu 'Selendang Untukmu 2'.

Karya yang lain pula adalah seperti cerpen yang berjudul 'Sesuci Syahadah' yang dikirimkan oleh Mohamad Afiq bin Mohamed Huri yang merupakan seorang mahasiswa tahun 3 SSC-kimia industri. Beliau adalah seorang aktif blogger dan sentiasa menghasilkan karya-karya yang menarik. Cerpen yang seterusnya adalah cerpen yang berjudul 'Mimpi Semalam' yang dihantar oleh seorang mahasiswi yang bernama Norazlinda binti Amin. Beliau merupakan seorang mahasiswi tahun 3 SPM, bakal seorang guru yang kini menuntut di Fakulti Pendidikan.

Hasil karya yang terpilih ini akan dipaparkann di Blog Lujnah Sukan dan Kebudayaan ini yang akan menjadi bacaan umum pengunjung Blog ini. Diharap aktiviti seperti ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang kerana boleh menyerlah bakat berkaya yang terpendam dalam kalangan mahasiswa Islam di samping dapat melaksanakan agenda Dakwah melalui penulisan yang kini mula mendapat tempat di hati masyarakat.

Syabas kepada semua peserta.

0 Responses to “Syabas Peserta Pertandingan Karya Islamik 2011”

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK