Followers

Wednesday, March 21, 2012

# Wordless Wednesday



p/s: ada yang tak kenal dia ni? =)

Thursday, March 1, 2012

Kembali Beraksi!!

Padang KDOJ,Khamis-1.3.2012

Alhamdulillah menerusi Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM,pasukan  bola sepak PMI berjaya mengatur perlawanan pertama dalam musim semester baru.Dengan menjadikan pasukan bola sepak 1SAW sebagai lawan ujian dalam perlawanan pertama ini banyak perkara menarik yang boleh dikongsi.Pada kali ini PMI sudah mula kehilangan pemain berbisa Wan Darimi yang sudah meninggalkan kampus selepas tamat pengajian.Sumbangannya dalam pasukan PMI sangat dihargai.Satu ketika dahulu PMI pernah mempunyai  barisan terbaik menerusi Wafi,Faruqi,Izmar  dan Wan Darimi.



Pada kali ini PMI banyak mempertaruhkan  barisan-barisan muda dan baru bagi menghadapi perlawanan-perlawanan persahabatan di samping diperkuatkan dengan sebilangan pemain-pemain lama skuad PMI sebelum ini.

Berbalik kepada perlawanan pertama musim ini,PMI Berjaya mengikat pasukan 1SAW dengan jaringan 4-4.Wakaupun beraksi dalam keadaan padang yang becak seolah-olah sawah padi,kedua-dua pasukan Berjaya menunjukkan semangat sukan yang tinggi.Pada perlawanan ini PMI hanya berjaya membawa 12 orang pemain disebabkan kekangan-kekangan waktu pemain lain yang tidak dapat beraksi.Muka baru,Paan Berjaya menggegarkan jaring pihak lawan dengan 2 gol jaringan bagi membolehkan PMI mengatasi lawan 2-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua,nyata pasukan 1SAW mengatur semula permainan dan kali ini corak menyerang habis-habisan yang digunakan mereka Berjaya membuahkan hasil apabila Berjaya menghambat semula PMI dengan 2 jaringan menewaskan penjaga gol PMI,Shahrul@Chelo.Faktor keletihan pemain-pemain PMI digunakan sebaiknya 1 SAW apabila mereka terus berpesta gol jauh meninggalkan PMI dengan tambahan 2 jaringan lagi menjadikan 4-2.

Dalam tempoh baki masa tinggal beberapa minit lagi seolah-olah kemenangan bagi 1 SAW,pemain-pemain PMI tidak mudah putus asa dan hasilnya counter-attack yang dilancar PMI Berjaya merapatkan kedudukan 4-4 hingga tamat permainan.Jelas terpancar kegembiraan bagi pengurus pasukan PMI yang baru,Rais Adi dengan apa yang dipamerkan oleh PMI.


Pemain-Pemain PMI:
Shahrul@Chelo,Saihan,Arif Aizat,Al-Arif,Qassim,Ayub,Razali,Zufar,Rais,Meor,Azizi,Paan

Penjaring Gol  PMI:Paan(2 Gol),Ayub,Rais



InsyaAllah..semoga ukhuwah kita yang terjalin akan terus subur..Amalkan Sukan Untuk Ummah..Jumpa Lagi!!

Polis Bertudung Pertama di Sweden(Gambar Di Dalam)

Kali ini kami bawakan kepada anda kisah seorang muslimah yang kisahnya patut ditonjolkan kepada masyarakat dunia.

Donna Eljammal
yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.
Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.
Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.
Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.


p/s:Anda yang belum bertudung,bila lagi mahu bertudung?Tidak ada alasan lagi melainkan patuh suruhan Allah..Ayuh ubah sekarang!Anda pasti menjadi orang yang beruntung!!

SUMBER BERITA
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK