Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kejohanan Futsal Islami (KONAMI) 2012

InsyaAllah Persatuan Mahasiswa Islam UTM melalui Lujnah Sukan & Kebudayaan (LSK) PMI UTM akan mengendalikan Kejohanan Futsal Islami (KONAMI) 2012..


Objektif :
  •  Memupuk budaya bersukan untuk kesihatan tubuh badan dan minda khususnya dalam kalangan mahasiswa
  •  Mengeratkan hubungan persaudaraan Islam dalam kalangan peserta
  •  Sebagai pencetus untuk terus melakukan aktiviti bersukan secara istiqamah pada masa-masa akan datang.

'Sesungguhnya mukmin yang kuat disukai Allah Taala daripada Mukmin yang lemah.Namun,kedua-duanya ada kebaikan disisi Allah.’ 

Undang-Undang:

 *Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. 


Format Pertandingan:

*Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.
*8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan. 
*1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan secara liga di setiap kumpulan
(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan diperingkat kumpulan)
*Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
*Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di  peringkat kumpulan.3 mata akan diberikan sekirannya menang,1 mata akan  diberikan sekirannya seri manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
*Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu
a)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang.Sekiranya masih sama perbezaan gol,sepakan penalti akan diadakan (3 pemain sahaja)
b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja)
*Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

Syarat-Syarat Pertandingan &Penyertaan

*Semua pemain perlu MEMASTIKAN pemakaian sukan yang sesuai dan MENUTUP AURAT sepanjang pertandingan berlangsung.

*Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

*Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

*Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

*Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

*Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja di benarkan bermain.

*Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja,tidak lewat daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

*Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan,maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

*Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.

*Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.

*Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.

*Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.

*Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai kejohonan futsal ini.

*Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan tersebut.

*Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.



Cepat !! Tempat Terhad!!Hanya 8 Pasukan Akan Bertarung .. Ayuh Menyihatkan Badan sambil meraih ukhuwah dan mardhotillah ..

Jangan Lupa Hubungi : 013-5920514 Untuk Penyertaan


:: Majulah Sukan Untuk Ummah::







Thursday, October 11, 2012

SENARAI 30 ORANG PELATIH SKUAD PMI 2012/2013


Alhamdulillah bagi musim baru untuk sesi pengajian 2012/2013 Pasukan Bola Sepak PMI UTM berjaya mengumpulkan gabungan pemain-pemain baru (Tahun 1) dan lama (Tahun 2,3 dan 4) bagi mengharungi perlawanan-perlawanan persahabatan untuk sesi kali ini.Berikut merupakan:


30 SENARAI PELATIH SKUAD BOLA SEPAK PMI UTM 2012/2013

PENGURUS:  RAIS ADI
TEKNIKAL  TEAM : IDRIS , AZIZI ,ZUFAR
KAPTEN : IDRIS

PEMAIN-PEMAIN:

  1. QADHIR
  2. SAIHAN
  3. SHAHRUL(CHELO)
  4.  HAZIQ FARHAN
  5.  IDRIS
  6.  RAIS ADI
  7.  MEORABDULRASHID
  8.              ZUFAR
  9.  FIRDAUS MAJID
  10.  AZIZI
  11.  SYAFIQ RAHMAN
  12.  AAZRIE
  13.  WAN KAMIL
  14.  AIMAN HAKIM
  15.  AIZUDIN
  16.  HASNIM
  17.  ZAMIRUL
  18.  HASHIMI
  19.  AZEZAN( KTC)
  20.  FAKHRI (KTHO)
  21.  HASBUL HADI (K10)
  22.  HAFIZUDDIN (K10)
  23. SHAZLI MUIN (KTR)
  24. SYAHMI (KTC)
  25.  AZWAN (K10)
  26.  ARRIF (KTC)
  27.  FAWAZ (KTDI)
  28.  RAHIMIE (KTHO)
  29.  ALI ARIFFIN
  30. ALI (PARK CORE D)
* Ada lagi beberapa nama yang tidak tersenarai dalam pasukan ini .. jangan risau .. pastikan anda rajin turun dalam perlawanan-perlawanan akan datang .. 

(Sebahagian pemain-pemain Skuad PMI UTM)


Analisis Pemain:

Tahun  1: 10 orang
Tahun 2 : 2 orang
Tahun 3 : 6 orang
Tahun 4 :12 orang

KEPADA PASUKAN-PASUKAN BOLA SEPAK DI UTM YANG MAHU BUAT PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN PASUKAN PMI UTM BOLEH MENGHUBUNGI PENGURUS : RAIS ADI (014-8026110 )

p/s: nanti Pihak kami akan update latest keputusan beberapa perlawanan persahabatan  yang telah berlangsung sebelum ini ..




~ Mari Bersama  Membangun Ummah ~

 


Sunday, July 8, 2012

Masih Ingat Siapa Senderos?




LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.

Sumber: Harakahdaily.net

British footballer Philippe Senderos converts to Islam

The Swiss professional footballer, Philippe Senderos who plays as a defender for the British Premier League club Fulham has embraced Islam and converted to the Shia Muslim religion.

He declared his faith in Islam in the English city of Manchester, in an Islamic center dedicated to propagating the Islamic religion and the teachings of the Ahlul-Bayt (peace be upon them).

Philippe Senderos formerly played for English football giants, Arsenal, and now plays for his country’s national team, Switzerland.

Philippe, a theology graduate, showed much interest in world religions and spent most of his time outside football reading up on religious
matters before he embraced Islam.

“I am very interested in world religions and read a lot of books about that subject”, Senderos once said in an interview with Arsenal Magazine.

“If I wasn’t playing football, I would probably have become a priest”, he added.

Senderos has finally sought knowledge to his benefit and found guidance in the religion of Islam.

PressTV

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK