Followers

Thursday, October 6, 2011

Ceritera Padang PMI UTM:Perlawanan 1








KDOJ UTM,5 OKTOBER 2011-Alhamdulillah,pasukan bola sepak Persatuan Mahasiswa Islam UTM(PMI UTM) telah berjaya memulakan perlawanan pembukaan Football Friendly Match untuk semester baru ini.Kali ini pasukan yang bertuah menguji kekuatan PMI UTM adalah pasukan  bola sepak 3 SEL.

      (antara Pemain yang Hadir)

Ternyata kehilangan beberapa tonggak-tonggak utama PMI UTM semester lepas seperti pemain tengah berpengaruh(Fadhlul Wafi),pemain pertahanan kental(Izmar Hafizi) dan penjaga gol terbaik PMI UTM(Faruqi) amat dirasai dek kerana mereka sudah pun bergraduasi.Sekalung tahniah dari kami!Manakan tidak,3 trio ini satu ketika dulu cukup berbakti bersama skuad PMI UTM.Pengalaman yang dicurahkan cukup bermakna.

Pemain-pemain SEL pula pastinya menaruh harapan kepada pemain-pemain bintang mereka seperti Ezudin,Nazreen,Amar,Adli,Asrol untuk menggerakkan permainan pasukan mereka.


        [Three Stooges,(Wafi,Izmar,Faruqi)Best Friends!]

Namun,semester ini PMI UTM juga dalam usaha membentuk skuad yang mantap dalam Friendly Tour kali ini.Pemain-pemain utama skuad PMI UTM yang lepas seperti Azim Jamil,Wan Darimi,Qadhir,Shahrul,Firdaus Majid,Fathurahman,Shumi  kembali menguatkan skuad PMI semester ini.Malah kepulangan semula Razali ke skuad kali ini amat dialu-alukan selepas satu semester lepas dia tidak berpeluang bermain kerana tugasan Kursus Fakultinya.


         (Kasut Baru pemain PMI,semangat!)

Berbalik pada perlawanan pertama PMI dengan 3 SEL,PMI UTM banyak kehilangan penguasaan bola dalam padang terutama pada separuh masa pertama.Faktor stamina yang kurang dan pertama kali turun padang setelah hampir 4 bulan mahasiswa bercuti mungkin menyebabkan corak permainan yang kurang menarik dari pemain PMI .Pihak lawan terus mengambil kesempatan dengan menghukum PMI dengan mendahului  1 jaringan pada separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan PMI,Shahrul.

         (Pemain-pemain SEL)

Pada separuh masa kedua,PMI mula bangkit menyusun semula permainan dengan membuat rombakan besar-besaran pemain-pemain dengan membawa masuk beberapa pemain-pemain simpanan.Bermula satu gerakan menarik dari tengah,penyerang prolifik PMI UTM,Abdul Azim Jamil berjaya menanduk bola hasil lintaran kepadanya.

Setelah perlawanan menghampiri babak akhir separuh masa kedua, pemain tengah 3 SEL,Zufar menjaringkan gol kemenangan pihak lawan dengan merembat masuk gol apabila bola muntah hasil cubaan cantik  penyerang 3 SEL,Helmi ditempis keluar penjaga gol PMI .



Secara keseluruhannya kedua-dua pasukan menunjukkan kematangan dalam permainan terutama pemain-pemain SEL yang bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini.Harap kita kitemu lagi di lain waktu.
Selepas keputusan ini,3 SEL melebarkan rekod pertemuan ke atas PMI UTM dengan rekod 2(SEL)- 1(PMI UTM).

Pengerusi LSK PMI,Saudara Fathurahman yang tidak kesempatan dalam perlawanan ini juga menunjukkan rasa gembira setelah akhirnya PMI UTM memulakan perlawanan pertama.


     (Pengerusi LSK PMI UTM)

Tahniah diucapkan kepada pasukan lawan!Moga ukhuwah antara kita berkekalan.

p/s:Nantikan ceritera Padang kedua


~Bersama Membangun Ummah~

Wednesday, October 5, 2011

Perlawanan Sudah Bermula!


Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Alhamdulillah,minggu lepas Persatuan Mahasiswa Islam UTM menerusi Lujnah Sukan & Kebudayaan PMI UTM sudahpun memulakan PMI UTM Football Friendly Match untuk semester baru ini sebagaimana yang dilaksanakan semester lepas.
 
3 perlawanan berjaya diatur dalam rangka PMI UTM mendekati mahasiswa dalam episod menyuburkan misi kita bermain sukan untuk ibadah dan merapatkan ukhuwah sesama mahasiswa sekalian.

Berikut merupakan keputusan penuh:

*PMI UTM vs 3 SEL
    1                   2

*PMI UTM vs 3 SPS
       3                  2

* PMI UTM vs Team Kacau Daun
       1                      2

InsyaAllah,berita penuh perlawanan-perlawanan minggu lepas akan dilaporkan di laman ini.Teruskan membaca dan mengikutinya.

InsyaAllah untuk semester ini,PMI UTM  maju setapak lagi di mana PMI akan menjual jersey PMI UTM yang bakal digunakan nanti dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan PMI UTM.


                                                               (Sample Jersey Bola PMI UTM)
Alhamdulillah,sambutan perlawanan yang melibatkan  PMI UTM dan pasukan bola sepak yang lain pada semester lepas amatlah memberangsangkan.

Kali ini sekurang-kurangnya PMI UTM akan cuba mengaturkan 2 kali perlawanan dalam tempoh seminggu.Semoga usaha kecil ini akan merapatkan lagi ukhuwah kita terutama sesama muslim.
  
p/s:mana-mana pasukan yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan PMI UTM boleh menghubungi 013-5920514

Info:
Dapatkan
Jersey PMI- RM35
Sesiapa yang berminat boleh mesej WD -0139706388
nama - nama di jersey
no jersey ( no jersey tak boleh bertindih-siapa cepat dia dpt)
size baju
no hp


“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK