Followers

Tuesday, January 18, 2011

LSK PMIUTM BERSAMA SAHABAT!

Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM telah mengadakan pertemuan pertama bersama-sama sahabat LSK pada 9 Januari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di padang futsal KRP. 
Alhamdulillah, pertemuan yang pertama agak baik kerana disertai oleh 22 orang sahabat,manakala yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.Tujuan diadakan pertemuan ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah di antara sahabat dan pimpinan LSK selain mempromosikan program-program LSK PMI serta memperkenalkan sukan mengikut syariat Islam.
Tetarik dengan kata-kata seorang sahabat LSK menyatakan bahawa salah satu cara untuk mencipta memori yang indah adalah berpeluh bersama-sama.

Nah,inilah LSK lakukan bersama sahabat-sahabat tempoh hari. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah futsal,bola tampar dan bola jaring.
Seterusnya, disambung pula dengan sedikit pengisian oleh Pengerusi LSK, saudara Mohd Fathurrahman bin Salim. Beliau menyentuh tajuk tentang sukan dan kaitannya dengan Islam.Sukan dan kebudayaan dijadikan platform dan diterjemahkan sebagai ibadah kepada Allah SWT.Selain itu,beliau ada menyentuh tentang sejarah Islam ketika dahulu dimana para sahabat bertungkus lumus mempertahankan Islam dengan menyediakan fizikal yang sihat dan mantap untuk menghadapi serangan musuh. Tidak lupa juga,beliau ada menyatakan harapan untuk menjadikan LSK PMIUTM sebagai satu wadah untuk menggerakkan sukan dan kebudayaan mengikut syariat Islam.
Maka dengan adanya sahabat-sahabat yang hadir ketika itu memberi sinar kepada LSK untuk terus memacu sukan dan kebudayaan ke arah yang lebih cemerlang.
                                              (antara yang hadir)
Program diteruskan lagi dengan pelantikan AJK LSK yang baru serta sedikit jamuan.Semasa sesi permainan berlangsung, pelbagai gelagat lucu dipamerkan oleh sahabat-sahabat. Walaupun penat terasa ketika bermain tetapi terasa cukup bermakna seakan-akan kami telah lama kenal antara satu sama lain.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran presiden PMIUTM,saudara Mohd Zaki bin Harun. Program ini tamat pada jam 11.30 pagi,kemudian kami bergerak pulang ke kolej masing-masing. Tak tergambar perasaan di hati bagaimana tetapi yang pasti pertemuan kami yang singkat ini mampu mengubah LSK ke arah yang lebih sistematik, dinamik dan variasi.Insya Allah...


Timbalan Pengerusi Lsk:
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

0 Responses to “LSK PMIUTM BERSAMA SAHABAT!”

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK