Followers

Thursday, March 1, 2012

Kembali Beraksi!!

Padang KDOJ,Khamis-1.3.2012

Alhamdulillah menerusi Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM,pasukan  bola sepak PMI berjaya mengatur perlawanan pertama dalam musim semester baru.Dengan menjadikan pasukan bola sepak 1SAW sebagai lawan ujian dalam perlawanan pertama ini banyak perkara menarik yang boleh dikongsi.Pada kali ini PMI sudah mula kehilangan pemain berbisa Wan Darimi yang sudah meninggalkan kampus selepas tamat pengajian.Sumbangannya dalam pasukan PMI sangat dihargai.Satu ketika dahulu PMI pernah mempunyai  barisan terbaik menerusi Wafi,Faruqi,Izmar  dan Wan Darimi.



Pada kali ini PMI banyak mempertaruhkan  barisan-barisan muda dan baru bagi menghadapi perlawanan-perlawanan persahabatan di samping diperkuatkan dengan sebilangan pemain-pemain lama skuad PMI sebelum ini.

Berbalik kepada perlawanan pertama musim ini,PMI Berjaya mengikat pasukan 1SAW dengan jaringan 4-4.Wakaupun beraksi dalam keadaan padang yang becak seolah-olah sawah padi,kedua-dua pasukan Berjaya menunjukkan semangat sukan yang tinggi.Pada perlawanan ini PMI hanya berjaya membawa 12 orang pemain disebabkan kekangan-kekangan waktu pemain lain yang tidak dapat beraksi.Muka baru,Paan Berjaya menggegarkan jaring pihak lawan dengan 2 gol jaringan bagi membolehkan PMI mengatasi lawan 2-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua,nyata pasukan 1SAW mengatur semula permainan dan kali ini corak menyerang habis-habisan yang digunakan mereka Berjaya membuahkan hasil apabila Berjaya menghambat semula PMI dengan 2 jaringan menewaskan penjaga gol PMI,Shahrul@Chelo.Faktor keletihan pemain-pemain PMI digunakan sebaiknya 1 SAW apabila mereka terus berpesta gol jauh meninggalkan PMI dengan tambahan 2 jaringan lagi menjadikan 4-2.

Dalam tempoh baki masa tinggal beberapa minit lagi seolah-olah kemenangan bagi 1 SAW,pemain-pemain PMI tidak mudah putus asa dan hasilnya counter-attack yang dilancar PMI Berjaya merapatkan kedudukan 4-4 hingga tamat permainan.Jelas terpancar kegembiraan bagi pengurus pasukan PMI yang baru,Rais Adi dengan apa yang dipamerkan oleh PMI.


Pemain-Pemain PMI:
Shahrul@Chelo,Saihan,Arif Aizat,Al-Arif,Qassim,Ayub,Razali,Zufar,Rais,Meor,Azizi,Paan

Penjaring Gol  PMI:Paan(2 Gol),Ayub,Rais



InsyaAllah..semoga ukhuwah kita yang terjalin akan terus subur..Amalkan Sukan Untuk Ummah..Jumpa Lagi!!

2 Responses to “Kembali Beraksi!!”

  • Helmi Razali says:
    March 1, 2012 at 10:48 PM

    Rais!!...terbaik la..huhu
    tahniah team PMI.. =)

  • pak kodi says:
    March 3, 2012 at 12:40 AM

    haha... ganah ngat.. tharu bace smbil suke tabahak bahak kalah raja lawak jozan.. hahaha.. bijok2.. truskan info sbegini.. ia sgt efektif n mnibulkan smgat ksukanan ..

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK