Followers

Tuesday, March 29, 2011

DUA PASUKAN PMI BERENTAP


UTM, 27 Mac- Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara dua pasukan PMI iaitu TEAM A dan TEAM B telah berlangsung  di padang bola sepak berhampiran Kolej 9 pada pukul 8.00 pagi. Perlawanan telah berlangsung dengan agak sengit di mana kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan dan mempamerkan kehebatan masing-masing.
                Perlawanan ternyata sengit apabila TEAM B mendahului lawan dengan jaringan pertama oleh Ikhwan. Beliau dengan mudah menyumbat gol dengan menggelecek barisan pertahanan lawan dan memperdayakan penjaga gol TEAM A. TEAM A bangkit dua minit kemudian dengan gol penyamaan oleh Fathurrahman dengan rembatan kencang ke arah gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Shahrul. Tersentak dengan jaringan tersebut, TEAM B terus mengasak kubu lawan dan berjaya menghasilkan gol dengan Wan Kamil menanduk cantik bola sepakan penjuru yang dilakukan oleh Haziq. TEAM B terus menambah derita TEAM A dengan menjaringkan tiga gol lagi menjadikan keputusan 5-1. Keputusan kekal hingga tamat separuh masa pertama.
                Separuh masa kedua bermula dengan perubahan posisi mendadak yang dilakukan oleh TEAM A dengan menukarkan posisi penyerang dan pertahanan. Taktik yang dilakukan ternyata berhasil apabila barisan pertahanan yang dibarisi oleh Firdaus, Rizuwan dan Fathurrahman berjaya mengekang asakan lawan daripada membolosi gol. TEAM A bangkit secara mendadak apabila berjaya menjaringkan tiga gol menjadikan keputusan 5-4. Gol dijaringkan oleh Panod, Aizuddin dan Zufar. Lima minit kemudian TEAM B menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan satu lagi gol menjadikan keputusan 6-4. Permainan bertambah hangat apabila Hazim dan Aizuddin menjaringkan dua gol untuk TEAM A bagi menyamakan kedudukan 6-6. Dengan anggapan permainan berakhir dengan keputusan seri, Qadhir telah berjaya meledak gol kemenangan untuk TEAM A pada saat-saat terakhir permainan dengan keputusan 7-6. Permainan tamat dengan keputusan TEAM A (7)- (6) TEAM B.
                Perlawanan  yang diadakan berjaya merapatkan ukhuwah antara pemain-pemain tersebut. Mereka berasa gembira dan berharap aktiviti ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan. Senyuman jelas terukir di setiap bibir pemain sejurus tamat perlawanan kerana mereka sedar hubungan sesama mereka bertambah rapat dan mesra. Syabas rakan-rakan. :)

Friday, March 25, 2011

(UPDATE)-KEPUTUSAN FRIENDLY MATCH PMI!

Alhamdulillah,PMI UTM menerusi Lujnah Sukan Dan Kebudayaan(LSK) berjaya mengatur beberapa siri-siri perlawanan persahabatan bola sepak dalam kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam rangka membina ukhuwah dan silaturahim...sini ada beberapa keputusan perlawanan untuk dimaklumkan...

>12 Januari 2011
PMI VS KP
 1             3

>5 Mac 2011
PMI VS SEL 
  1            2

>10 Mac 2011
PMI VS SAW
18             0 

>11 Mac 2011
PMI VS 4 SMK 
2              2

>12 Mac 2011
PMI VS SEL
3              0
>14 Mac 2011
PMI vs 3 SMV
  2            2

>17.Mac 2011
PMI vs ROTU
  0           6
>18 Mac 2011
PMI vs 2SKK
 2            2

>22 Mac 2011
PMI vs Dip K10
 3            4

>23 Mac 2011
PMI vs 3SEE
 0            1

>25 Mac 2011
PMI vs 2SKG
  4            0

>26 Mac.2011
PMI vs 3 SAW
 0             3

“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

PMI MULAI BANGKIT!



KDSE UTM, 25 Mac- Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada pasukan PMI untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan 2 SKG. Untuk perlawanan ini PMI mula menunjukkan taring mereka dengan membenam 2 SKG, 4 berbalas 0.

Untuk separuh masa yang pertama memperlihatkan strategi PMI tidak teratur menyebabkan permainan kurang memberansangkan. Pasukan 2 SKG memulakan serangan dengan cubaan tanduk oleh pemain sayap kanan mereka namun berjaya ditepis oleh penjaga gawang PMI. Seterusnya memperlihatkan 2 SKG cuba mengawal permainan tapi disebalik serangan pasukan 2 SKG, PMI mengambil kesempatan dengan banyak membuat serangan balik namun penyudah penyerang pasukan PMI untuk separuh masa belum menjadi.


Gol pertama pasukan PMI muncul apabila perebutan bola di dalam kota penalti pasukan 2 SKG dengan disudah oleh penyerang profik PMI Wan Darimi. Pasukan 2 SKG cuba bangkit dengan beberapa serangan namun Apek yang baru dimasukkan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan PMI hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG. Pasukan PMI menambah derita pasukan 2 SKG sekali lagi Wan Darimi mendapat lorongan bola dari pemain tengah PMI iaitu Zufar Marwah dan disudahkan baik oleh beliau. Akhir sekali gol pasukan PMI adalah hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG yang silap menepis hantaran silang pemain tengah PMI, Jimmy.



Kapten pasukan PMI iaitu Fadhlul Wafi berpuas hati dengan kecekapan bahagian tengah PMI yang banyak memcipta peluang untuk penyerang PMI untuk menyudahkan kesemua gol PMI. Namun begitu beliau berharap pasukan PMI masih perlu banyak memperbaiki untuk permulaan permainan dimana pasukan PMI yang masih belum teratur untuk separuh masa pertama. 

Perlawanan seterusnya pasukan PMI adalah pada hari Sabtu, 26 Mac di padang KDSE bertemu dengan pasukan FKA. Dijemput kepada semua mahasiswa islam yang ingin mewakili pasukan PMI untuk bermain perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada nombor 013-5920514(Zufar). Kehadiran anda sangat kami hargai.
 
SUMBER BERITA 
 
"Bersama Membangun Ummah"
Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMI UTM

STRATEGI PMI KURANG MENJADI!



KDOJ UTM, 23 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak 
Shuk Team yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 3 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Shuk dengan kesudahan mata 1 berbalas 0.

Pada separuh masa pertama keadaan perlawanan agak seimbang di mana kedua-dua pihak berhati-hati dalam membawa bola. Biarpun ada beberapa percubaan dari pasukan PMI namun dinafikan oleh penjaga gol pasukan Shuk yang tangkas menjaga gawang. PMI juga diuji oleh penyerang pasukan Shuk ‘one by one’ dengan penjaga gol pasukan PMI tapi ditepis rembatan tersebut. Tamat separuh masa pertama dengan tanpa jaringan kedua-dua pihak.

Bermula separuh masa kedua menampakkan penguasaan bola oleh pasukan PMI dengan memasukkan beberapa tonggak utama mereka, namun begitu bahagian serangan masih kurang menjadi untuk membolos gawang pasukan Shuk. Permainan menampakkan seri oleh kedua-dua pihak. Empat minit sebelum tamat permainan, pasukan PMI dihukum hasil kelalaian penjaga gol PMI yang tidak keluar untuk menghalang penyerang pasukan Shuk menyebabkan gol tersebut menjadi gol kemenangan pasukan Shuk. Pasukan PMI mula mengatur serangan namun semua strategi itu sudah terlambat bagi pasukan PMI. Pasukan PMI kalah tipis 1 berbalas 0.



Kapten Pasukan Fadhlul Wafi yang memberi komen atas prestasi pasukan PMI dengan mengatakan “Kami masih tercari-cari sentuhan seorang penyerang. Masih banyak perlu kami baiki dari sudut penjaga gol dan penyerang.” Manakala penjaga gol pasukan PMI Mohamad Faruqi juga memberi komen atas kesilapannya “Mungkin sekarang bukan zaman saya lagi untuk menjadi penjaga gol.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak FKSG pada 25 Mac (Jumaat). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam untuk mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.
 
SUMBER BERITA
 
“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

KEKALAHAN PMI ATAS KECUAIAN PENJAGA GOL




KDOJ UTM, 22 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak Diploma K10 (Dip) yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 4 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Dip dengan kesudahan mata 4 berbalas 3.


Pasukan PMI ketinggalan 3 gol pada awal separuh masa pertama atas kecuian penjaga gol PMI yang memberi banyak bola muntah kepada pasukan lawan. Gol pertama PMI hadir pada separuh masa pertama dengan menukar pemain sayap kanan dengan memasukkan Wan Kamil yang membuat hantaran lintang kepada Azim Jamil dan beliau menanduk cantik kearah pintu gol. Separuh masa pertama kesudahan Dip 3 berbalas 1.


Masuk separuh masa kedua pasukan PMI menukar taktik dengan memasukkan empat pemain pinjaman termasuk penjaga gol untuk menajamkan lagi bahagian tengah dan serangan. Hasilnya PMI dapat 2 jaringan hasil daripada gerakkan solo pemain berbaju celcom dan tendangan Azim Jamil. Pada masa tambahan, pasukan Dip melukakan para pemain PMI dengan melakukan sepakan luar kotak penalti dan penjaga gol tidak sempat untuk menepis gol tersebut menjadikan gol kemenangan untuk pasukan Dip.





Pada hari ini pasukan PMI kehilangan banyak pemain-pemain utama mereka antaranya Abdul Aziz, Qadhir, Chelo dan Ibrahim atas kekangan mereka sebagai mahasiswa. Namun, ini tidak bermakna pasukan PMI tidak dapat bermain baik dengan ketiadaan mereka. Bagi pihak pengurus pasukan PMI Fathurahman beliau berkata “Kami berharap lebih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa Islam didalam UTM dapat bersama pasukan PMI untuk menjadikan matlamat sukan sebagai ibadah dan ukhuwah antara kita mahasiswa islam.”


Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak 3SEE pada 23 Mac (Rabu). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang ingin mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan lain, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.

SUMBER BERITA

Tuesday, March 15, 2011

KEMUNCAK PERTANDINGAN KARYA ISLAMIK 2011

DAH TUTUP

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian....
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah  kurnia -Nya dapat kita menyempurnakan 1 lagi program anjuran LSK PMIUTM iaitu pertandingan karya islamik yang berakhir pada 25 Februari 2011. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya Allah, LSK PMIUTM akan sedaya upaya untuk menyiarkan karya pemenang di blog ini secepat mungkin.Tahniah diucapkan kepada pemenang.dan kepada yang tidak berjaya jangan bersedih dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang,insya Allah.

Monday, March 14, 2011

Keputusan Friendly Match PMI!

Alhamdulillah,PMI UTM menerusi Lujnah Sukan Dan Kebudayaan(LSK) berjaya mengatur beberapa siri-siri perlawanan persahabatan bola sepak dalam kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam rangka membina ukhuwah dan silaturahim...sini ada beberapa keputusan perlawanan untuk dimaklumkan...

>12 Januari 2011
PMI VS KP
 1             3

>5 Mac 2011
PMI VS SEL 
  1            2

>10 Mac 2011
PMI VS SAW
18             0 

>11 Mac 2011
PMI VS SMK 
2              2

>12 Mac 2011
PMI VS SEL
3              0



p/s:InsyaAllah selepas ini banyak lagi perlawanan-perlawanan yang akan diatur memandangkan permintaan yang tinggi...
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK