Followers

Friday, March 25, 2011

STRATEGI PMI KURANG MENJADI!



KDOJ UTM, 23 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak 
Shuk Team yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 3 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Shuk dengan kesudahan mata 1 berbalas 0.

Pada separuh masa pertama keadaan perlawanan agak seimbang di mana kedua-dua pihak berhati-hati dalam membawa bola. Biarpun ada beberapa percubaan dari pasukan PMI namun dinafikan oleh penjaga gol pasukan Shuk yang tangkas menjaga gawang. PMI juga diuji oleh penyerang pasukan Shuk ‘one by one’ dengan penjaga gol pasukan PMI tapi ditepis rembatan tersebut. Tamat separuh masa pertama dengan tanpa jaringan kedua-dua pihak.

Bermula separuh masa kedua menampakkan penguasaan bola oleh pasukan PMI dengan memasukkan beberapa tonggak utama mereka, namun begitu bahagian serangan masih kurang menjadi untuk membolos gawang pasukan Shuk. Permainan menampakkan seri oleh kedua-dua pihak. Empat minit sebelum tamat permainan, pasukan PMI dihukum hasil kelalaian penjaga gol PMI yang tidak keluar untuk menghalang penyerang pasukan Shuk menyebabkan gol tersebut menjadi gol kemenangan pasukan Shuk. Pasukan PMI mula mengatur serangan namun semua strategi itu sudah terlambat bagi pasukan PMI. Pasukan PMI kalah tipis 1 berbalas 0.



Kapten Pasukan Fadhlul Wafi yang memberi komen atas prestasi pasukan PMI dengan mengatakan “Kami masih tercari-cari sentuhan seorang penyerang. Masih banyak perlu kami baiki dari sudut penjaga gol dan penyerang.” Manakala penjaga gol pasukan PMI Mohamad Faruqi juga memberi komen atas kesilapannya “Mungkin sekarang bukan zaman saya lagi untuk menjadi penjaga gol.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak FKSG pada 25 Mac (Jumaat). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam untuk mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.
 
SUMBER BERITA
 
“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

0 Responses to “STRATEGI PMI KURANG MENJADI!”

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK