Followers

Thursday, October 6, 2011

Ceritera Padang PMI UTM:Perlawanan 1








KDOJ UTM,5 OKTOBER 2011-Alhamdulillah,pasukan bola sepak Persatuan Mahasiswa Islam UTM(PMI UTM) telah berjaya memulakan perlawanan pembukaan Football Friendly Match untuk semester baru ini.Kali ini pasukan yang bertuah menguji kekuatan PMI UTM adalah pasukan  bola sepak 3 SEL.

      (antara Pemain yang Hadir)

Ternyata kehilangan beberapa tonggak-tonggak utama PMI UTM semester lepas seperti pemain tengah berpengaruh(Fadhlul Wafi),pemain pertahanan kental(Izmar Hafizi) dan penjaga gol terbaik PMI UTM(Faruqi) amat dirasai dek kerana mereka sudah pun bergraduasi.Sekalung tahniah dari kami!Manakan tidak,3 trio ini satu ketika dulu cukup berbakti bersama skuad PMI UTM.Pengalaman yang dicurahkan cukup bermakna.

Pemain-pemain SEL pula pastinya menaruh harapan kepada pemain-pemain bintang mereka seperti Ezudin,Nazreen,Amar,Adli,Asrol untuk menggerakkan permainan pasukan mereka.


        [Three Stooges,(Wafi,Izmar,Faruqi)Best Friends!]

Namun,semester ini PMI UTM juga dalam usaha membentuk skuad yang mantap dalam Friendly Tour kali ini.Pemain-pemain utama skuad PMI UTM yang lepas seperti Azim Jamil,Wan Darimi,Qadhir,Shahrul,Firdaus Majid,Fathurahman,Shumi  kembali menguatkan skuad PMI semester ini.Malah kepulangan semula Razali ke skuad kali ini amat dialu-alukan selepas satu semester lepas dia tidak berpeluang bermain kerana tugasan Kursus Fakultinya.


         (Kasut Baru pemain PMI,semangat!)

Berbalik pada perlawanan pertama PMI dengan 3 SEL,PMI UTM banyak kehilangan penguasaan bola dalam padang terutama pada separuh masa pertama.Faktor stamina yang kurang dan pertama kali turun padang setelah hampir 4 bulan mahasiswa bercuti mungkin menyebabkan corak permainan yang kurang menarik dari pemain PMI .Pihak lawan terus mengambil kesempatan dengan menghukum PMI dengan mendahului  1 jaringan pada separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan PMI,Shahrul.

         (Pemain-pemain SEL)

Pada separuh masa kedua,PMI mula bangkit menyusun semula permainan dengan membuat rombakan besar-besaran pemain-pemain dengan membawa masuk beberapa pemain-pemain simpanan.Bermula satu gerakan menarik dari tengah,penyerang prolifik PMI UTM,Abdul Azim Jamil berjaya menanduk bola hasil lintaran kepadanya.

Setelah perlawanan menghampiri babak akhir separuh masa kedua, pemain tengah 3 SEL,Zufar menjaringkan gol kemenangan pihak lawan dengan merembat masuk gol apabila bola muntah hasil cubaan cantik  penyerang 3 SEL,Helmi ditempis keluar penjaga gol PMI .



Secara keseluruhannya kedua-dua pasukan menunjukkan kematangan dalam permainan terutama pemain-pemain SEL yang bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini.Harap kita kitemu lagi di lain waktu.
Selepas keputusan ini,3 SEL melebarkan rekod pertemuan ke atas PMI UTM dengan rekod 2(SEL)- 1(PMI UTM).

Pengerusi LSK PMI,Saudara Fathurahman yang tidak kesempatan dalam perlawanan ini juga menunjukkan rasa gembira setelah akhirnya PMI UTM memulakan perlawanan pertama.


     (Pengerusi LSK PMI UTM)

Tahniah diucapkan kepada pasukan lawan!Moga ukhuwah antara kita berkekalan.

p/s:Nantikan ceritera Padang kedua


~Bersama Membangun Ummah~

2 Responses to “Ceritera Padang PMI UTM:Perlawanan 1”

  • Anonymous says:
    October 7, 2011 at 9:08 PM

    KDOJ UTM,28 OKTOBER 2011-Alhamdulillah.....

    bang, skang ni pon baru 7 okt 2011

  • Wan Darimi says:
    October 8, 2011 at 12:29 AM

    boooo zufar!!!

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK