Followers

Saturday, July 30, 2011

Bertudung Tidak Menghalang Wanita Bersukan:Siri 3





AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alasan team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.


Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.






Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.




Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."

Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab. Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.





Wednesday, July 27, 2011

Bertudung Tidak Menghalang Wanita Bersukan:Siri 2

Untuk Siri ke-2,kali ini kami mahu berkongsi pula kisah atlet angkat berat muslimah  yang satu ketika pernah mempertahankan haknya memakai hijab..Apa kesudahannya..Jom kita baca kisahnya:








Atlet angkat berat AS, Kulsoom Abdullah berjaya mempertahankan haknya memakai hijab ketika bertanding. Selepas sekian lama berkempen untuk mengubah peraturan pemakaian atlet, Federasi Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meluluskan panduan baru yang membenarkan wanita menutup tangan dan kaki mereka. Peraturan baru juga membenarkan atlet memakai pakaian "one-piece" yang menutup aurat.

Kulsoom berusia 35 tahun yang merupakan pemegang ijazah PhD dalam Kejuruteraan Komputer telah meminta Jawatankuasa Olimpik AS dan Persatuan Angkat Berat AS membuat perubahan pada undang-undang pemakaian atlet yang sebelum ini tidak membenarkan atlet Muslim menutup aurat. 
Dilahirkan di AS oleh ibu bapa yang berketurunan Pakistan, Kulsoom bertanding dalam acara wanita senior dengan kelas berat 48kg dan 53kg. Kulsoom sebelum ini dilarang bertanding kerana melanggari peraturan pemakaian atlet yang telah ditetapkan.



P/S:Kita juga mengharapkan peraturan pemakaian atlet dilonggarkan untuk sukan yang lain. Misalnya, pasukan bola sepak remaja Iran baru-baru ini dilarang bertanding kerana enggan membuka aurat.(Nantikan kisah mereka dalam Siri yang ke-3).

Atlet seharusnya dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan kehendak agama mereka.





SUMBER RUJUKAN

~Majulah Sukan Untuk Islam~

Tuesday, July 26, 2011

Bertudung Tidak Menghalang Wanita Bersukan:Siri 1

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian..Kali ini kami mahu berkongsi tentang cerita-cerita atlet muslimah yang masih mahu mengekalkan Hijab mereka tatkala bersukan mewakili negara masing-masing.Tahniah diucapkan.Untuk permulaan,kami kongsikan satu kisah dahulu yakni Pemain Bola Sepak Muslimah yang Bertudung..Mari kita baca kisahnya:

Zainab al-Khatib, muslimah Denmark ini, adalah satu-satunya pemain bolasepak kebangsaan perempuan bertudung ketika ini. Kehadirannya seperti janggal di tengah-tengah suasana pelecehan terhadap Rasulullah Saw oleh sejumlah media masa Denmark. 
  Zainab baru-baru ini terpilih untuk memperkuat pasukan kebangsaan Denmark sebagai kebelasan utama bolasepak perempuan Denmark, setelah Danish Football Association (DBU) membenarkan Zainab memakai tudung semasa bermain bola. Sebenarnya kebenaran itu tidak hanya boleh dilakukan di Denmark, tapi juga untuk seluruh dunia, jika Zainab terpaksa bermain di luar negara Denmark.



Beliau mempunyai kemahiran menguasai bola dan mencetak gol-gol yang mengagumkan. Tak hairanlah kalau gadis bertudung itu kini menjadi perhatian utama para peminat bola di Denmark. 

“Saya sangat gembira saya boleh menjadi teladan di Denmark, ” kata Zainab yang memulakan karir bolasepaknya tiga tahun yang lalu.

Ia berhasil mencetak gol dan membawa kemenangan gemilang bagi skuadnya semasa pertemuan dengan Swedan tidak lama dulu. “Zainab memiliki kepribadian yang kuat, sikapnya selalu positif dan memberikan inspirasi baik di dalam maupun diluar padang, ” kata pelatih Zainab, Troel Mansa.”

Dia adalah salah satu pemain terbaik saya. Saya suka menjadi pelatihnya, ” puji Mansa.Zainab yang masih berusia 15 tahun itu, kini menempatkan dirinya diposisi sebagai penyerang dalam teamnya. Ia baru mengenakan jilbab setahun yang lalu. Ibulah yang membantu Zainab mereka tudung yang sesuai dipakai untuk bermain bola.

“Dia memang seorang Muslim yang taat, dan kami layak membantunya untuk mencapai impiannya dalam bidang sukan. Saya bangga, Zainab boleh membuktikan bahwa mengenakan tudung bukan bererti ia kehilangan haknya untuk berjaya dalam bidang sukan, ” kata Ibrahim al-Khatib, ayah Zainab.

Pelatih Zainab, Manas juga mengatakan bahwa tudung Zainab tidak pernah menjadi bebanan atau masalah utama. “Kami hanya minat pada bakat dan kepribadiannya. Saya tidak pernah mendengar ada pemain atau pelatih yang merunggut tentang masalah tudungnya, ” kata Manas lagi.

Zainab mengakui bahwa kawan-kawan satu teamnya sangat memberikan sokongan padanya. “Mereka menerima saya, dan saya tidak mengalami pemulauan apapun. Semasa team kami melawan team Swedian, beberapa pemain tercengang melihat tudung saya, tapi tak satupun yang menyatakan bantahan, ” kata Zainab.
Zainab menganggap masalah tudung seharusnya tidak perlu ditonjolkan.”Saya merasa selesa, boleh memenuhi kewajiban agama dan hobi saya, ” sambungnya.

Menurutnya, ia ingin menunjukkan bahwa warga Muslim Denmark ingin bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. “Saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang Muslim Denmark yang secara efektif memberikan sumbangan kepada masyarakat dan bangga kerana boleh menjadi wakil negara ini di luar negera, ” ujur gadis keturunan Palestin yang juga aktif dalam pertubuhan sosial Islam di kotanya, Odense dan bercita-cita jadi doktor.

Ulasan sampingan:

Zainab bertuah kerana dibenarkan memakai tudung di dalam bidang sukan yang digemarinya. Tetapi beberapa muslimah bertudung tidak bernasib baik seperti Zainab. Antaranya, pada Mac 2007, International Football Association Board (IFAB) menyatakan tudung dilarang dalam permainan bola, setelah seorang muslimah bertudung Kanada dikeluarkan dari team bolanya. Kemudian, pada Januari 2008, seorang muslimah menengah di AS yang juga atlet lumba lari, dikeluarkan dari pasukannya juga karana memakai tudung. Pada November 2007, seorang anak perempuan berusia 11 tahun, dilarang menyertai pertandingan sukan kebangsaan Yudo di Kanada, karana ia mengenakan tudung. (ln/iol)

Semoga Zainab al-Khatib dapat membuktikan kepada dunia, tudung bukan penghalang kemajuan dan kejayaan di dunia…


 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK