Followers

Wednesday, April 13, 2011

Riadah Bersama PMIUTM


27 MAC 2011,Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kasih sayang NYA,akhirnya  PMI UTM telah berjaya melaksanakan perlawanan bola sepak dan bola jaring di antara ahli PMI bertempat di padang KTF bagi muslimat dan K9 bagi muslimin.

Objektif utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah dan persaudaraan di antara ahli senior dan junior.  
Muslimat PMI UTM memberi komitmen yang sangat memberangsangkan untuk memacu sukan mengikut syariat.Pada hari tersebut dua jenis permainan, bola sepak dan bola jaring menjadi sasaran muslimat. Bola jaring permainan biasa bagi muslimat tidak hairanlah kalau ianya dipertandingkan di peringkat muslimat. Perlawanan bola jaring disertai dua pasukan iaitu pasukan Jupiter dan Venus, di mana pasukan Jupiter diwakili oleh junior dan Venus diwakili oleh senior.  Dengan menggunakan sepenuh tenaga kedua-dua pasukan berusaha untuk merebut mata dan akhirnya kemenangan  berpihak kepada Jupiter dengan mata  4 – 1. Tidak puas dengan bola jaring, kami meneruskan permainan dengan bermain bola sepak. Pasukan Jupiter dan Venus dibubarkan dan ditubuhkan 2 pasukan  Real Jupiter  dan Venus power yang setiap pasukan dianggotai oleh junior dan senior.
Kebanyakkan dari muslimat tidak pandai bermain tetapi apabila telah dapat rentak permainan muslimat mengorak langkah menerjah gawang pihak lawan. Masing-masing bersaing untukmendapatkan mata bagi pasukan mereka. Perkara tidak disangka-sangka berlaku apabila yang tidak pandai bermain itulah yang menyumbang gol kepada pasukan masing-masing. Manakala yang arif tentang bola hanya mampu mengasak pemain pertahanan untuk menguasai perlawanan. Dalam diam terasa kelakar melihat gelagat sahabat-sahabat namun rasa kagum yang tinggi kepada setiap sahabat-sahabat muslimat terbit jua apabila melihat kesungguhan mereka bermain. Terbukti bahawa muslimat mempunyai bakat terpendam yang luar biasa. Sehingga ada sahabiah yang berasa tidak puas hati apabila permainan ditamatkan. Hal ini kerana rasa seronok dan teruja yang amat sangat apabila beliau berjaya menjaringkan gol  pertama pada perlawanan tersebut. Keputusan pada akhirnya berpihak kepada Venus power dengan 2 berbalas 1…

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK