Followers

Monday, March 29, 2010

PANDUAN DARI UTM

1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM Klik Sini
2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*

Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
b) Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.

Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:
a) Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.
b) Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.
c) Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.
d) Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.
*Diadaptasi dari "Garis Panduan Pembacaan Doa" yang dikeluarkan olej Majlis Agama Islam Johor. Semak juga "Panduan Baca Doa" Drp JAKIM

3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.

Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.

Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat. Keseimbangan inilah yang mesti diusahakan oleh golongan seniman dalam mencapai tuntutan dunia hiburan; iaitu membentuk masyarakat memiliki nilai-nilai murni, beragama dan berakhlak. Dengan demikian hiburan yang berteraskan agama dan nilai-nilai akhlak bukan menjadi bencana kepada masyarakat sebaliknya akan menjadi rahmat atas dasar jika mereka tahu memilih antara yang baik dengan yang buruk untuk disajikan kepada masyarakat.

Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. 
wallahu a'lam.
4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)
a) Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.
b) Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.
c) Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.
d) pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.
e) setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.
f) setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.
g) tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.
h) persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.
i) peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.

**Contoh program / aktiviti yang sesuai dengan panduan ini adalah seperti:
1. Tarian Kuda Kepang tanpa unsur tahyul & khurafat.
2. Dikir Barat yang membawa mesej nasihat.
3. Zapin yang ditarikan oleh lelaki.
4. Lagu yang berunsur nasihat dan membawa mesej positif
5. Artis yang mempunyai latar belakang akademik yang boleh dicontohi, serta memenuhi adap sopan sebagai seorang Melayu & muslim.





SUMBER

Friday, March 26, 2010

JOM KE PESTA KONVO! ADA.........

ADA JUALAN DARI LUJNAH EKONOMI PMI UTM!


Monday, March 22, 2010

PERKAITAN ANTARA ISLAM & SUKAN

Soalan:

Saya ingin mengetahui setakat mana kaitan Islam dengan sukan? Apakah adab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang Muslim semasa bersukan?


Jawapan oleh Syeikh`Atiyyah Saqr:
Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:

“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah.

Bagaimana Islam Memandang Sukan?

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.

Kesan Sukan Kepada Badan :

Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :

Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.

Adab Bersukan Dalam Islam :

Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.

Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai
.

Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan:



 “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Thursday, March 4, 2010

KARNIVAL CERIA MAHASISWA 10


KARNIVAL CERIA MAHASISWA PMIUTM(KCM '10)...semua dijemput utk menyertai...
Marilah Bersama-Sama memeriakannya..Banyak Aktiviti menarik..Antaranya :
  • Bola Jaring Kain Batik
  • Bola Sepak Kain Pelikat
  • Bola Tampar
  • Sepak Takraw
  • Indoor Games..(Congkak, Gusti Lengan,karom,Sahibba....)
  • Friendly Match Bola Sepak Dan Bola Jaring(Petang)
  • Sukaneka;
  • Lari kepit belon.
  • tiup belon tepung paling besar.
  • Dan banyak lagi aktiviti menarik......
Hanya RM3 seorang untuk semua aktiviti...

Hadiah Untuk Beberapa Aktiviti Juga Turut Disertakan ....


*KHAS -ADA JUALAN TABLOID I LUV ISLAM(HARGA RM 2)
p/s:terbaru di pasaran


PENYERTAAN;MIN (013-7196198)-Ghazali
MAT(013-7929763)


JOM PAKAT PI RAMAI2! KAT PADANG KDSE DAN MALAM PENUTUP DI DEWAN SRI MENANTI(KRP)

JUMPA ANDA DI SANA!!


BERSAMA MEMBENTUK UKHUWAH UTUH MASYARAKAT KAMPUS UTM.....^_^

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK