Followers

Saturday, January 22, 2011

PERTANDINGAN KARYA ISLAMIK!

Thursday, January 20, 2011

I HEALTH!

Pada 15/01/2011,8 pagi bertempat di tasik UTM, Lujnah Sukan dan kebudayaan (LSK) bersama team HEWI telah mengadakan satu program lagi yang menarik.Program yang dipanggil I health ini merupakan satu program untuk membawakan sukan yang menarik,mudah,menyeronokkan dan menyihatkan. 

Objektifnya adalah untuk membuka ruang kepada kaum wanita untuk bersukan dengan selesa. I health yang membawa maksud saya sihat ini telah membuka minda semua dengan menyakinkan bahawa  peri pentingnya kesihatan tubuh badan dengan melakukan senaman lantas bersukan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengeluarkan peluh di samping mengeratkan ukhwah diantara sahabat.

Seperti biasa, setiap aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh badan,memerlukan seseorang untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Regangan bertujuan untuk memanaskan otot dan memastikan otot berada dalam keadaan sedia sebelum melakukan aktiviti. Hal ini penting kerana regangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Kami memulakan dengan membuat regangan di samping itu kami berjogging juga di sekitar tasik dan sempat juga menggunakan alatan gymnisium yang berhampiran. Memang tidak dinafikan keletihan sudah terasa namun hilang bila aktiviti diteruskan dengan modul yang disediakan. 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah hand’s up,gorilla’s friends dan side2 front behind.Agak pelik tapi ternyata sahabat yang hadir sangat terhibur dengan modul yang disediakan. Eeerm,jika sahabat lain nak tahu marilah bersama kami di pertemuaan I Health akan datang. Sememangnya, kami menyajikan yang sterbaik  untuk anda semua,muslimat di luar sana.Jadi apa lagi,pastikan anda menunggu kehadiran kami pada masa akan datang... InsyaAllah...

Timbalan Pengerusi
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

I HEALTH

Pada 15/01/2011,8 pagi bertempat di tasik UTM, Lujnah Sukan dan kebudayaan (LSK) bersama team HEWI telah mengadakan satu program lagi yang menarik.Program yang dipanggil I health ini merupakan satu program untuk membawakan sukan yang menarik,mudah,menyeronokkan dan menyihatkan. 

Objektifnya adalah untuk membuka ruang kepada kaum wanita untuk bersukan dengan selesa. I health yang membawa maksud saya sihat ini telah membuka minda semua dengan menyakinkan bahawa  peri pentingnya kesihatan tubuh badan dengan melakukan senaman lantas bersukan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengeluarkan peluh di samping mengeratkan ukhwah diantara sahabat.

Seperti biasa, setiap aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh badan,memerlukan seseorang untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Regangan bertujuan untuk memanaskan otot dan memastikan otot berada dalam keadaan sedia sebelum melakukan aktiviti. Hal ini penting kerana regangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Kami memulakan dengan membuat regangan di samping itu kami berjogging juga di sekitar tasik dan sempat juga menggunakan alatan gymnisium yang berhampiran. Memang tidak dinafikan keletihan sudah terasa namun hilang bila aktiviti diteruskan dengan modul yang disediakan. 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah hand’s up,gorilla’s friends dan side2 front behind.Agak pelik tapi ternyata sahabat yang hadir sangat terhibur dengan modul yang disediakan. Eeerm,jika sahabat lain nak tahu marilah bersama kami di pertemuaan I Health akan datang. Sememangnya, kami menyajikan yang sterbaik  untuk anda semua,muslimat di luar sana.Jadi apa lagi,pastikan anda menunggu kehadiran kami pada masa akan datang... InsyaAllah...

Timbalan Pengerusi
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

Tuesday, January 18, 2011

Friendly Match:PMI VS KP



Salam,kali ini kisahnya mengenai perlawanan bola sepak persahabatan antara Persatuan Mahasiswa Islam(PMI UTM) dengan Kolej Perdana(KP).Perlawanan ini sebenarnya sudah dirancang dari semester lepas lagi namun atas beberapa kekangan masa tidak dapat dijalankan pada musim lepas.

Alhamdulillah,untuk tahun 2011 ini,PMI UTM melalui Lujnah Sukan dan Kebudayaan(LSK) berjaya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan yang pertama.

Untuk sesi yang baru ini,LSK begitu komited sekali mengatur beberapa siri-siri perlawanan persahabatan bola sepak dengan mana-mana persatuan mahasiswa mahupun kolej-kolej kediaman dan Fakulti-fakulti di UTM ini.
Sebelum ini pun,PMI pernah mengaturkan perlawanan dengan Kelab Iqra, 3 SMV dan lain-lain.

Perlawanan ini berlangsung pada 12.1.2011 di padang bola sepak KDSE jam 5.30 petang.Alhamdulillah,perlawanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli PMI sendiri.

Buktinya,Team PMI mempunyai pemain simpanan yang banyak,tapi peluang untuk beraksi diberikan kepada semua ahli PMI yang hadir.

Kondisi padang yang agak lembap sedikit menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan.PMI yang memakai jersi warna merah berjaya mendapatkan gol awal di separuh pertama menerusi penyerang utama PMI,Wan Darimi yang bijak memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan KP yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya berjaya merembat cantik dari luar kotak penalti bagi membolehkan PMI mendahului permainan.

Selepas permainan yang berlangsung 25 minit diberhentikan untuk rehat separuh masa yang pertama,kedua-dua pasukan masing-masing menukar pemain-pemain supaya semua yang hadir dapat beraksi.Inilah yang menariknya,bagi PMI sendiri,sesiapapun dari ahli PMI akan diberi ruang untuk aktif dalam bersukan dek kerana PMI mengenepikan soal siapa yang ‘pandai’ bermain sahaja akan dapat peluang bermain sebaliknya sesiapa sahaja boleh bermain.

Pada separuh masa kedua, team KP yang sejak dari separuh masa pertama lagi yang memang mengasak kubu gawang gol PMI menerusi gerakan-gerakan berbahaya benar-benar memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain PMI.Hasilnya,Team KP berjaya merapatkan jurang gol apabila seorang pemain pertahanan PMI tertampan bola hantaran pemain sayap KP ke jaring PMI sendiri.

Team KP terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke gawang gol.Namun kekebalan penjaga gol PMI,akhi Faruqi yang memang mempunyai pengalaman di posisi goal keeper yang perlu diberi pujian kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tidak  mampu lagi bertahan kedudukan seri tadi dan melepaskan 2 gol.

PMI mampu untuk merapatkan jurang dan mencapai keputusan seri jikalau tidak kecekapan penjaga gol KP yang berjaya menyelamatkan beberapa keadaan kekalutan dalam kawasan penalty walaupun peluang terbaik untuk pemain penyerang PMI menjaringkan gol.Keputusan tamat dengan keputusan 3(KP) :1(PMI).Jelas terpancar keseronokan di wajah semua yang hadir waktu itu kerana matlamat utama PMI ialah untuk menjalinkan ukhuwah kepada sesiapa sahaja.

Pengerusi LSK,Akhi Fathurahman yang ditemui jelas gembira dengan sambutan berharap agar selepas ini banyak lagi perlawanan-perlawanan akan berlangsung dan terus mendapat kerjasama semua yang terlibat.

Keputusan Perlawanan:

PMI VS KP
1       :      3

                                                         (semua yang hadir)
Lagi Laporan Friendly Match!

Tahniah Team KP dan kepada semua yang menutup aurat!

P/s:Ingat!Team PMI bukannya pasukan belasahan..kami akan bangkit lagi selepas ini! Dan kami berharap sesiapa yang beraksi di atas padang dapat menutup aurat dengan sempurna sewaktu bermain! 
 

(gabungan pemain bawah 21 & senior)

Senarai Pemain PMI:

Faruqi,Azim Jamil,Arif Ahmad,Arif Abdullah,Qadhir,Eijat,Fendi,Wafi,
Izmar,Zufar,Rais,Darimi,Fadilah,Syam,
Ibrahim,Hazim,Fathurahman,Ainuddin,Muadz,Ridzwan,Shahrul

LSK PMIUTM BERSAMA SAHABAT!

Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM telah mengadakan pertemuan pertama bersama-sama sahabat LSK pada 9 Januari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di padang futsal KRP. 
Alhamdulillah, pertemuan yang pertama agak baik kerana disertai oleh 22 orang sahabat,manakala yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.Tujuan diadakan pertemuan ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah di antara sahabat dan pimpinan LSK selain mempromosikan program-program LSK PMI serta memperkenalkan sukan mengikut syariat Islam.
Tetarik dengan kata-kata seorang sahabat LSK menyatakan bahawa salah satu cara untuk mencipta memori yang indah adalah berpeluh bersama-sama.

Nah,inilah LSK lakukan bersama sahabat-sahabat tempoh hari. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah futsal,bola tampar dan bola jaring.
Seterusnya, disambung pula dengan sedikit pengisian oleh Pengerusi LSK, saudara Mohd Fathurrahman bin Salim. Beliau menyentuh tajuk tentang sukan dan kaitannya dengan Islam.Sukan dan kebudayaan dijadikan platform dan diterjemahkan sebagai ibadah kepada Allah SWT.Selain itu,beliau ada menyentuh tentang sejarah Islam ketika dahulu dimana para sahabat bertungkus lumus mempertahankan Islam dengan menyediakan fizikal yang sihat dan mantap untuk menghadapi serangan musuh. Tidak lupa juga,beliau ada menyatakan harapan untuk menjadikan LSK PMIUTM sebagai satu wadah untuk menggerakkan sukan dan kebudayaan mengikut syariat Islam.
Maka dengan adanya sahabat-sahabat yang hadir ketika itu memberi sinar kepada LSK untuk terus memacu sukan dan kebudayaan ke arah yang lebih cemerlang.
                                              (antara yang hadir)
Program diteruskan lagi dengan pelantikan AJK LSK yang baru serta sedikit jamuan.Semasa sesi permainan berlangsung, pelbagai gelagat lucu dipamerkan oleh sahabat-sahabat. Walaupun penat terasa ketika bermain tetapi terasa cukup bermakna seakan-akan kami telah lama kenal antara satu sama lain.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran presiden PMIUTM,saudara Mohd Zaki bin Harun. Program ini tamat pada jam 11.30 pagi,kemudian kami bergerak pulang ke kolej masing-masing. Tak tergambar perasaan di hati bagaimana tetapi yang pasti pertemuan kami yang singkat ini mampu mengubah LSK ke arah yang lebih sistematik, dinamik dan variasi.Insya Allah...


Timbalan Pengerusi Lsk:
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

Thursday, December 16, 2010

Anak Abu Jahal yang syahid


"Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah"

Itulah kata-kata Ikramah iaitu anak lelaki Abu Jahal juga sepupu Rasulullah yang pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Islam dan Rasulullah S.A.W.

Sifatnya yang sangat bencikan Rasulullah sama seperti bapanya, Abu Jahal sehingga para pengikutnya selalu memberi perumpamaan ‘ke mana kuah kalau bukan ke nasi’ untuk menggambarkan sifatnya saling tidak tumpah seperti Abu Jahal sebelum keislamannya. Ikrimah pernah membantu ayahnya melempar najis kepada Rasulullah S.A.W yang sedang solat di depan Kaabah.

Dia juga pernah membantu bapanya mencekik leher Rasulullah S.A.W. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W dibunuh.

Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dalam peperangan Uhud dan Badar namun gagal membunuh Rasulullah S.A.W dalam kedua-dua peperangan tersebut. Dia akhirnya lari ke Yaman sebelum ke Habsyah. Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman.

Semasa dalam pelayaran ke Habsyah, kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kepada al-Latta dan al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut.

Akhirnya dia cuba berdoa kepada Allah, andainya selamat daripada bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Dengan izin Allah, ribut yang menggila akhirnya reda.

Apabila kembali ke Mekah, isterinya yang bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yang mendengar kata-kata anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah untuk mencari Atikah.

Setelah menemuinya, beliau dikejutkan dengan berita Atikah yang telah memeluk Islam dan sanggup merayu kepada Rasulullah S.A.W untuk memaafkan suaminya. Di sinilah terpancar keikhlasan seorang isteri kepada suami yang dicintainya. Ikramah juga memeluk Islam setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menjadi salah seorang pahlawan Islam dalam beberapa peperangan.

Pengislamannya kadang-kadang dipertikaikan oleh beberapa pengikutnya yang lebih awal memeluk Islam daripadanya. Mereka mengatakan Ikramah ada udang di sebalik batu dan mengesyaki dia ingin membunuh Rasulullah S.A.W secara halus. Bagaimanapun, mereka silap apabila Ikramah menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Islam walaupun setelah kewafatan baginda.

Peperangan terakhir yang diikuti oleh Ikramah ialah Perang Yarmuk di mana dia mengetuai pasukan berani mati seramai 400 orang. Semangat pasukannya yang berkobar-kobar menegakkan kebenaran Islam menaikkan semangat jihad tentera Islam yang lainnya.

Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan.


Ikramah telah menemui syahid di Yarmuk. Detik-detik ketika Ikramah menemui ajal agak menyayat hati.Tubuh Ikrimah dipenuhi lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah.

Turut gugur bersama Ikrimah dalam barisan perang tersebut adalah Haris bin Hisyam dan Suhail bin Amar.


Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang hendak memberi air untuk mereka minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang daripada mereka, maka masing-masing berkata, “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat mengatakan, “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata, “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata, “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.”

Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorang pun di antara mereka yang sempat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya.

 SUMBER

Tuesday, October 26, 2010

Starwalk 2010! Your Chance...

Sekadar ingin memaklumkan event yang akan berlaku pada hujung tahun ini.JOm WARGA2 UTARA sekalian terutamanya PENANG.Maklumatnya seperti berikut:


Date: 12th December 2010, Sunday
Venue: Penang International Sports Arena (Competition Walk), SMK Raja Tun Uda, Jalan Tengah (Non-Competition Walk)
Starting Time: 7am (Competition Walk). 7.30am (Non-Competition Walk)
Distance: 10km
Registration Fee: RM12 (Competition Walk), RM8 (Non-Competition Walk)
Category:
- School Boy's & School Girl's Open (age between 13 - 19)
- Men's Open (age between 20 - 34)
- Men's Jr. Veteran Open (age between 35 - 44)
- Men's Sr. Veteran Open (age between 45 - 54)
- Men Diamond Veteran Open (above age 55)
- Women's Open (age between 20 - 34)
- Women's Jr.Veteran Open (age between 35 - 44)
- Women's Sr. Veteran Open (above age 45)

*Entries for Competition Category is open for maximum of 4000 participants.*

Participation Certificate:
- For Competition Category who complete the walk within two hours will also get a participation certificate.


For enquiries, call Nazri at 012-473 2969 or Khoo at 019-478 6813.

Closing Date Registration: 15th November 2010 OR once 15000 mark is reached, whichever come first.


 http://thestar.com.my/starwalk/penang/ (Maklumat Lanjut)

Wednesday, October 6, 2010

Sukan Islam wajar dipopularkan!

Semua kita sedia maklum akan kepentingan sukan untuk kesihatan. Apa yang mengekang penglibatan umat Islam terutamanya wanita dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah kod pakaiannya yang tidak menutup aurat.

Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim)


Mari kita hayati pengalaman
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, HAYAT SUEET menemu bual pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir(Gambar) bagi   mengupas isu ini.

UM: Apakah hukum bersukan dalam Islam?

DR. BADLIHISHAM: Dalam Islam, sukan adalah harus dan digalakkan. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.

Mengikut sejarah Islam, Dr. Ahmad Shalaby membahagikan sukan kepada dua iaitu yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti berlari dan berenang.

Kategori kedua ialah yang membabitkan mental seperti catur, sahibba dan karom.
Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dalam Sukan Asia di Doha tahun lalu membuktikan pakaian menutup aurat bukan penghalang kejayaan dalam sukan.


Apakah langkah yang patut diambil oleh pengeluar fesyen tempatan dalam hal ini?

DR. BADLIHISHAM: Masyarakat kita pada amnya sudah melepasi fobia takut dengan sesuatu yang dikaitkan dengan Islam. Kita telah melalui fasa kaget ini apabila berjaya memperkenalkan Bank Islam dulu. Masyarakat kita kini secara amnya telah terdedah dengan pendekatan dualisme.

Perkembangan dalam Sukan Asia 2006 itu perlu diambil peluang oleh pengeluar fesyen tempatan. Mereka wajar merebut peluang ekonomi ini dengan menghasilkan pakaian menutup aurat untuk manfaat masyarakat Muslim terutama wanita bersukan.

Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan-persatuan pengguna Muslim perlu bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi merealisasikan hasrat ini.
Dalam masa yang sama, para penyelidik dan pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mengkaji secara mendalam supaya menghasilkan pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi dari segi saintifiknya tidak menjejaskan mutu larian.

Sukan kini mengandungi nilai ekonomi dan hubungan sesama manusia. Bagaimana umat Islam boleh memanfaatkan hal ini untuk berdakwah?

DR. BADLIHISHAM: Sememangnya sukan kini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Islam sebagai agama yang lengkap meraikan unsur ekonomi bagi pembangunan manusia. Namun ia masih mengandungi unsur syubhat dari segi penontonnya yang bercampur lelaki dan perempuan serta dasar sukan yang berkiblatkan Barat.

Ini mendatangkan masalah besar kepada umat Islam untuk bergiat serius dalam sukan, di samping kelemahan memajukan bidang sukan. Bagaimanapun, umat Islam yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri. Jangan hanya mengikut acuan Barat.
Dalam semua keadaan, ibadat wajib seperti solat dan puasa perlu ditunaikan walaupun bagi atlet yang bertanding di peringkat Olimpik sekali pun.
Dari segi dakwah, sukan boleh membantu. Contohnya, kejayaan cemerlang petinju terkenal Muhammad Ali sedikit sebanyak menaikkan moral orang Islam di dunia. Beliau kini melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dalam Nations of Islam di Amerika.

Dari segi dakwah di Malaysia, sukan boleh digunakan sebagai ice breaker bagi menyelami kehidupan mad’u dengan lebih mendalam. Pengalaman jabatan saya di perkampungan orang asli membuktikan hal ini. Kita berjaya merapatkan jurang antara peserta dan penduduk kampung melalui sukan bola sepak dan sukaneka.

Ada umat Islam apabila bersukan lupa akan batas aurat dan pergaulan dengan bukan mahram. Bagaimana hendak membetulkan keadaan ini? 

DR. BADLIHISHAM: Batas aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu sentiasa dijaga. Kecuali kita meliberalkan asas atau prinsip itu demi kononnya mencapai matlamat sukan yang dikehendaki dunia moden kini.
Justeru, kita memerlukan gabungan kepakaran antara para atlet dengan alim ulama bagi mengharmonikan dua jurang yang besar dalam perkara ini.
Persoalan yang mungkin wajar diberi perhatian ialah adakah perlu diasingkan kedudukan penonton lelaki dan wanita. Adakah perlu dibataskan acara renang wanita kepada kaum wanita sahaja?
Dalam peristiwa Nabi Muhammad berlumba lari dengan Aishah, secara logiknya ia dilakukan di kawasan terbuka. Ia mungkin disaksikan orang ramai kerana yang berlari itu adalah Rasulullah. Tetapi logik ini perlu diimbangi dengan prinsip yang menitikberatkan soal akhlak dan lain-lain.

MSN boleh memainkan peranan dalam hal ini dengan turut menitik beratkan pembinaan dan pelaksanaan polisi sukan menurut Islam.
Sebagai sebuah negara Islam, sudah tiba masanya Malaysia mempelopori temasya sukan berlandaskan adab Islam. Apa pandangan Dr?

DR. BADLIHISHAM: Kita seharusnya mengambil peluang ini. Sebabnya negara kita terbukti hebat dan berjaya menganjurkan pelbagai persidangan mahu pun sukan peringkat antarabangsa.
Islamnya sesuatu pertandingan itu bukan diukur dari menutup aurat tetapi juga harus dilihat dari mengekang aspek pembaziran dalam mengendalikan sukan.

Buat permulaan, Jakim sekali lagi perlu mempelopori dari segi menyediakan polisi adab sukan menurut Islam. Mungkin kerajaan boleh menganjurkan seminar melibatkan ahli-ahli sukan, MSN dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Antara tokoh yang boleh dilibatkan ialah seperti bekas wanita besi negara, Zaiton Othman dan Prof. Datuk Dr. Khoo Kay Kim mewakili bukan Islam.

Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya umat Islam mempunyai identiti sukannya sendiri. Ini penting agar kita tidak terus dikongkong dalam kerangka sukan yang dipelopori oleh Barat.

Ingatlah pesanan Rasulullah dalam hadisnya, Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak, kamu akan ikut sama. Kata kami (sahabat), wahai Rasulullah! Adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Sabdanya, siapa lagi? (riwayat Syaikhan)

Bagaimana pula kedudukan kesederhanaan dalam bersukan?

DR. BADLIHISHAM: Pertamanya, jangan meletakkan sukan sebagai segala-galanya. Ini bercanggah dengan prinsip kesederhanaan dalam Islam yang meminta takrifan sederhana itu dilihat dari kaca mata Islam itu sendiri.
Dalam melaksanakan apa juga yang dibenarkan dalam Islam, kita hendaklah meletakkan hukum mengatasi segala-galanya.

Kita juga jangan terlalu taksub dengan sukan. Jangan meniru perlakuan ganas yang sering ditunjukkan oleh penyokong bolasepak England.

Sesuai dengan matlamat sukan untuk menyihatkan badan, jangan kita mengambil barang larangan termasuk dadah seperti steroid.
Atlet atau pemain juga perlu mengelak daripada terlibat dalam rasuah.

Bolasepak negara misalnya masih belum mencapai tahap kegemilangan seperti pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari walaupun kini para pemain diberi pelbagai insentif dan elaun yang tinggi.

Akhirnya, dalam setiap perlakuan atau detik hidup ini jangan kita lupa tanggungjawab kepada Allah. Sukan adalah wasilah atau mekanisme bukan matlamat

SUMBER ARTIKEL

Thursday, September 9, 2010

SeLaMaT HArI RAYA!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Datang Lagi!



















Mudah-Mudahan Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya..INSYAALLAH...(^0^)

Thursday, July 22, 2010

JOM MEMERIAHKAN TOGETHER WITH PMIUTM!



JOM PAKAT PI RAMAI-RAMAI!

Saturday, July 3, 2010

Senarai Pemain Muslim Di Piala Dunia 2010!

Begitulah ceritanya, setelah 13 hari, sudah ada yang keluar dan ada yang masuk, malah sudah tahu akan halangan apa yang akan dihadapi selepas ini. Antara yang keluar itu, ada yang terkeluar dengan penuh hina, ada juga keluar dengan penuh bermaruah. Begitu juga dengan yang masuk, ada yang masuk dengan penuh kebanggaan, tak lupa juga yang masuk dengan penuh kehinaan. Walau apapun yang berlaku, seperti falsafah benda yang bulat, sekejap boleh berada di atas, sekejap boleh berada di bawah.

Dan, mereka2 yang diluar pulak, ade yang tertonggeng2 kekecewaan, ada juga yang terloncat2 ala monyet begitu kegembiraan. Dan, antara 2 golongan itu, ada yang memerhati dengan rasa penuh menyampah. Masing2 dengan fanatik. Satu kesan paling buruk kepada ummat Islam dalam Piala Dunia kali ini.

Saya masih ingat ketika pusingan akhir kelayakan Piala Dunia, tatkala Algeria mengalahkan Mesir, kedua2 rakyat negara yang penuh dengan Muslim itu bergaduh dengan hebat sekali, semata2 kerana sebijik bola. Syukur pergaduhan antara negara itu tak berlarutan sehebat Indon-Malaysia kerana tak lama selepas itu tibanya bulan Ramadhan, yang mana orang Arab terkenal dengan baik budi pekertinya apabila masuknya bulan Ramadhan.

Itulah antara cerita2 World Cup yang semakin hangat sekarang ini. Jika saya ditanya tentang pendapat peribadi saya tentang World Cup dari sudut Islam dan pasukan pilihan, jawapan saya ringkas, tapi padat. "Saya menyokong ketuanan Islam dalam World Cup kali ni." Woha!

Mungkin anda semua tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Sebelum saya jelaskan tentang maksudnya, mari kita lihat dulu senarai yang ingin saya mahu anda semua lihat dan perhatikan..


France
1.Eric Abidal
2.Alou Diarra
3.Abou Diaby
4.Franck Ribery
5.Nicholas Anelka
6.Bacary Sagna

Nigeria
7.Lukman Haruna
8.Yusuf Ayila
9.Taye Taiwo
10.Sani Kaita



Germany
11.Serdar Tasci
12.Sami Khedira
13.Mesut Ozil


Ghana
14.Sulley Ali Muntari
15.Andre Ayew
16.Abdul Rahim Ayew


Netherland
17.Ibrahim Afellay
18.Khalid Bouhlarouz


Cameroon
19.Hamidou Souleymanou
20.Idriss Carlos Kameni                                                                           (Mesut Ozil kelahiran Turki)
21.Mohamadou Idrissou

South Korea
22.Lee Won Jae

Ivory Coast
23.Yaya Toure         

24.Kolo Habib Toure
25.Abdel Kader Keita
26.Ismael Tiote

Honduras
27.Osman Sanchez

Chile
28.Ismael Fuentes
                                                                                                                                      (Yaya Toure)
Switzerland
29.Hakan Yakin
30.Valon Behrami

Slovenia
31.Samir Handanovic
32.Jasmin Handanovic

Algeria......................

Jadi, bagi sesetengah anda, mungkin sudah faham apa yang ingin saya katakan di sini. Bagi mereka yang masih tertanya, "ape lak yang die merepek senarai2 ni?", maka ketahuilah bahawa "barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal perkara ummat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka".

Oleh kerana itu, setelah beberapa kajian jelajah2 internet ini, maka saya sudah pastikan senarai2 pemain bola sepak yang membintangi World Cup pada kali ini. Maklumat ini saya kaji dengan cermat, baik daripada sumber maklumat yang rasmi, mahupun pengakuan pemain itu sendiri.. Tapi, apa fungsi saya bersusah2 mengetengahkan senarai pemain2 itu di sini?

Fungsi saya kongsi senarai2 pemain Islam di sini ialah supaya anda semua sedar bahawa paling kurang, 13 negara yang tak perlu kita sedih jika mereka mengalahkan pasukan pilihan anda masing2 kerana mereka juga ada hak untuk anda berikan sokongan atas dasar ummat Islam.. Dan juga, paling penting jangan perlekehkan mereka kerana

Firman Allah dlm surah Al-Hujurat ayat 11,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Sekian... 



SUMBER
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK