Followers

Tuesday, May 31, 2011

Sekilas Pandang Isu Peraturan Wajibkan Wanita Pakai Skirt...

Mungkin ramai yang mungkin terlupa seketika berkaitan isu peraturan wajibkan wanita memakai skirt bermula 1 Jun 2011 oleh  Persekutuan Badminton Sedunia(BWF).Anda boleh merujuk di SINI untuk mengimbas kembali cerita awalnya.

Ketika tarikh keramat yakni 1 Jun 2011 menyusul,BWF membuat pengumuman gembira apabila memaklumkan batal peraturan paksa pemain wanita pakai skirt dibatalkan.Boleh rujuk beritanya di SINI.

Pastinya keputusan itu sedikit sebanyak menggembirakan pihak-pihak yang sentiasa menyokong usaha mewujudkan bibit-bibit kebaikan dalam arena badminton.Dalam artikel ini saya lebih suka mempelbagaikan percambahan idea-idea dalam isu ini dek kerana sebelum ini pun,ada pihak-pihak yang bertanggungjawab sudah pun menyatakan pendirian tegas mereka seperti golongan mahasiswa sendiri.Boleh rujuk artikel Persatuan Mahasiswa Islam UTM dan  Pandangan Mahasiswa UIAM.
 
Mengimbau kembali alasan sewaktu BWF ketika mengeluarkan kenyataan mewajibkan peraturan wanita skirt memang tidak boleh diterima akal.Bayangkan BWF,sebuah  badan sukan yang terbesar dan professional  berkata peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.
Mungkin alasan ini sesuai dikatakan oleh budak-budak sekolah.Bukan saya mahu mengutuk atau mengaibkan BWF,tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah seolah-olah ada satu kepentingan dari pihak-pihak berkaitan. Apakah selama ini sukan badminton gagal menarik perhatian penonton-penonton dan peminat untuk datang ke stadium?Apakah selama ini sukar untuk mendapatkan tajaan?Saya rasa tidak!Mari kita melihat konteks yang lebih luas lagi dalam isu ini.

Sukan merupakan satu alat ke arah menyihatkan tubuh badan.Tetapi ada seperkara lagi yang umat Islam patut  titik beratkan ialah soal aurat.Bersukanlah selagi mana sukan itu tidak melanggar batas-batas syariat dalam agama Islam. Bahkan Islam menggalakkan umatnya sihat.Kita dapat lihat dalam sebuah hadis yang Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim-sahih)

Maka dalam isu ini bagi yang Islam,seharusnya tidak patut menyokong ataupun menerimanya dengan terbuka  apabila kenyataan mewajibkan ini dikeluarkan oleh BWF.Kita seharusnya menolaknya mentah-mentah.Hatta kalau dalam soal ketaatan kepada ibu bapa sekalipun,kita diminta untuk patuh segala arahan ibu bapa kita selagi mana arahan itu tidak mensyirikkan Allah.Maka dalam soal skirt ini,kita perlu meletakkan keutamaan dalam soal mengikut perintah Allah daripada perintah BWF.
Persekutuan Badminton Malaysia(BAM) seharusnya lantang bersuara habis-habisan bagi menentang peraturan ini.Tambahan pula,dalam kepimpinan BAM itu sendiri ada orang Islam.Maka soal sensitiviti dan keprihatian pada ummah harus dititikberatkan oleh mereka khasnya.

Seperkara lagi yang saya rasa BAM dan badan-badan sukan lain di Malaysia patut lakukan ialah menerapkan dan menggalakkan pemakaian yang menutup aurat dalam kalangan atlet-atlet wanita  yang beragama Islam khasnya.Bahkan mereka juga perlu menyediakan ‘kemudahan’ seperti menyediakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna pada atlet-atlet.

Jangan letakkan dalam pemikiran kita bahawa ‘kalau pakai seluar pendek nanti,habislah menurun prestasi’.Ayat-ayat sebegini perlu dielakkan kerana seolah-olah kita menyalahkan arahan agama dalam melaksanakan syariatnya.
 
Buatlah selagi mana yang kita mampu dalam merubah suasana mewujudkan umat Islam mengamalkan Islam yang sepenuhnya.Bukannya Islam separuh-separuh,ambik mana arahan yang berkenan saja.Dalam soal beriadah ini,di pihak ibu bapa perlu menekankan rapat soal menutup aurat kepada anak-anak sewaktu bersukan mahupun ketika keluar rumah lagi kerana itulah ‘kuasa’ yang ada pada ibu bapa.


Ayuh mari kita tunjukkan satu akhlak dan budaya yang indah kepada masyarakt dunia amnya.Tuangkan rasa ‘bangga’ anda memakai pakaian yang menutup aurat menurut Islam pada lautan manusia.Ingat, ‘kuasa’ memilih pakaian terletak pada kita sendiri.Fikir-fikirkan!
 

p/s: Biarpun isu ini mungkin sudah surut sedikit apabila pembatalan peraturan itu namun ada beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk masa hadapan.Segala salah silap harap diperbetulkan.

Terima Kasih BWF!

Sunday, May 1, 2011

Hubungi Kami


Sebarang artikel, promosi program, komen mahupun cadangan penambahbaikan untuk blog LSKPMIUTM ataupun cadangan aktiviti-aktiviti LSK PMI UTM  boleh dihantar kepada lskpmiutm@yahoo.com
atau pun menghubungi terus Pengerusi LSK PMI,Saudara Fathurahman ataupun Timbalan Pengerusi LSK PMI,Saudari Aisyah




Terima kasih.
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK