Followers

Tuesday, March 29, 2011

DUA PASUKAN PMI BERENTAP


UTM, 27 Mac- Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara dua pasukan PMI iaitu TEAM A dan TEAM B telah berlangsung  di padang bola sepak berhampiran Kolej 9 pada pukul 8.00 pagi. Perlawanan telah berlangsung dengan agak sengit di mana kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan dan mempamerkan kehebatan masing-masing.
                Perlawanan ternyata sengit apabila TEAM B mendahului lawan dengan jaringan pertama oleh Ikhwan. Beliau dengan mudah menyumbat gol dengan menggelecek barisan pertahanan lawan dan memperdayakan penjaga gol TEAM A. TEAM A bangkit dua minit kemudian dengan gol penyamaan oleh Fathurrahman dengan rembatan kencang ke arah gol yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Shahrul. Tersentak dengan jaringan tersebut, TEAM B terus mengasak kubu lawan dan berjaya menghasilkan gol dengan Wan Kamil menanduk cantik bola sepakan penjuru yang dilakukan oleh Haziq. TEAM B terus menambah derita TEAM A dengan menjaringkan tiga gol lagi menjadikan keputusan 5-1. Keputusan kekal hingga tamat separuh masa pertama.
                Separuh masa kedua bermula dengan perubahan posisi mendadak yang dilakukan oleh TEAM A dengan menukarkan posisi penyerang dan pertahanan. Taktik yang dilakukan ternyata berhasil apabila barisan pertahanan yang dibarisi oleh Firdaus, Rizuwan dan Fathurrahman berjaya mengekang asakan lawan daripada membolosi gol. TEAM A bangkit secara mendadak apabila berjaya menjaringkan tiga gol menjadikan keputusan 5-4. Gol dijaringkan oleh Panod, Aizuddin dan Zufar. Lima minit kemudian TEAM B menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan satu lagi gol menjadikan keputusan 6-4. Permainan bertambah hangat apabila Hazim dan Aizuddin menjaringkan dua gol untuk TEAM A bagi menyamakan kedudukan 6-6. Dengan anggapan permainan berakhir dengan keputusan seri, Qadhir telah berjaya meledak gol kemenangan untuk TEAM A pada saat-saat terakhir permainan dengan keputusan 7-6. Permainan tamat dengan keputusan TEAM A (7)- (6) TEAM B.
                Perlawanan  yang diadakan berjaya merapatkan ukhuwah antara pemain-pemain tersebut. Mereka berasa gembira dan berharap aktiviti ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan. Senyuman jelas terukir di setiap bibir pemain sejurus tamat perlawanan kerana mereka sedar hubungan sesama mereka bertambah rapat dan mesra. Syabas rakan-rakan. :)

0 Responses to “DUA PASUKAN PMI BERENTAP”

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK