Followers

Friday, March 25, 2011

PMI MULAI BANGKIT!



KDSE UTM, 25 Mac- Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada pasukan PMI untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan 2 SKG. Untuk perlawanan ini PMI mula menunjukkan taring mereka dengan membenam 2 SKG, 4 berbalas 0.

Untuk separuh masa yang pertama memperlihatkan strategi PMI tidak teratur menyebabkan permainan kurang memberansangkan. Pasukan 2 SKG memulakan serangan dengan cubaan tanduk oleh pemain sayap kanan mereka namun berjaya ditepis oleh penjaga gawang PMI. Seterusnya memperlihatkan 2 SKG cuba mengawal permainan tapi disebalik serangan pasukan 2 SKG, PMI mengambil kesempatan dengan banyak membuat serangan balik namun penyudah penyerang pasukan PMI untuk separuh masa belum menjadi.


Gol pertama pasukan PMI muncul apabila perebutan bola di dalam kota penalti pasukan 2 SKG dengan disudah oleh penyerang profik PMI Wan Darimi. Pasukan 2 SKG cuba bangkit dengan beberapa serangan namun Apek yang baru dimasukkan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan PMI hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG. Pasukan PMI menambah derita pasukan 2 SKG sekali lagi Wan Darimi mendapat lorongan bola dari pemain tengah PMI iaitu Zufar Marwah dan disudahkan baik oleh beliau. Akhir sekali gol pasukan PMI adalah hasil kesilapan penjaga gawang 2 SKG yang silap menepis hantaran silang pemain tengah PMI, Jimmy.



Kapten pasukan PMI iaitu Fadhlul Wafi berpuas hati dengan kecekapan bahagian tengah PMI yang banyak memcipta peluang untuk penyerang PMI untuk menyudahkan kesemua gol PMI. Namun begitu beliau berharap pasukan PMI masih perlu banyak memperbaiki untuk permulaan permainan dimana pasukan PMI yang masih belum teratur untuk separuh masa pertama. 

Perlawanan seterusnya pasukan PMI adalah pada hari Sabtu, 26 Mac di padang KDSE bertemu dengan pasukan FKA. Dijemput kepada semua mahasiswa islam yang ingin mewakili pasukan PMI untuk bermain perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada nombor 013-5920514(Zufar). Kehadiran anda sangat kami hargai.
 
SUMBER BERITA 
 
"Bersama Membangun Ummah"
Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMI UTM

STRATEGI PMI KURANG MENJADI!



KDOJ UTM, 23 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak 
Shuk Team yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 3 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Shuk dengan kesudahan mata 1 berbalas 0.

Pada separuh masa pertama keadaan perlawanan agak seimbang di mana kedua-dua pihak berhati-hati dalam membawa bola. Biarpun ada beberapa percubaan dari pasukan PMI namun dinafikan oleh penjaga gol pasukan Shuk yang tangkas menjaga gawang. PMI juga diuji oleh penyerang pasukan Shuk ‘one by one’ dengan penjaga gol pasukan PMI tapi ditepis rembatan tersebut. Tamat separuh masa pertama dengan tanpa jaringan kedua-dua pihak.

Bermula separuh masa kedua menampakkan penguasaan bola oleh pasukan PMI dengan memasukkan beberapa tonggak utama mereka, namun begitu bahagian serangan masih kurang menjadi untuk membolos gawang pasukan Shuk. Permainan menampakkan seri oleh kedua-dua pihak. Empat minit sebelum tamat permainan, pasukan PMI dihukum hasil kelalaian penjaga gol PMI yang tidak keluar untuk menghalang penyerang pasukan Shuk menyebabkan gol tersebut menjadi gol kemenangan pasukan Shuk. Pasukan PMI mula mengatur serangan namun semua strategi itu sudah terlambat bagi pasukan PMI. Pasukan PMI kalah tipis 1 berbalas 0.



Kapten Pasukan Fadhlul Wafi yang memberi komen atas prestasi pasukan PMI dengan mengatakan “Kami masih tercari-cari sentuhan seorang penyerang. Masih banyak perlu kami baiki dari sudut penjaga gol dan penyerang.” Manakala penjaga gol pasukan PMI Mohamad Faruqi juga memberi komen atas kesilapannya “Mungkin sekarang bukan zaman saya lagi untuk menjadi penjaga gol.”

Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak FKSG pada 25 Mac (Jumaat). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam untuk mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan ini, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.
 
SUMBER BERITA
 
“Bersama Membangun Ummah”
Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM.

KEKALAHAN PMI ATAS KECUAIAN PENJAGA GOL




KDOJ UTM, 22 Mac- Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan perlawanan bolasepak di padang Kolej Dato Onn Jaafar menentang pasukan bolasepak Diploma K10 (Dip) yang rata-ratanya dibarisani mahasiswa-mahasiswa 4 Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Pada perlawanan ini PMI tewas tipis ditangan pasukan Dip dengan kesudahan mata 4 berbalas 3.


Pasukan PMI ketinggalan 3 gol pada awal separuh masa pertama atas kecuian penjaga gol PMI yang memberi banyak bola muntah kepada pasukan lawan. Gol pertama PMI hadir pada separuh masa pertama dengan menukar pemain sayap kanan dengan memasukkan Wan Kamil yang membuat hantaran lintang kepada Azim Jamil dan beliau menanduk cantik kearah pintu gol. Separuh masa pertama kesudahan Dip 3 berbalas 1.


Masuk separuh masa kedua pasukan PMI menukar taktik dengan memasukkan empat pemain pinjaman termasuk penjaga gol untuk menajamkan lagi bahagian tengah dan serangan. Hasilnya PMI dapat 2 jaringan hasil daripada gerakkan solo pemain berbaju celcom dan tendangan Azim Jamil. Pada masa tambahan, pasukan Dip melukakan para pemain PMI dengan melakukan sepakan luar kotak penalti dan penjaga gol tidak sempat untuk menepis gol tersebut menjadikan gol kemenangan untuk pasukan Dip.





Pada hari ini pasukan PMI kehilangan banyak pemain-pemain utama mereka antaranya Abdul Aziz, Qadhir, Chelo dan Ibrahim atas kekangan mereka sebagai mahasiswa. Namun, ini tidak bermakna pasukan PMI tidak dapat bermain baik dengan ketiadaan mereka. Bagi pihak pengurus pasukan PMI Fathurahman beliau berkata “Kami berharap lebih ramai lagi mahasiswa-mahasiswa Islam didalam UTM dapat bersama pasukan PMI untuk menjadikan matlamat sukan sebagai ibadah dan ukhuwah antara kita mahasiswa islam.”


Perlawanan PMI selepas ini adalah bertemu pasukan bolasepak 3SEE pada 23 Mac (Rabu). Jadi jemputan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang ingin mewakili PMI untuk perlawanan persahabatan lain, sila nyatakan kehadiran anda pada wall facebook Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMI UTM atau hantar pesan ringkas kepada 0135920514.

SUMBER BERITA

Tuesday, March 15, 2011

KEMUNCAK PERTANDINGAN KARYA ISLAMIK 2011

DAH TUTUP

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian....
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah  kurnia -Nya dapat kita menyempurnakan 1 lagi program anjuran LSK PMIUTM iaitu pertandingan karya islamik yang berakhir pada 25 Februari 2011. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya Allah, LSK PMIUTM akan sedaya upaya untuk menyiarkan karya pemenang di blog ini secepat mungkin.Tahniah diucapkan kepada pemenang.dan kepada yang tidak berjaya jangan bersedih dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang,insya Allah.

Monday, March 14, 2011

Keputusan Friendly Match PMI!

Alhamdulillah,PMI UTM menerusi Lujnah Sukan Dan Kebudayaan(LSK) berjaya mengatur beberapa siri-siri perlawanan persahabatan bola sepak dalam kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam rangka membina ukhuwah dan silaturahim...sini ada beberapa keputusan perlawanan untuk dimaklumkan...

>12 Januari 2011
PMI VS KP
 1             3

>5 Mac 2011
PMI VS SEL 
  1            2

>10 Mac 2011
PMI VS SAW
18             0 

>11 Mac 2011
PMI VS SMK 
2              2

>12 Mac 2011
PMI VS SEL
3              0



p/s:InsyaAllah selepas ini banyak lagi perlawanan-perlawanan yang akan diatur memandangkan permintaan yang tinggi...

Saturday, January 22, 2011

Logo baru Liga M dilancar Rabu

BAYANGAN logo baru Liga M yang akan dilancarkan Rabu ini
REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.
"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.
"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.
"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.
"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.
Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.
Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.
Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.
-Dipetik dari Kosmo Online www.kosmo.com.my
(Majulah sukan untuk negara, umat sihat, negara maju)

PERTANDINGAN KARYA ISLAMIK!

Thursday, January 20, 2011

I HEALTH!

Pada 15/01/2011,8 pagi bertempat di tasik UTM, Lujnah Sukan dan kebudayaan (LSK) bersama team HEWI telah mengadakan satu program lagi yang menarik.Program yang dipanggil I health ini merupakan satu program untuk membawakan sukan yang menarik,mudah,menyeronokkan dan menyihatkan. 

Objektifnya adalah untuk membuka ruang kepada kaum wanita untuk bersukan dengan selesa. I health yang membawa maksud saya sihat ini telah membuka minda semua dengan menyakinkan bahawa  peri pentingnya kesihatan tubuh badan dengan melakukan senaman lantas bersukan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengeluarkan peluh di samping mengeratkan ukhwah diantara sahabat.

Seperti biasa, setiap aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh badan,memerlukan seseorang untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Regangan bertujuan untuk memanaskan otot dan memastikan otot berada dalam keadaan sedia sebelum melakukan aktiviti. Hal ini penting kerana regangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Kami memulakan dengan membuat regangan di samping itu kami berjogging juga di sekitar tasik dan sempat juga menggunakan alatan gymnisium yang berhampiran. Memang tidak dinafikan keletihan sudah terasa namun hilang bila aktiviti diteruskan dengan modul yang disediakan. 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah hand’s up,gorilla’s friends dan side2 front behind.Agak pelik tapi ternyata sahabat yang hadir sangat terhibur dengan modul yang disediakan. Eeerm,jika sahabat lain nak tahu marilah bersama kami di pertemuaan I Health akan datang. Sememangnya, kami menyajikan yang sterbaik  untuk anda semua,muslimat di luar sana.Jadi apa lagi,pastikan anda menunggu kehadiran kami pada masa akan datang... InsyaAllah...

Timbalan Pengerusi
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

I HEALTH

Pada 15/01/2011,8 pagi bertempat di tasik UTM, Lujnah Sukan dan kebudayaan (LSK) bersama team HEWI telah mengadakan satu program lagi yang menarik.Program yang dipanggil I health ini merupakan satu program untuk membawakan sukan yang menarik,mudah,menyeronokkan dan menyihatkan. 

Objektifnya adalah untuk membuka ruang kepada kaum wanita untuk bersukan dengan selesa. I health yang membawa maksud saya sihat ini telah membuka minda semua dengan menyakinkan bahawa  peri pentingnya kesihatan tubuh badan dengan melakukan senaman lantas bersukan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengeluarkan peluh di samping mengeratkan ukhwah diantara sahabat.

Seperti biasa, setiap aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh badan,memerlukan seseorang untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Regangan bertujuan untuk memanaskan otot dan memastikan otot berada dalam keadaan sedia sebelum melakukan aktiviti. Hal ini penting kerana regangan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Kami memulakan dengan membuat regangan di samping itu kami berjogging juga di sekitar tasik dan sempat juga menggunakan alatan gymnisium yang berhampiran. Memang tidak dinafikan keletihan sudah terasa namun hilang bila aktiviti diteruskan dengan modul yang disediakan. 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah hand’s up,gorilla’s friends dan side2 front behind.Agak pelik tapi ternyata sahabat yang hadir sangat terhibur dengan modul yang disediakan. Eeerm,jika sahabat lain nak tahu marilah bersama kami di pertemuaan I Health akan datang. Sememangnya, kami menyajikan yang sterbaik  untuk anda semua,muslimat di luar sana.Jadi apa lagi,pastikan anda menunggu kehadiran kami pada masa akan datang... InsyaAllah...

Timbalan Pengerusi
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

Tuesday, January 18, 2011

Friendly Match:PMI VS KP



Salam,kali ini kisahnya mengenai perlawanan bola sepak persahabatan antara Persatuan Mahasiswa Islam(PMI UTM) dengan Kolej Perdana(KP).Perlawanan ini sebenarnya sudah dirancang dari semester lepas lagi namun atas beberapa kekangan masa tidak dapat dijalankan pada musim lepas.

Alhamdulillah,untuk tahun 2011 ini,PMI UTM melalui Lujnah Sukan dan Kebudayaan(LSK) berjaya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan yang pertama.

Untuk sesi yang baru ini,LSK begitu komited sekali mengatur beberapa siri-siri perlawanan persahabatan bola sepak dengan mana-mana persatuan mahasiswa mahupun kolej-kolej kediaman dan Fakulti-fakulti di UTM ini.
Sebelum ini pun,PMI pernah mengaturkan perlawanan dengan Kelab Iqra, 3 SMV dan lain-lain.

Perlawanan ini berlangsung pada 12.1.2011 di padang bola sepak KDSE jam 5.30 petang.Alhamdulillah,perlawanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli PMI sendiri.

Buktinya,Team PMI mempunyai pemain simpanan yang banyak,tapi peluang untuk beraksi diberikan kepada semua ahli PMI yang hadir.

Kondisi padang yang agak lembap sedikit menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan.PMI yang memakai jersi warna merah berjaya mendapatkan gol awal di separuh pertama menerusi penyerang utama PMI,Wan Darimi yang bijak memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan KP yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya berjaya merembat cantik dari luar kotak penalti bagi membolehkan PMI mendahului permainan.

Selepas permainan yang berlangsung 25 minit diberhentikan untuk rehat separuh masa yang pertama,kedua-dua pasukan masing-masing menukar pemain-pemain supaya semua yang hadir dapat beraksi.Inilah yang menariknya,bagi PMI sendiri,sesiapapun dari ahli PMI akan diberi ruang untuk aktif dalam bersukan dek kerana PMI mengenepikan soal siapa yang ‘pandai’ bermain sahaja akan dapat peluang bermain sebaliknya sesiapa sahaja boleh bermain.

Pada separuh masa kedua, team KP yang sejak dari separuh masa pertama lagi yang memang mengasak kubu gawang gol PMI menerusi gerakan-gerakan berbahaya benar-benar memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain PMI.Hasilnya,Team KP berjaya merapatkan jurang gol apabila seorang pemain pertahanan PMI tertampan bola hantaran pemain sayap KP ke jaring PMI sendiri.

Team KP terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke gawang gol.Namun kekebalan penjaga gol PMI,akhi Faruqi yang memang mempunyai pengalaman di posisi goal keeper yang perlu diberi pujian kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tidak  mampu lagi bertahan kedudukan seri tadi dan melepaskan 2 gol.

PMI mampu untuk merapatkan jurang dan mencapai keputusan seri jikalau tidak kecekapan penjaga gol KP yang berjaya menyelamatkan beberapa keadaan kekalutan dalam kawasan penalty walaupun peluang terbaik untuk pemain penyerang PMI menjaringkan gol.Keputusan tamat dengan keputusan 3(KP) :1(PMI).Jelas terpancar keseronokan di wajah semua yang hadir waktu itu kerana matlamat utama PMI ialah untuk menjalinkan ukhuwah kepada sesiapa sahaja.

Pengerusi LSK,Akhi Fathurahman yang ditemui jelas gembira dengan sambutan berharap agar selepas ini banyak lagi perlawanan-perlawanan akan berlangsung dan terus mendapat kerjasama semua yang terlibat.

Keputusan Perlawanan:

PMI VS KP
1       :      3

                                                         (semua yang hadir)
Lagi Laporan Friendly Match!

Tahniah Team KP dan kepada semua yang menutup aurat!

P/s:Ingat!Team PMI bukannya pasukan belasahan..kami akan bangkit lagi selepas ini! Dan kami berharap sesiapa yang beraksi di atas padang dapat menutup aurat dengan sempurna sewaktu bermain! 
 

(gabungan pemain bawah 21 & senior)

Senarai Pemain PMI:

Faruqi,Azim Jamil,Arif Ahmad,Arif Abdullah,Qadhir,Eijat,Fendi,Wafi,
Izmar,Zufar,Rais,Darimi,Fadilah,Syam,
Ibrahim,Hazim,Fathurahman,Ainuddin,Muadz,Ridzwan,Shahrul

LSK PMIUTM BERSAMA SAHABAT!

Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM telah mengadakan pertemuan pertama bersama-sama sahabat LSK pada 9 Januari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di padang futsal KRP. 
Alhamdulillah, pertemuan yang pertama agak baik kerana disertai oleh 22 orang sahabat,manakala yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.Tujuan diadakan pertemuan ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah di antara sahabat dan pimpinan LSK selain mempromosikan program-program LSK PMI serta memperkenalkan sukan mengikut syariat Islam.
Tetarik dengan kata-kata seorang sahabat LSK menyatakan bahawa salah satu cara untuk mencipta memori yang indah adalah berpeluh bersama-sama.

Nah,inilah LSK lakukan bersama sahabat-sahabat tempoh hari. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah futsal,bola tampar dan bola jaring.
Seterusnya, disambung pula dengan sedikit pengisian oleh Pengerusi LSK, saudara Mohd Fathurrahman bin Salim. Beliau menyentuh tajuk tentang sukan dan kaitannya dengan Islam.Sukan dan kebudayaan dijadikan platform dan diterjemahkan sebagai ibadah kepada Allah SWT.Selain itu,beliau ada menyentuh tentang sejarah Islam ketika dahulu dimana para sahabat bertungkus lumus mempertahankan Islam dengan menyediakan fizikal yang sihat dan mantap untuk menghadapi serangan musuh. Tidak lupa juga,beliau ada menyatakan harapan untuk menjadikan LSK PMIUTM sebagai satu wadah untuk menggerakkan sukan dan kebudayaan mengikut syariat Islam.
Maka dengan adanya sahabat-sahabat yang hadir ketika itu memberi sinar kepada LSK untuk terus memacu sukan dan kebudayaan ke arah yang lebih cemerlang.
                                              (antara yang hadir)
Program diteruskan lagi dengan pelantikan AJK LSK yang baru serta sedikit jamuan.Semasa sesi permainan berlangsung, pelbagai gelagat lucu dipamerkan oleh sahabat-sahabat. Walaupun penat terasa ketika bermain tetapi terasa cukup bermakna seakan-akan kami telah lama kenal antara satu sama lain.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran presiden PMIUTM,saudara Mohd Zaki bin Harun. Program ini tamat pada jam 11.30 pagi,kemudian kami bergerak pulang ke kolej masing-masing. Tak tergambar perasaan di hati bagaimana tetapi yang pasti pertemuan kami yang singkat ini mampu mengubah LSK ke arah yang lebih sistematik, dinamik dan variasi.Insya Allah...


Timbalan Pengerusi Lsk:
Sharifah Nur Aisyah Binti Syed Sohor

Thursday, December 16, 2010

Anak Abu Jahal yang syahid


"Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada Allah"

Itulah kata-kata Ikramah iaitu anak lelaki Abu Jahal juga sepupu Rasulullah yang pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Islam dan Rasulullah S.A.W.

Sifatnya yang sangat bencikan Rasulullah sama seperti bapanya, Abu Jahal sehingga para pengikutnya selalu memberi perumpamaan ‘ke mana kuah kalau bukan ke nasi’ untuk menggambarkan sifatnya saling tidak tumpah seperti Abu Jahal sebelum keislamannya. Ikrimah pernah membantu ayahnya melempar najis kepada Rasulullah S.A.W yang sedang solat di depan Kaabah.

Dia juga pernah membantu bapanya mencekik leher Rasulullah S.A.W. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W dibunuh.

Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dalam peperangan Uhud dan Badar namun gagal membunuh Rasulullah S.A.W dalam kedua-dua peperangan tersebut. Dia akhirnya lari ke Yaman sebelum ke Habsyah. Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman.

Semasa dalam pelayaran ke Habsyah, kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kepada al-Latta dan al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut.

Akhirnya dia cuba berdoa kepada Allah, andainya selamat daripada bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Dengan izin Allah, ribut yang menggila akhirnya reda.

Apabila kembali ke Mekah, isterinya yang bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yang mendengar kata-kata anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah untuk mencari Atikah.

Setelah menemuinya, beliau dikejutkan dengan berita Atikah yang telah memeluk Islam dan sanggup merayu kepada Rasulullah S.A.W untuk memaafkan suaminya. Di sinilah terpancar keikhlasan seorang isteri kepada suami yang dicintainya. Ikramah juga memeluk Islam setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menjadi salah seorang pahlawan Islam dalam beberapa peperangan.

Pengislamannya kadang-kadang dipertikaikan oleh beberapa pengikutnya yang lebih awal memeluk Islam daripadanya. Mereka mengatakan Ikramah ada udang di sebalik batu dan mengesyaki dia ingin membunuh Rasulullah S.A.W secara halus. Bagaimanapun, mereka silap apabila Ikramah menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Islam walaupun setelah kewafatan baginda.

Peperangan terakhir yang diikuti oleh Ikramah ialah Perang Yarmuk di mana dia mengetuai pasukan berani mati seramai 400 orang. Semangat pasukannya yang berkobar-kobar menegakkan kebenaran Islam menaikkan semangat jihad tentera Islam yang lainnya.

Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan.


Ikramah telah menemui syahid di Yarmuk. Detik-detik ketika Ikramah menemui ajal agak menyayat hati.Tubuh Ikrimah dipenuhi lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah.

Turut gugur bersama Ikrimah dalam barisan perang tersebut adalah Haris bin Hisyam dan Suhail bin Amar.


Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang hendak memberi air untuk mereka minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang daripada mereka, maka masing-masing berkata, “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat mengatakan, “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata, “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata, “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.”

Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorang pun di antara mereka yang sempat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya.

 SUMBER
 

KATA-KATA HIKMAT

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Blogroll

Lsk

About

LSK