- Memupuk budaya bersukan untuk kesihatan tubuh badan dan minda khususnya dalam kalangan mahasiswa
- Mengeratkan hubungan persaudaraan Islam dalam kalangan peserta
- Sebagai pencetus untuk terus melakukan aktiviti bersukan secara istiqamah pada masa-masa akan datang.
'Sesungguhnya mukmin yang kuat disukai Allah Taala daripada Mukmin yang lemah.Namun,kedua-duanya ada kebaikan disisi Allah.’
Undang-Undang:
*Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini.
Format Pertandingan:
*Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan kalah mati di pusingan seterusnya.
*8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
*1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan secara liga di setiap kumpulan
(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan diperingkat kumpulan)
*Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
*Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan.3 mata akan diberikan sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
*Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu
a)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang.Sekiranya masih sama perbezaan gol,sepakan penalti akan diadakan (3 pemain sahaja)
b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja)
*Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
Syarat-Syarat Pertandingan &Penyertaan
*Semua pemain perlu MEMASTIKAN pemakaian sukan yang sesuai dan MENUTUP AURAT sepanjang pertandingan berlangsung.
*Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
*Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
*Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
*Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
*Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja di benarkan bermain.
*Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja,tidak lewat daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
*Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan,maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
*Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.
*Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.
*Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.
*Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
*Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai kejohonan futsal ini.
*Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan tersebut.
*Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.
Cepat !! Tempat Terhad!!Hanya 8 Pasukan Akan Bertarung .. Ayuh Menyihatkan Badan sambil meraih ukhuwah dan mardhotillah ..
Jangan Lupa Hubungi : 013-5920514 Untuk Penyertaan
:: Majulah Sukan Untuk Ummah::